Tuesday, 17 June 2014

Tanah Kehidupan Yang Baru Saya Jejaki


Saya pernah tulis dalam post lepas, mengakui bahawa kali ini, biar tulisan saya tulisan yang mentah, yang ceritanya tidak diolah melampau-lampau. Bukan lagi berfalsafah cetek lagi. Tetapi bercerita perihal diri yang saya tidak mahu simpan sendiri dalam atma sahaja. Bukanlah layaknya saya bercerita kerana saya bagus. Saya menulis kerana saya sentisa dapati, tulisan adalah teman yang paling setia waktu semua sibuk akan halnya masing-masing. Dan saya ini, masih budak mentah yang setahun jagung menjejak tanah kehidupan. Sebelum ini hanya tinggal di ranah, sekarang sudah masuk ke pinggir hutan. Di sekolah, semuanya teori-teori dan indah-indah belake.  Senang benar mahu menjalankan sesuatu gagasan tentang kehidupan. Halnya sekarang, berhadapan dengan rencam budaya masyarakat. Hidup dengan masyarakat, perlu mula keluar dari dunia sendiri. Cari pengalaman. Fahami sifat manusia. Mencari semula diri.

Ada satu kata-kata menarik yang saya terlihat di facebook oleh Human News York.

“Once you know what to do with your life, you are matured.”

Menarik saya kira. Kerana dulu saya fikir saya sudah cukup matang. Saya sudah ada perancangan ke mana dan di mana saya mahu berada dalam setahun, lima tahun, 10-20 tahun akan datang. Hatta perjuangan yang saya mahu turun padang, rumah tangga, anak-anak , jemaah, pekerjaaan dan target dalam kebanyakan hal telahpun ditetapkan. Semua sudah diatur baik-baik. Tunggu relatif usaha dan waktu untuk direalisasikan. Maka berbekalkan segala impian itu, saya berusaha keras untuk SPM. Biarpun peperiksaaan itu menjengkelkan, ia adalah kunci kepada jalan yang telah saya impikan itu. Harapan saya tinggi. Dan saya yakin pada bantuan Tuhan. 

Jika lalu di hadapan kedai pakaian ke luar negra (jualnya baju sejuk, luggage dsb) saya selalu sebut pada diri : usaha sungguh-sungguh, tak lama lagi kau akan mengembara. Dan banyak yang telah saya gadaikan untuk impian sijil itu. Malu untuk disebutkan. Tetapi peri penting dalam gadaian saya ialah.. pengalaman. Saya rasa cukup rugi, keluar dari sekolah berbekalkan pengalaman yang ala kadar. Saya kata, tidak mengapa. Nanti apabila dapat peluang ke luar negara, pengalaman yang bakal kau peroleh bakal lebih berharga dari banyak hal yang kau terlepas di sekolah.

Sehingga..

Keputusan SPM keluar.

Keputusannya bagus. Alhamdulillah.

Dan saya mohonlah segala bagai macam scholarship yang bersesuaian.

Dan.

Saya dihadiahkan dengan – tiada tawaran.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cerita ini cukup sedih bagi saya. Mungkin remeh bagi orang lain. Ia perihal impian. Mimpi. Harapan. Masa depan. Cita-cita. Ia perihal hati yang punah. Jiwa yang remuk. Akal yang ligat berpusing memikirkan, kenapa begini akhirnya?

PLKN

Selepas sekolah, saya terpilih ke PLKN.  Sedih saya bukan main. Di tingkatan tiga lagi saya tegaskan kepada semua orang, saya tidak mahu pergi. Dulu pernah ada beberapa senior usai PLKN datang mempersembahkan ceritera mereka kepada jelata warga sekolah. Saya tidak layak menilai. Tetapi jika ditanya saya, apa yang berlaku pada mereka ,ditegaskan sekali lagi, bukan yang saya mahu.  

Jika ingatan saya masih kuat tentang kisah PLKN saya, pengumuman nama terpilih itu adalah pada minggu pertama puasa ketika saya di tingkatan lima. Berpagi-pagian datang ke sekolah. Beberapa teman sekelas periksakan nama untuk saya. Kaget. Saya pelatih terpilih. Sy menangis habis-habis. Bila guru mengajar saya duduk di belakang kelas. Sebelum tamat waktu sekolah, sesi tadarus dijalankan di kelas. Sepatah kalam Tuhan pun tidak mampu saya lafazkan dengan betul. Saya rasa seperti.. Tuhan menipu saya? Saya yakin saya sudah berusaha menjadi hamba Tuhan, kenapa begini? (ye, kenyataan yang poyo sungguh.huhu.)

Ketika yang lain sibuk bertadarus, saya tidak mampu ikuti. Tenggelam dalam suram nasib sendiri.  Saya belek-belek ayat Al-Quran yang saya tanda. Ayat-ayat yang selalu memujuk saya dulu. Ayat-ayat yang selalu mendekatkan diri pada Tuhan, juga yang banyak meringankan masalah saya. Saya pindah dari pelbagai muka, semua ayat itu memberikan kesan paling minima dlm jiwa saya iaitu.. nilai kosong. Tidak mungkin ini berlaku. Ketakutan saya adalah realiti.

Saya menangis, saban hari. Tidak kira tempat, jujurnya. Tidak berhenti sehinggalah beberapa waktu selepas PLKN tamat. Dekat-dekat SPM, waktu ulangkaji pun, jadi waktu berduka lara. Isu itu terlalu berat untuk dipikul. Bagi seseorang yang mengambil perihal akademik di sekolahnya dengan terlalu serius ini, habis SPM tentulah waktu melepaskan diri dari segala peraturan yang saya letakkan pada diri sendiri. Dasar luka terlampau dalam. Dan tidak sesiapa mampu memahami perasaa seseorang yang hatinya begitu bayi ini.  

Rapuh. Dan patah dah pun. Nak cantum semula boleh ke?

Boleh. Jika takdir dapat dipatahbalikkan. Tetapi itu tidak mungkin.

Maka tinggallah kesan luka kecil di sudut sekeping hati.

SERIUS  AMAT (--)*fokus!

Saya orangnya dulu serius benar. Semuanya perlu fokus. Kurang bercanda. Saya tidak banyak memilih untuk berhibur kerana rasa bersalah sebagai seorang muslim. Muzik dan nyanyian bukan halwa telingan saya.

Hasil pembacaan buku fikrah islami ini bukan dijamin terus hasilnya bagus. Saya jadi begitu keras pada  diri sendiri. “Kewajipan lebih banyak daripada masa yang kita ada”, “Peranan syabab ialah menjungjung perjuangan ini”,”Siapa yang akan menyambung risalah ini kalau bukan kita” Bla bla.

Maka saya tidak mahu main-main dalam urusan saya. Saya tak cukup masa. Saya syabab islami. Saya penerus legasi ini. Saya perlu betul-betul dalam semua kerja.

Kemudian, adalah beberapa perkara berlaku yang menjadikan saya berfikir kembali. Bahawa menjadi keras begini tidak menjanjikan kejayaan kepada saya ataupun agama. Manusia ada psikologinya. Perlu hidup dalam keadaan manusia diraikan sifatnya sambil kerja-kerja penting itu dijalankan. Mahu terus dengan kepercayaan sendiri tanpa mengaitkan diri dengan dunia sekeliling, hiduplah di gua nun sana. Bukan sini di tengah-tengah masyarakat. 

Maka saya kembali mengorak langkah pertama. Ke dunia kehidupan.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Our experiences may differ, but do you still remember what I once told you when you whatsapp me sometime ago, telling me, you felt as if you're missing the thrills sbb xdpt sambung luar? that what i was trying to tell. i wanted to tell you i've experienced a few thrills myself yang betul2 macam, moments yg "saat sabar diuji, saat redha dicabar, sejauh mana kau benar2 percaya..?" "now this happens in front of you. what would you do, syaza?" "what did you preach last time? now how do you practice it?" and what not..

    Akak rasa mcm nak sangat jumpa awak, asma.. dan kongsi cerita.. Apa yang asma tulis in this post and in the previous post was like, taken straight from my mouth.

    in the mean time, do keep me in your du'aa, asma..

    ReplyDelete
  3. Kak syaza.. I miss u tremendously!
    I would love to meet you akak. Sure I want to listen to ur words again. Arrr im hungry for some soul stories. Hha. But when tu akak nak jumpa? Are u in penang or gombak?

    ReplyDelete
  4. Me too, nnt kita exchange cerita(s) InsyaAllah .!

    I was in Penang for the past three weeks, but now I'm back in Gombak for the next couple of months, insyaAllah. asma?

    ReplyDelete
  5. I'll let you know if I am going to kl. Have been very much looking forward to meet you since last year lagi. Sy cuti 4.5 months kak x) so luxurious. Cumanya dalam masa terdekat sebulan ni x sempat lagi.
    But I promise ill try to make it out.

    ReplyDelete
  6. Allahu Akhbar! I'm speechless~ God tested us so that we can be da best one.. Inshaa Allah ^^

    ReplyDelete
  7. thank you syahirah ^^. im blessed that in um, I had this jiran depan bilik who helped me to get thru it a lot.

    ReplyDelete