Wednesday, 22 July 2015

Kebenaran yang subjektif

Kebenaran ini subjektif. Persoalan utama, keagamaan yang bagaimana yang Tuhan mahu? Banyaklah cara untuk melaksanakan agama ni. Dari sudut mengarabkan diri sebagai satu cara menzahirkan kecintaan kepada agama, menyertai tareekah,  memasuki jemaah (berorganisasi), berjemaah (berkumpulan) dengan teman2, memasuki bidang akademia, menjadi ustaz yang berdakwah, menjadi ketua masyarakat yang lantang bersuara. Lihat, begitu banyak cara untuk beragama. Tetapi cara yang kononnya paling aula, paling popular adalah memasuki jemaah (organisasi islam) kerana mereka adalah “kumpulan para mukmin”, menyediakan platform untuk memperjuangkan agama, dan organisasi agama ini juga memerlukan anda, kerana mereka sentiasa memerlukan rekruitmen yang lebih ramai untuk mengembangkan pengaruh mereka (pengaruh yang cuba diluaskan tidak semestinya bersifat politik). Kerana keperluan mereka terhadap banyaknya ahlilah, kadang-kala kebenaran tidak dipunggah secara sejujurnya. Manusia apabila menguruskan hal dunia tidak kiralah hal agama atau hal dunia yang lain, jika mempunya kepentingan tambahan akan kabur pernglihatannya dalam melihat jawapan yang sebenar. Untuk hal ini, kerana ia adalah sifat asal manusia, saya tidak menyalahkan golongan agamawan ini, cuma mereka perlu sedar the shortcoming supaya boleh buat sesuatu dengannya.

Bukan saya seorang yang anti kepada jemaah2 sebegini kerana saya memahami keperluan wujudnya jemaah muslim (@ bagi mereka, saya tidak cukup memahami kerana itu saya tampak tidak begitu menyukai mereka). Saya sangat menggagumi kekentalan ahli dan jemaah islam (dalam konteks malaysia yang saya nampak) dalam menyerahkan kepentingan diri demi memperjuangkan agama. Dalam masa yang sama, saya merasakan kita (umat Islam ni) juga harus sedar bahawa keyakinan dan kekuatan dalam perjuangan semata-mata tidak cukup untuk menyusun strategi bagi menjayakan misi Islam. Jika misi Islam membawa rahmatan lil'alamin, ia perlu menjalankan misi menyelesaikan masalah dunia. Islam  dan menyelesaikan masalah dunia? Ya, dan untuk Islam (Tekankan : ISLAM, bukan kita ahli agama, wakil Tuhan ni) menyelesaikan masalah dunia, umat Islam perlu melihat Islam dari sudut pandang yang atas agar pandangannya lebih jauh, lebih menyeluruh dan merangkumi aspek2 kehidupan manusia yang tidak mungkin tidak mampu dilihat jika berteori sahaja. Islam yang dibawa, oleh itu, perlu mengambil kira sifat2 semulajadi manusia dan alam yang telah ditetapkan Tuhan (sunnatullah). Sunnatullah ini, unfortunately, lebih difahami manusia biasa yang tidak “beragama” berbanding manusia yang beragama. First blind spot, sebab bila beragama, kononnya nak jaga agama, hang dok pi duduk dengan budak agama ja so tak tau la keadaan, jiwa, suasana masyarakat yang sebenar2nya. Second blind spot, sebab hang nak buat agama, benda baik, perasan semua benda yang hang pikiaq betui. Susah la kalau rasa diri lagi baik dari orang kafir.

Antara masalah kaum muslimin ini,  mereka selalu gagal melihat agama mereka dalam konteks yang nyata. Benar, agama itu datang dari Tuhan. Cukup suci dan sakral. Tidak ada cacat cela dan sesuai dengan manusia kerana ia diturunkan daripada Tuhan yang menciptakan manusia, bertujuan untuk memberi rahmat (definisi : bahagia) kepada manusia. Tetapi jika kita gagal melihat apa yang agama tidak mampu berikan kepada manusia, contohnya menyediakan “sistem” kepada masyarakat, kita kemudian gagal melihat kelompongan yang berlaku dalam perlaksanaan “sistem” Islam. Sistem islam dengan sendirinya tidak wujud. Islam bukanlah sesuatu sistem (definisi : kaedah melakukan sesuatu), tetapi nilai. Contohnya sistem ekonomi. Sistem ekonomi Islam tidak terus wujud daripada agama, tetapi yang disediakan agama adalah “nilai” untuk diterapkan di dalam mana-mana “sistem” ekonomi manusia yang dibina manusia berdasarakan kesesuaiannya dengan masyarakat pada ketika itu. Sesuatu sistem ekonomi itu boleh saja tidak dilabelkan “islamik”  (seperti islamic banking) atau tidak diuruskan oleh orang Islam, tetapi apabila riba tidak diamalkan, maka ia sudah memberikan makna Islam kepada kita. Contoh yang simplistik, sekadar memberikan gambaran.

Sering kali, apabila seseorang itu berhajat hendakkan Islam, geng2 jemaah akan mensarankan buku Hassan Al-Banna dan komrad2 Ikhwanul Muslimin beliau seperti Syed Qutb dsb. Tentulah tidak salah untuk menelaah tulisan beliau serta mengambil ruh2 daripada tulisan tersebut. Tetapi.. yang menimbulkan permasalahan adalah apabila tulisan2 IM ini dianggap “the ultimate” view of Islam, iaitu cara pandang Islam yang terbaik sebagai seorang muslim, iaitu memperjuangkan agama dan memberi bai'ah kepada jemaah.

Harus kita sedari bahawa dalam konteks agama Islam di Malaysia, bukan beberapa kelompok jemaah agama (spt PAS, ISMA, IKRAM, ABIM, HALUAN dsb) sahaja yang mendominasi takhta agama. Yang tidak memasuki jemaah tersebut juga mempunyai ikatan kepada agama yang kuat, tetapi mereka memilih tidak menjadi ahli jemaah2 ini sebagai pilihan yang lebih baik bagi mereka. Sebab? Boleh jadi sebab konteks sosial mereka lebih menerima mereka yang “bebas” tidak terikat kepada mana2 organisasi (yang biasanya mahukan komitmen ahli) atau sebab mereka merasakan jemaah ini tidak berjaya mendapat hormat mereka lagi kerana masalah hala tuju, kepimpinan, karakter jemaah dsb; atau sebab2 lain yang tidak diketahui.

Kesatuan yang mampu kita capai, bukanlah kesatuan dari sudut organisasi. Mungkin boleh juga untuk semua umat Islam berkumpul dalam satu payung jemaah, tetapi usaha yang perlu dilakukan ke arah itu mungkin terlalu sukar. Dengan itu, cara yang paling cepat dan mudah untuk mencapai kesatuan dalam kalangan umat Islam adalah menerima perbezaan cara, hala tuju dan sifat2 manusia yang ada dalam karakter individu atau jemaah Islam. Hanya degan meraikan kepelbagaian inilah mampu untuk kita bersatu dan menghadapi dunia. Versi Islam yang kita ada bukanlah satu2nya versi Islam yang wujud dan diredhai Tuhan. Contohnya ISMA yang percaya bahawa islamnya sahaja yang progressif dan tidak songsang. Sedangkan,, “kesongsangan” yang dilihat pada pihak lain itu berlaku kerana mereka telah membuka mata untuk melihat sudut pandang Islam dalam lapangan baru berhubung dengan masalah manusia. Biasa sahaja dalam sejarah yang berlaku beulang kali, manusia2 agamawan ini menentang pembaharuan yang dikatakan “menentang Tuhan” yang akhirnya membawa kejumudan dalam masyarakat. Iya, kemodenan bukan matlamat hidup kita. Dan mencapai kemodenan bukan penanda aras kepada berjaya Islam dilaksanakan. Tetapi kejumudan dalam kalangan ahli agama, menjadikan umat Islam keterbelakang dalam “gerakan kemajuan itu sendiri” juga “memahami situasi kemajuan” yang berlaku dalam sejarah manusia. Lantas, dalam keterbelakangan ini, banyak isu manusia, umat Islam tidak mampu faham lalu tidak mampu menyumbang secara langsung untuk pembaikan manusiawi.

Begitulah kot yang ingin saya luahkan. Saya tahu tulisan ini cetek. Sekadar melepaskan sisa-sisa keserabutan yang ada. Semakin banyak tahu, semakin tahu bahawa ilmu ni tak mampu dikejar. Sampai masanya dah kot, saya akui bahawa saya dah tak mampu untuk kejar semua ilmu. Ada ilmu yang perlu saya bergantung kepada yang orang lain yang meluangkan usaha dan masa yang lebih banyak, spt mana juga nanti bidang khusus saya dalam perubatan. Aduh, jujur lebih tenang hidup menerima kelompongan hidup yang ada berbanding mengejar kesempurnaan.

Alrite. Selamat berjumpa jalan berjuang semua.

3 comments:

  1. maziah suka part kenapa orang tidak memilih jemaah tu =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. minta maaf salah silap saya, ayat tersinggung dalam penulisan blog ni:)

    ReplyDelete