Monday, 27 July 2015

Ketinggalan keretapi kita ni

Kita ketinggalan banyak ke belakang. Haritu ketika saya menonton tv9, ada diskusi agama, dan topik yang dibincangkan antaranya bolehkah wanita bekerjaya dalam Islam. Ini topik lama dah jumpa solusi, boleh belek banyak kitab dan jurnal dan thesis yang bincangkan hal ini. Bahkan pelik juga untuk hal ini jadi perbincangan sebab rata2 wanita islam di sini memang bekerjaya. Salah ke? Obviously isteri Rasulullah saw, Khadijah adalah saudagar besar.

Tak salah nak bincang apa2 isu yang jadi concern kita, tapi kalau hal yang dibincangkan di media besar kita adalah persoalan back-dated macam ni, jauh lagi la kita nak ada perubahan.

Kita umat islam ni selalu gagal melihat priority. Di sekolah2 agama, isu kita 5 tahun lepas dan persoalan yang adik2 duduk bergaduh kat sekolah sekarang pun masih persoalan yang sama. Tidak ada pembaharuan. Fahamlah saya mungkin tahap pemikiran tahap budak sekolah memang takat tu, tapi.. dunia ini berputar laju. Kita tak payah pun terkejar-kejar dengan dunia sampai berciciran banyak benda, perlu tenang, tapi kena up to date. Sumber2 agama yang kita ambil, masih randomly di print dari internet, forum2 yang tak pentingkan kebenaran ilmu dan blogger2 popular yang banyak berikan pendapat sendiri sahaja.

Dalam mencarikan kebenaran,kita kena jujur dalam mempelajari ilmu.

Agama ini ilmu. Benda penting yang kita pegang. Jadi kerana ia penting, kita perlu berhati2 dan mengambil kita sumber agama yang kita ambil.

Tapi logik kebanyakkan kita (dan termasuk saya yang dulu lah).. lain. Kerana agama itu penting, apa2 hal agama yang orang bentangkan (tak kisahlah dari mana) kita ambil.

Agama ini ilmu. Okay, ini paradoksnya..

Ilmu sebenaranya adalah pandangan orang bijak pandai yang faham nature of the knowledge.Contoh macam sains, mereka guna akal dan observation untuk tafsir alamsemulajadi : macam mana benda jatuh dari atas ke bawah vertically (graviti), macam mana kereta bergerak horizontally (force), teori cahaya, teori big bang, dsb. Benda tu semua pandangan diorgla (Newton's Law, Einstein's equation) tapi terbukti betul.Manakala masih ada pendapat ahli sains tidak betul2 terbukti benar seperti teori big bang. Kiranya teori ni tak lepas tahap hipothesis.

Ilmu agama juga begitu. Daripada satu ayat Tuhan, bercabang pendapat para ulamak dalam menafsirkan ayat itu.. Mana satu yang paling benar? Kalau ikut Malaysia, kena ikut Imam Shafiee. Namun, semakin besar kita mengenali dunia dan ilmunya, kita akan sedar nak sekat satu pandangan sahaja dalam hidup beragama kita,, memang tak bolehlah. First, even dalam kalangan agamawan golongan "tua" mereka masih akan ambil pendapat imam lain, seperti dalam perlaksanaan Haji dan muamalah. Sebabnya, imam Shafiee sangat rigid dalam hal kedua-dua ini sehingga perlaksanaan menjadi susah.

Susah tu tak pa kalau agama memang tetapkan susah, Tetapi, kerena imam Shafiee mengetatkan perlaksanaannya dalam keadaan agama meluaskannya, kerana itu pendapat imam lain diambil. Contoh adalah dalam urusan berjual beli. Kalau diikutkan imam Shafiee kena ada ijab dan qabul, iaitu : berbalas ucap "Aku jualkan benda ini kepada kau", "Aku beli." Namun ijab dan qabul ini tidak wujud pada zaman Rasulullahm, para sahabatm tabii'n dan seterusnya.

Untuk melihat besarnya pengaruh mazhab Shafieeyah dalam Malaysia ini, kalau berurusan jual beli di pasar atau kedai runcit, peniaga akan sebut : "Jual ye." "Ye, saya beli."

Seperti biasa :) saya akan mohon maaf atas kecetakan ilmu yang ada.

Cuma beginilah yang saya harapkan sebagai rakyat marhaen yang meletakkan harapan dan hormat yang tinggi kepada golongan agama. Bahawa, saya dan penganut2 yang lain yakin bahawa agama ini akan menyelamatkan manusia, Tetapi tidak bermakna ia akan selesai begitu sahaja, Ilmu yang perlu kita ada sebagai umat Islam untuk berhadapan dengan dunia, bukan ilmu agama sahaja tetapi ilmu2 lain juga (ilmu sains sosial, teologi, falsafah, ekonomi, psikologi, sains). Kepelbagaian ilmu ini perlu digembleng sekali, saling dikait-kaitkan supaya kita nampak sesuatu masalah secara hollistik.

No comments:

Post a Comment