Wednesday, 9 March 2016

#4

Mendefinisikan kehidupan inilah yang payah. terutama jika orang seperti aku yang menyerap cara fikir orang. sedangkan aku sendiri sepatutnya lebih tahu untuk mengikuti kencenderungan diri.

Saya penat mencari makna diri, kerana sebenar-benarnya, "myself" telah wujud kesekian lama tetapi keinginan untuk bersebati dengn masyarakat menjadikan saya untuk terus mengubah diri menjadi sesuatu yang tidak begitu bermakna.

Cukuplah keserabutan sehingga kali ini. Kerana aku ingin berdamai dengan tuhan, dengan diri, dengan alam. bahawa aku kali ini perlu mengakui bahawa aku dan alam dan makhluk2 lain tidak mampu sebati secara zatnya, hanya mampu untuk saling memahami. inilah kelemahan makhluk, inilah kelemahan aku,

bahawa kali ini, meskipun aku benci sekali kepada retorika agama yang banyak dicanang-canang orang agama tanpa banyak fikir, retorika ini jugalah sebahagiannya amatlah benar bertepatan sekali dengan prinsip agama dan rasul. bahawa jika sebiji pisangnya rosak, tidaklah setandannya buruk sekali.

bahawa, sekalipun aku dengan keegoaan aku sebagai manusia, yang tidak suka pengulang-ulangan ayat yang sama, tidak menarik, tidak beridea baru kata nafsu mudaku; nilai2 itulah yang telah lama dibawa moyang2, musafir2, orang2 dagang turun termurun untuk mensejahterakan masyarakat alam.

bahawa walaupun aku rimas sekali dengan peraturan, displinlah yang telah membentuk jiwa manusia yang murni dan mulia

bahawa walaupun aku amatlah mencintai kejayaan dan idea2 kejayaan; namun kejayaan menjadi manusia yang paling teratas, tertinggi bukanlah cita2 yang paling mulia, bukan juga cita2 yang mampu dicapai semua kerana pemilikan yang lebih bermakna dalam hidup bukanlah kejayaan tetapi kebahagiaan. bahawa kadangkala aku harus terima bahawa aku tidak akan terus berjaya sepanjang masa.

bahawa harus aku beritahu kepada ngkau aku ini terlalu banyak angan2nya, terlalu banyak keinginan. bahawa kau harus beritahu aku untuk tidak tamak, kerana tamak mampu menjayakan si dia orang sana, tetapi ketamakan tidak nampak seperti mampu menjayakan, membahagiaankan aku. bahawa aku perlu terus tenang dengan kehidupan, dengan diri, dengan alam, dengan tuhan.

bahawa meskipun aku tenang, aku raksa wanita yang akan tetap menyalakan obor jiwa mudanya!

No comments:

Post a Comment