Saturday, 26 April 2014

#2

IKHLAS, demi Tuhan yang Esa itu, adalah sesuatu yang terlalu besar hikmah dan nikmatnya. Tidak mudah-mudah untuk sesiapa mendapatnya, tetapi pun begitu ia sangat mudah bagi Tuhan untuk memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pada waktu dijentik dengan ikhlas, banyak benar pemikiran-pemikiran yang jahat ( atau yang mencabar tafsiran manusia kepada agama) diluruskan kembali. Bahawa jika anda sayang, cinta, kasih pada agama ini, ada juga dalam kalangan para muslimin/du’at/asatizah yang juga benar2 ikhlas, sayang, cinta, kasih pada agama ini, malah ada yang lebih dari sayang anda sendiri.

Maka lebih terbukalah kita untuk menerima salah silap baik kita semua, bahawa kita ini semua sama. sama-sama cinta dan kasih..

No comments:

Post a Comment