Saturday, 16 May 2015

Aku rasa lebih bahagia tidak meletakkan harapan begitu tinggi. Menjadi aku yang telah aku impikan. Seadanya. Jiwa tak kusut. Hak Tuhan lebih terjaga, Cuma entahlah destinasi mana yang cuba dia tuju. Kali ini aku akan ikut alur jalan, tidak akan cuba membelakangi lagi. Melawan itu jiwa muda, tapi nanti hati bergelora, tak ke mana juga. Mengikut alur itu menurut aku, adalah jalan yang lebih bijak.  Nanti-nanti kita tengoklah ke mana ia akan pergi. Aku mahu berehat daripada memberi beban harapan pada diri. "If I really got that talent, I know it will drive me somewhere." Iya, kali ini aku berjiwa instinctive. Lebih daripada biasa.

Pilihan aku ini, walaupun tidak mulia, biarlah menjadi persoalan antara aku dan Tuhan sahaja. Aku berhak memilih.

Kupohon ampun atas keputusanku, yang tidak dapat mengambil kira perkara yang tidak aku ketahui.

No comments:

Post a Comment