Tuesday, 5 June 2012

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan kehidupan yang Allah berikan kepada manusia, kita banyak alpa dengannya. Melupai nikmat, menginkari qada' dan qadar. Sehingga kadang-kadang tanpa sedar, kita sendiri yang lari daripada Tuhan. Kerana Tuhan tidak pernah meninggalkan insan. Ia sama ada kita lari dari Allah atau kepada Allah.
Demi Tuhan! Walaupun dulunya kita minta untuk dikekalkan hidayah, namun jika sekarang kita berhenti meminta maka hidayah itu akan pergi.

Kadang2 kita hanyut pada mengecapi kehidupan yang serba ideal. Dengan segala idea curahan manusia yang tertumpah dari seluruh pelosok dunia, daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama, kita miring pada pelbagai pihak.  'Comform' pada macam2 perkara dan idea, juga pada paksaan serba tak nampak dari manusia-manusia di sekeliling kita. Sehingga lupa di mana letaknya hati dan jiwa yang dulu, yang sangat mendambakan cinta Ilahi dan curahan ilmu pada agama yang sangat dicintai.

Manusia apabila naik takhta selalu lupa. Apabila dilambung tinggi, selalu tidak ingat untuk kembali. Dengan segenap perasaan dan jiwa, siapa manusia ini melainkan yang leka dan lupa. Manusia adalah keretapi yang tidak pernah betul pada landasan yang sudah dipandukan.

Sesiapa pun dia, apabila dia sudah menginsafi, sudah menyedari, dia mahukan dirinya yang dulu..
..Kerana Allah itu lebih baik dari seluruh langit dan bumi dan apa2 sahaja yang berada di antaranya.

No comments:

Post a Comment