Tuesday, 26 June 2012

Ujian dan Manusia, Lemahnya Kita

Lewat malam dan saya sedang menulis post. Entah buang tabiat apa.

Kehidupan insan penuh ujian. Ada yang dengan ujian itu, kita seperti merajuk dengan Tuhan, kita melarikan diri dan hati dari Dia, sedangkan Dialah penguasa setiap hati dan jiwa. Ada pula dengan ujian itu, kita makin hampir dengan Allah. Rasa akrab, rasa rendah diri. Rasa ketenangan yang dipinta itu.

Dalam dakwah tidak semuanya indah. Tidak semua perkara menjadi. Ada waktu, dengan dakwah itu, manusia jumpa jalan pulang, menuju Allah azzawajal. Ada situasi lain pula, manusia lari dari Islam dan dakwah kerana bencikan kita yang kononnya pembawa panji dakwah islamiah. Namun, kitalah sebenarnya duri dalam daging, gunting dalam lipatan, ... (anda boleh senaraikan peribahasa lain yang berkaitan).

Ada masa, kita sangat membara berbicara tentang dakwah. Penuh dengan semangat. Mahu disampaikan ilmu dan peringatan buat manusia. Tapi ada masa, kita hanya mahu menyendiri. Mahu memperingatkan diri pula yang telah lalai pada jalan kehidupan. Manusia, manusia mana yang sempurna.

Ya Tuhan, jika bukan kerana rasa lemahnya kami, tentulah kami sombong untuk meminta dan merintih pada-Mu. Tetapkanlah hati kami pada agamamu ini.

No comments:

Post a Comment