Saturday, 26 April 2014

#3

PENGALAMAN terlalu berharga untuk manusia yang sedar tentang kehidupan mereka. Sedar, seperti memahami hakikat kehidupan yang penuh dengan karenah-karenah manusia yang susah sekali untuk difahami, kadang kala bersifat melampau sehingga manusia yang tertindas pula yang dijadikan pesalah. Pengalaman itu terlalu berharga untuk mengajar manusia tentang perasaan cinta, takut, bahagia, resah dan berharap. Terlalu berharga dalam membuka ruang minda dan membenarkan mata untuk terbuka lebih besar.  Berjumpa dengan manusia yang terlalu aneh wataknya atau anehnya pada fikiran/cara dia melihat sesuatu atau pada ilmunya yang begitu luas sehingga kau sendiri sesak nafas cuba memahami isinya atau petahnya dia berkata-kata sangat mengkagumkan atau pada akal fikirannya bagaimana boleh jadi begitu tersusun dan teratur sekali atau pada keberaniannya dalam mencabar status quo yang telah sekian abad tidak pernah ditentang. Atau pada sesuatu yang lain yang tidak pernah dibayangkan hari ini.

Tapi,

Jika kita bersedia untuk terbuka kepada kehidupan,  esok akan membawakan pengalaman yang lebih ajaib.
Ajaib ini bukan “fairy tale”. Kebanyakan waktunya, ajaib ini sangat menyakitkan tahu. 
Tapi, jangan risau.
Kita,
bersama. ;) 
Dan selagi kita ikhlas, Tuhan akan tunjukkan jalan.

No comments:

Post a Comment