Saturday, 26 May 2012

Kemajuan, matlamat kita?

Andai diberikan sepanjang masa, mahu saja saya menulis panjang-panjang. Tetapi masa juga singkat saja. Kadang-kadang pula tidak pasti sama ada perkara itu sepatutnya ditulis atau tidak. 

Moving Forward - Maju (salah satu perkara yang dapat ditafsirkan)

Saya kira perkara ini perlu untuk saya tulis di sini, tentang kemajuan dan hakikatnya dalam kehidupan seorang muslim. Kita sudah banyak terkena tempias ideologi moden ini, bahawa kemajuan pembangunan negara, bangsa, masyarakat dan agama adalah sesuatu yang perlu dikejar - kita perlu kompetitif untuk mampu bersaing - kita perlu berjaya ini dan itu - digelar ini dan itu - dinobatkan ini dan itu. Sehingga kadang kala kita tidak tahu apakah kepentingan kemajuan itu lagi untuk agama.

Adakah cukup untuk kita hidup, mengejar kejayaan duniawi atas dasar dan kehendak duniawi semata-mata, bukannya atas matlamat agama dan memperjuangkan agama?

Kemajuan adalah satu wasilah yang dibina untuk mencapai tujuan yang lebih benar. Ia adalah toriqoh untuk bergeraknya dakwah islamiah, memelihara agama ini dll. Dan hakikat kemajuan bukanlah sesuatu yang dikejar seperti mana orang kafir memujanya!

Tetapi bukankah kebanyakan kita sudah terpesong?

Kehidupan muslim tida hanya sekadar hukum-hakam, sama ada halal atau haram saja. Tetapi ia juga berkaitan dengan ilmu tauhid dan tasawuf, penjagaan hati dan iman dari fitnah dan cubaan dunia yang bukan semua manusia mampu menyelamatkan diri daripadanya.

Maka, tentulah tiada yang haram dalam mengejar kemajuan. Tetapi jangan sampai kita hilang asalan kita. Kemajuan adalah satu jalan, bukan asal tujuan.

No comments:

Post a Comment