Monday, 15 June 2015

Freud dan Fraud

Harini saya akur dengan ajakan seorang senior untuk mengikuti kelas promosi percuma Sekolah Falsafah. Rilek2 ye semua. Seriously nothing grand with the word 'falsafah' since I am not a student of any school of philosiphy nor I read much of it.

Apa yang menarik tentang tajuk kali ini ialah Psikoanalisis oleh Sigmund Freud. Pembentangan oleh sedara Fuad. Saya tertanya2 juga apa tujuan perkara seperti dipelajari orang awam, terutamanya semenjak saya memasuki degree, kerana ia semakin kurang relevan dengan pekerjaan yang bakal saya jalani nanti.

Pun begitu, ia menarik. Walaupun Freud tidak memberikan solusi kepada internal conflict manusia seperti saya, tetapi teori beliau menjelaskan kepada saya kenapa masalah tersebut berlaku. Teori Freud berceritakan tentang pergelutan dalaman yang dihadapi manusia, antara Ego (Reality), Supergo (Morality) and Id (Instincts) dirinya. Apabila ketiga-tiga elemen ini membuat tuntutan yang tidak serasi ke atas diri kita, konflik dalaman berlaku.

Tulisan saya mungkin sangat ringkas dan tidak mencapai maksud sebenar kajian Freud. Tetapi saya bertujuan lain kenapa ia dituliskan di sini. Tempoh hari, ada seorang teman menyerahkan buku Personality Plus dengan harapan buku itu saya khatam dan fahami. Bukan tidak mahu saya lakukan hal tersebut, tetapi persoalan personaliti seperti itu sudah cuba saya fahami sejak dulu lagi, tetapi masalah identiti yang hadapi masih belum selesai. Jikapun ujian personaliti tersebut benar, saya tidak mahu percayakannya kerana saya tahu saya masih belum meneroka luas diri sendiri. Sekali kita menetapkan keyakinan kita terhadap personaliti kita yang spesifik, kita telah mempunyai fixed mind, di mana kita percaya apa yang sedia ada adalah kita, lalu usaha2 memperkembangkan potensi kurang berlaku. Berlainan pula dengan growing mind (ke apa ntah namanya). Ia berkembang, sehingga mungkin berpotensi untuk benar2 mengeluarkan kebolehan yang ada dalam setiap individu. 

Pendek kata, buku serious tidak memberikan jawapan kepada semua. Kita tidak perlu sentiasa berpuas hati dengan penjelasan yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap informasi atau pendapat yang diberi di dalam buku, perlu ada textual analysis supaya bukan sahaja kita membudayakan pembacaan tetapi bersifat kritis terhada teks. Ada jawapan yang lebih besar menanti. Teruskan pencarian. Bon voyage!

No comments:

Post a Comment