Saturday, 26 April 2014

#4

DULU saya risau benar apabila keluar sekolah dan menjadi orang yang lain sama sekali. Baru-baru ini baru sahaja membelek semula post-post lama (yang harus diakui agak kelakar dan sedikit memalukan) dan mendapati saya pernah mencatat ketakutan saya di sini.

Selepas keluar sekolah, dan cuti saya dipadatkan benar-benar dengan program2 yang begitu baru sekali untuk saya. Bejumpa dengan sebaya yang sangat pelbagai mulia/tinggi/banyak/sedikit akhlaknya/ilmunya/karakternya/bakatnya/latar belakangnya, membuka mata, hati, akal semuanya. *dan kemudian akal, perasaan menjadi sesak dengan proses menghadam benda yang sangat asing itu.

Perjalanan dua tahun yang singkat itu sebenarnya sangat panjang. terlalu 'efektif' dan kesannya amat dalam. begitu juga lukanya. 

Tetapi akhirnya ia mengajar tentang sesuatu. Dalam perjalanan hidup ini, tiada yang lebih bermakna melainkan husnulkhotimah. Moga kita dikurniakan. Ya Tuhan. Rahmatilah.

"We don't get out of the storm being the same person again."

 "When our brains are stretched from new horizons, they can never revert to normal."

No comments:

Post a Comment