Thursday, 16 July 2015

Rumusan Tahunan

Perjalanan dua tiga tahun selepas keluar dari atma mater perit sekali. Tak pernah seperit ini, tak pernah sekehilangan, tak kekeruan sebegini. menjadi manusia yg hilang punca, tak tahu arah tujuan, tak tahu macam mana nak hidup. dan seperti biasa bila ada peperangan dalaman, Tuhan selalu menjadi mangsa untuk disalahkan. dan sepanjang berjumpa dengan orang2 yang mengalami peperangan ini juga lah, aku sedar yang Tuhan sangat pengasih dan pemaaf sebab Dia biarkan diriNya yang Maha Besar untuk dipersalahkan manusia dalam pencarian makna kehidupan si insan itu. Siapa ja dalam kalangan makhluk ni yang akan benarkan hal tersebut berlaku ke atas diri mereka apabila mereka punya Kuasa untuk menghukum orang yang mencela tu?

Aku fikir, dulu aku banyak sangat kot membaca. Membaca kemudian berangan2 untuk menjadi sebahagian daripada watak sejarah. konon nak jadi menusia yang berjuang, yang mengorbankan jiwa raga dan kehidupan untuk tujuan kemanusiaan dan ketuhanan. tapi satu benda yang menjadi konflik, sebab niat dan kehendak merempuh laju sekali dan berkecai sehingga adunan dua elemen itu berserabut, tak nampak garis tgh, hujung dan pucuk pangkalnya. Iya, kekalutan hidup beberapa tahub ini jugalah yang mengenalkan aku lebih dengan diri sendiri. lebih mengenal Tuhan juga. lebih mengenal manusia dan karakter2 buang karan mereka.

Dulu, aku mahu sekali keluar dari daerah identiti keluarga dan bina identiti baru mengikut corak yang aku mahukan. Aku menjelajah ke satu kelompok ke kelompok yang lain dengan harapan jika mereka mengenal potensi aku, diorang akan menjemput aku masuk ke dalam gelanggang diorang. Adalah rejection satu dua sampai aku hilang harapan pada kehidupan. Ada juga yang meletak harapan melambung tinggi sehingga beban harapan itu tak mampu aku pikul lalu menghilangkan diri selepasnya. Sebegitulah seputar kehidupan aku yang aku tidak faham sungguh. Diberi tak mampu menerima, bila tak diendahkan mahu diri dijumpai.

Sedar2 aku tahu aku tak faham sifat natural manusia ini. Aku menjalani kelas "manusia" 101 dengab perit jerih mental dan emosi. Cis. Pedih aa. Tapi kiranya inilah hikmah yang Tuhan mahu dari kejadian "MARA beli tanah di aussie 395 juta" sehingga biasiswa budak medik byk ditarik pada tahun aku.

Iya, beginilah kehidupan. Diterima seadanya.

No comments:

Post a Comment