Saturday, 26 April 2014

#1


PERJALANAN kehidupan ini begitu random seperti penulisan ini juga. Ia hanya seperti buih-buih di laut yang tiba-tiba timbul. Kadang-kadang dapat saya menyambutnya, simpan dan kemudian lakarkan dalam bentuk penulisan. Tapi pada kebanyakan masa, ia hilang begitu sahaja setelah menyapa saya di ruang fikir, walaupun saya lebih berhajat untuk ia kekal lama.

Untuk kali ini, saya cuba untuk menulis ini dengan pengalaman yang mentah, apa yang terjadi dan apa yang wujud dibenak, biar tidak dibuang buruknya, sekali diambil dengan baiknya. Kerana saya semakin percaya bahawa menjadikan semuanya baik belaka tanpa ada jahatnya, tidak memahamkan kita tentang realiti. Mungkin sudah waktu untuk orang-orang baik sedar juga akan halnya ini agar faham juga kita pada hakikat kehidupan. Berada di keliling orang-orang baik, baca bahan-bahan yang baik sahaja (bahkan tidak berani untuk meneroka bacaan yang dikatakan “berbahaya”. Sungguh, ia tidak berbahaya pun! Ia hanya memberikan kita lebih banyak fikiran), yang difikirkan hal yang baik-baik belaka, dilihat, didengar, alhamdulillah segalanya indah dan sempurna. Saya membesar di peringkat sekolah menengah dalam keadaan begini. Saya tidak tahu pula untuk pengalaman orang lain yang bersituasi yang sama, tetapi apa yang jadi pada diri saya hanyalah kegagalan untuk memahami realiti masyarakat atau cukup sahaja untuk saya katakan, orang di sekeliling saya.

Oh, tentu sekali, disebabkan itu saya hilang orang yang saya sayang.

No comments:

Post a Comment