Sunday, 3 April 2016

Tuhan, jika Kau ada
berikanlah aku ketenangan hati
berikanlah aku kekuatan untuk bertindak dalam hidupku
Kau tahu betapa jiwa ini sunyi
Kau tahu betapa jiwa ini merasa sakit meniti hari-hari yang ada
beginikah perempuan yang Kau jadikan, Tuhan
sifatnya yang sangat mahu memiliki,
perasaannya pada sesuatu sangat kuat sekali
yang jika ada takdir memisahkan dirinya dan kehendaknya itu,
seperti sebuah kampung yang terputus bekalan airnya
kotang,
kering,
dan butir-butiran padi pun mengering
kerana gersangnya tanah dan jiwanya.

No comments:

Post a Comment