Saturday, 28 April 2012

Jalan Kehidupan

Kita selalu mempunyai pandangan yang berbeza dalam kehidupan. Sehinggakan hanya tentang tujuan penghidupan manusia juga kita berbeza.

Begitu juga dalam memberi jawapan tentang persoalan : Bagaimanakah cara kita menjalani kehidupan?

Ada yang melihat jalan akhirat sebagai jalan menuju akhirat. Seperti mewakafkan diri sepenuhnya pada jalan dakwah demi menegakkan syiar islam. Siang dan malam berdedikasi dalam usaha meneruskan perjuangan Rasulullah saw.

Ada juga yang melihat jalan dunia sebagai jalan menuju akhirat. Seperti bekerja sebagai seorang guru, pensyarah, doktor, ahli politik dll dan menjadikan matlamatnya pada pekerjaan itu adalah untuk mencapai agama, mengembangkan agama.

Ada sebahagian yang lain pula, menjalankan kehidupan seperti insan-insan biasa. Bekerja, berkahwin, makan dan minum, dan kehidupan itu dijalani dengan syariat islam kebanyakkannya. Segala kewajipan dan fardhu ain juga dilaksanakan. Dan sekadar itu saja.

3 golongan ini, mereka semua muslim. Yang mana satu anda?

4 comments:

  1. "Kalau boleh, tak perlulah semua yang ada di sini semuanya menjadi doktor belaka. Biarlah ada juga yang menjadi ulama'wanita." Us. M.

    ReplyDelete
  2. Kun ‘aliman, au muta'alliman, au mustami’an, au muhibban. Wa la takun khomisan, fatahlik..

    ReplyDelete
  3. Jika mahu menjadi sesuatu, jadilah yang terbaik. - menjadi orang 'alim, menurut hadis tersebut.

    ReplyDelete