Monday, 7 May 2012

Hakikat Kehidupan Insan, Kita mencari Kebahagian

Pada hakikat kehidupan, setiap manusia cuba mencari kebahagian.
Ada yang menjumpai kebahagian pada harta, pada anak-anak, pada keluarga, pada nyanyian, pada segala ssesuatu yang wujud pada dunia.

Manusia, pada hakikatnya, bekerja untuk kebahagian. Seperi juga seorang petani yang membanting tulang mengangkat cangkul membajak tanah untuk mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. Cuba mencari kebahagian pada kehidupan dengan mengalas perut yang asyik-asyik bergeroncong sahaja.

Atau juga,
pada hakikat perkerjaan seorang tukang sapu sampah. Walaupun kewujudannya penting bagi menjamin kebersihan persekitaran, namun selalu saja dikecam. Atau tidak pun, kewujudannya sebagai hamba Tuhan di atas muka bumi Tuhan ini, tidak pun diendahkan. Demi mencari beberapa pitis wang, itu saja kerja yang terbentang. Direlakan saja.

Atau juga, kadang-kadang saya lihat di dalam bas,
seorang pak cik yang jalannya selalu saja terseret-seret. Matanya nampak lesu akibat kepenatan berkerja seharian mungkin di pejabat berdasarkan pakaiannya. Mungkin sebagai kerani atau sekadar staf sokongan semata. Ada hari, dia membawa pulang sebungkus makanan. Dan sepanjang perjalanan sampai ke destinasinya, dia asyik mengintai-intai isi bungkusan itu yang pastinya tidak pernah lari ke mana-mana. Nampak dari susuk tubunya, dirinya sudah lanjut dimamah usia tetapi masih diteruskan kerjanya.

Maka, inilah hakikat kehidupan insan. Sesiapa saja. Baik para menteri atau mak cik penjual kuih-muih di tepi jalan. Kita berbuat sesuatu untuk kelansungan hidup. Kita berhempas pulas untuk mencapai kehendak kehidupan. Maka, setelah penat lelah kita untuk semua itu, adakah kita mahu rugi, melepaskan kebahagian hisup hakiki, di akhirat sana? 

1 comment: