Saturday, 9 June 2012

Hikmah, Siapa tahu?


Tanggal 28 Mei 2012, Isnin. Saya mengalami kekalahan yang sangat teruk. Sedangkan perkara itu merupakan matlamat saya yang agak besar. Saya amat yakin dengan kemampuan ahli kumpulan kami. Saya amat yakin dengan pengalaman dan usaha yang telah kami lakukan. Dan yang paling penting sekali, saya amat yakin dengan pertolongan Allah yang akan hadir, seperti yang selalu saya pinta : seperti tentera ghaib yang telah diutuskan Allah kepada tentera Islam semasa peperangan Badar. Kerana pada sebahagian hakikatnya, perjuangan kami dalam perkara itu adalah against non-muslims, which is pretty much the same with the war. Walaupun, nyatalah tidak mungkin kami dapat menyamakan peperangan jihad dengan peperangan lidah. (Ok. Ya, ya. Tak sama langsung.)

Maka, tentulah saya berdusta besar jika saya menafikan saya bersedih dan berdukacita dan kecewa. Sehingga saya sangka jangka masa sehari sudah cukup untuk meredakan perasaan itu, walaupun pada dasarnya, ia menjadi trauma bagi saya sehingga berhari-hari. Hingga saya sendiri jadi takut untuk bermimpi lagi kerana dengan bermimpi, saya berpeluang besar untuk kecewa lagi.

‘Rasa kekalahan yang ini merupakan satu rasa yang tidak mampu dilupakan.’

Hari ini, usai solat maghrib, seperti biasa saya mencapai Al-Quran. Surah yang dibaca ialah surah Al-Khafi. Saya membaca terjemahan pada satu muka ini. Kisah tentang nabiMusa dan Nabi Khidir. Nabi Khidir merungkai hikmah pada setiap perbuatannya yang dilihat oleh Nabi Musa menyanggahi syariat.

Diakui, saya sekadar membaca kisah itu. Tidak menghayati apa-apa pun. Walaupun sebelum mula bertilawah, saya berdoa kepada Allah supaya jumpakan saya dengan ayat-ayat-Nya yang dapat menyembuhkan luka di hati.

Aktiviti saya seterusnya ialah meneruskan pembacaan saya pada satu novel ini. Dan pada episod yang hampir membawa kepada penutupnya, penulis mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran. Dan alangkah terkejutnya jiwa. Ayat tersebut adalah ayat yang persis seperti ayat yang saya baca tadi!

Bicara tentang hikmah yang tersembunyi kewujudannya. Nabi Musa as juga tidak dilihatkan Allah dengan ilmu itu, apakan lagi manusia biasa yang hina!

Maka, cukuplah dengan dua kali penekanan (kali pertama saya degil dan kali keduanya Allah membuka pintu) yang telah Allah tetapkan pada saya untuk malam ini untuk saya kenal hikmah pada setiap peristiwa.

Kerana ya, memang mungkin, jika kami tidak kalah, kami ke Labuan dan segala-segalanya akan merosakkan SPM kami.

Dan inilah hikmah yang Tuhan tunjukkan pada saya malam ini! Allahuakbar!

Manusia memang tidak bisa hidup tanpa Al-Quran yang menjadi pemangkin kepada semangat perjuangan dan kehidupan. The Law Of Quranic Attraction.

Seperti apa yang dikatakan Ibnu Hatim : Jika kau mahu berbicara dengan Allah, maka bersolatlah. Dan jika kau mahu Allah berbicara denganmu, maka bacalah Al-Quran.

~Moga Kau terus memelihara hidayah di hati-hati kami.

Catatan Jumaat lepas.

No comments:

Post a Comment