Saturday, 16 June 2012

Bas, Masjid dan Berulang

Kehidupan banyak mengajar kita erti kehidupan. Rupanya kehidupan merupakan sesuatu yang lebih kompleks dari apa yang kita sedia tahu. Dan ilmu menjalani kehidupan tidak cukup dengan hanya membaca buku, tetapi memerlukan manusia itu melaluinya sendiri dan merasai setiap rasa pada perjalanan itu.

Dan saya kira, sudah genaplah setahun saya pulang ke rumah dari sekolah dengan bas. Selama 6 bulan, saya sampai ke rumah pada pukul 7, sepertinya kehidupan saya penuh di sekola.

Bas. Pengalaman menunggu, berkejar-kejar, menaiki bas, bayar tambang, dalam bas, jumpa orang, turun bas, tertidur sehingga terlajak jauh ke summit, dapat surat, terpaksa meminta dengan tidak malunya untuk pinjam telefon, tunggu sampai ke isya', etc. etc.

Kira-kira 2 jam saya buangkan masa saya untuk pengangkutan. Kadang-kadang tidak tahu untuk berfikir apa lagi agar dapat menjadikan masa digunakan hampir 100% efektif. Campur pagi dan petang, setiap hari, hampir 2 jam saya habiskan untuk pengangkutan SAHAJA. Dan semula, saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan untuk mengefisienkan penggunaan masa saya. SPM. Dah nak dekat.

Tapi, untuk mengatakan menaiki bas merupakan pengalaman sia-sia sepenuhnya, tidak juga. Cuma saya rasa, untuk semester kedua ini, cukuplah dengan segala pengalaman itu, saya perlu betul-betul memfokuskan masa saya untuk studi.

Dalam bas, saya bertemu dengan seorang pelbagai orang. Kadang-kadang, dengan naik bas juga, dapat jumpa adik-adik sesekolah, sembang. Salah satu cara melakukan dakwah. Tapi, kekurangannya, saya hanya sempat jumpa adik2 yang naik bas dan tunggu di bus stop sahaja. Sebabnya, untuk jumpa adik2 yang lain yang sedang menunggu di pondok2, saya tidak punya kesempatan masa yang begitu banyak kerana perlu tunggu di bus stop awal atau pilihan lain yang ada adalah kena tinggal bas (which is banyak kali dah).

Oh, dan untuk menunggu di bus stop itu, selalu kena mengerling untuk lihat kelibat bas yang sampai. Kalau teruskan baca buku dan buat tak tau atau expect the bus driver perasan kita yang ada kat bus stop itu, alamat pukul 7 baru ibu atau abah datang ambil di sekolah.

Cadangan untuk pak cik bus rapid (insyaAllah nak bagitau cadangan ini pada mereka): Kalau nampak sesiapa sahaja yang sedang menunggu di bus stop walaupun tengah buka buku, tunggulah. Sebab pak cik taklah selalu datang tepat masa, jadi masa menunggu bas sampai, kenalah saya buka buku baca. Saya faham kadang2 pak cik malu apabila berhentikan bas, tengok2 orang itu tak naik bas pun. Tapi, (huhu..) saya rasa pak cik semua dah kenal dah kami yang selalu naik bas setiap petang. Tidak pun, berhenti sajalah jika terdapat orang menunggu di bus stop itu. Saya dan adik2 dah selalu sangat tertinggal bas atau terpaksa berlari-lari mengejar bas.

Perjalanan menaiki bas sampai ke destinasi saya mengambil masa kira2 3o minit. Dan dalam masa 30 minit itu, sepastinya ada perkara yang boleh dilakukan. Ikutkan hati, mahu saja saya bawa mp3 ke sekolah supaya perjalanan dengan bas itu dan waktu menunggu itu, dapat saya gunakan untuk mendengar ceramah atau ayat2 al-Quran (untuk menenangkan jiwa yang sedang resah dan lelah). Nak baca buku, kadang2 badan sangat penat. Tak larat untuk buka buku. Tapi itulah, atas dasar tradisi dan peraturan yang kadang2 kita sukar untuk dipertimbangkan, manfaat yang baik tidak mampu kita dapatkan. Kadang-kadang sangat envy pada anak-anak cina yang memegang telefon bimbit dan masih berseragam sekolah.

Atas bas, boleh buat macam-macam lagi. Baca ma'thurat, zikir, hafazan, baca al-quran. Ulangkaji pun boleh. Kadang-kdang, sembang-sembang dengan mak cik yang duduk di sebelah atau budak sekolah sama macam saya. Tapi tak ramai yang nak cakap termasuk saya. Sudah seharian berpenatan. Nak buka mulut pun dah tak larat.

Naik bas buang masa juga. Siapa kata tidak. Menunggu dengan lama, kadang-kadang sampai berjam-jam. Peluh, keringat menitis tidak henti-henti dengan matahari berkedudukan setentang dengan dahi. Kesabaran itu usah ditanya lagi. KESABARAN adalah pengajaran yang paling utama yang telah saya dapat menaiki bas selalu. Sabar. Berapa kali entah saya nangis. Penat. Tak usah diucap. Seorang diri harungi perjalanan untuk pulang. Itulah yang paling menyesakkan.

Oh, malu. Kalau tidak tebalkan muka seinci, alamatnya tidak pulanglah kita. Ada masa phone booth rosak. Di mana sumber perhubungan nak dicari lagi kalau tidak pada mak cik- mak cik masjid yang kebanyakkannya pun tidak punya telefon yang hanya akan muncul pada minit-minit menghampiri azan maghrib. 7 petang..

Tapi, perkara yang paling indah tentang perjalanan pulang saya adalah MASJID. Oh ya. Tandas masjid tu pun boleh tahan juga. Cantik dan bersih. (Hoho..) Melambangkan keperibadian muslim "annazofatu minal iman". Saya pernah terpakai selipar seorang mak cik yang saya sangkakan selipar tandas. OH! Tidak tahulah bagaimana rasa malunya. Memohon maaf berkali-kali pada mak cik itu (dan diikuti dengan gelak anaknya yang terkekeh-kekeh dengan peristiwa itu). Saya sendiri pun tersenyum malu.

Ops, maaf. Apabila cakap tentang masjid. Isu utamanya mestilah bukan tandasnya tapi masjid itu sendiri. Masjid yang banyak menggamit kerinduan saya. Rasa syahdu bila tengok binaan masjid itu sendiri. Tapi sayang, sampai sekarang pun saya masih belum dapat meneroka keseluruhan masjid itu. Tingkat atas masjid pun tidak pernah-pernah saya lihat terbuka. Teringin sungguh untuk naik ke atas sana. Tapi pintu gril asyik terkunci saja.

Satu yang pasti, binaan masjid ini sangat indah. Dengan dekorasinya, dan kelengkapan masjid tersebut. Luas dan menyenangkan, Ada pejabat lagi. Pahala yang paling mudah untuk dapat, sambil tunggu ibu, duduk dalam masjid. Beriktikaf. Tapi saya juga tak selalu buat kerana menunggu di luar masjid supaya ibu tak susah2 panggil saya atau tekan horn yang akan mengganggu orang lain.

Apabila saya selalu pusing-pusing masjid itu, tidak tahu nak buat apa lagi, saya belek sana sini. Kalau rajin saya kemas, kalau tidak saya jeling-jeling saja. Cuma satu cadangan untuk mana-mana institusi agama (seperti masjid atau surau). Saya sangat berharap kitab-kitab agama dan buku-buku yang bermanfaat dapat dikumpulkan untuk dijadikan rujukan muslimin dan sesiapa sahaja yang sedang tulus mengenali serta mendalami Islam, bukan sekadar naskhah Al-Quran yang kadang-kadang disusun tidak kemas, koyak rabak sana sini yang diadakan di masjid. Dan saya juga berharap, bukan sahaja naskhah al-Quran bahasa Arab sahaja diletakkan, tetapi juga letakkanlah naskhah Al-Quran serta terjemahannya agar warga masjid dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya. Mungkin juga tafsir dan sebagainya.

Perkara yang paling mengecewakan saya ialah ketika saya sampai di masjid lambat dari waktu kebiasaannya dengan badan yang sangat penat, mungkin pukul 7 atau 7.15, mengharapkan ibu sudah datang menunggu. Tapi ternyata tidak lagi. *Huh. Mengeluh kecewa. Ambil duit syiling dari beg kemudian mengheret kaki dan badan menuju phone booth. Beberapa puluhan minit lagi baru sampai ke rumah. Nak salah siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang pilih untuk berulang bukan tinggal di asrama.

Dengan segala kesulitan dan keserabutan yang dihadapi, bagaimana lagi untuk mencari ketenangan melainkan ketenangan yang datang dari Allah swt. Nak paksa orang faham diri kita, logiknya bagaimana. Mereka tidak pernah menghadapi situasi yang sama atau hampir sama.

Benarlah:
 "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" [Al-Raad : 2]

Maka, ya Tuhan. Tidak ada lain yang kami pinta melainkan reda-Mu. Bantulah kami mencari ketenangan dengan mengingati-Mu. Permudahkan urusan kami. Selamatkanlah kami dari kejahatan diri kami dan sekeliling kami.

..Dan juga aku pohon untuk Engkau membantuku menyelesaikan masalah pengurusan masaku ini untuk aku bahagikan masaku untuk beribadah padamu dan menyelesaikan tugas-tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini. T.T

No comments:

Post a Comment