Saturday, 10 March 2012

Kerinduan Lagi

Seperti biasa, Jumaat adalah hari yang paling bermakna dalam satu minggu.

Seperti juga semalam, Jumaat 9/3/12 - Hari yang penuh dengan kerinduaan.

Ada beberapa rindu yang terubat dan beberapa peristiwa yang menyebabkan rindu.

Solat zohor hari Jumaat adalah satu-satunya masa yang membolehkan para muslimat bersolat di saf hadapan surau. Dan andainya para muslimin semuanya menyedari bahawa, indahnya dan dekatnya rasa berada di saf depan - pastilah mereka semua berkejar-kejaran untuk segera berada di saf paling hadapan. Sedangkan para muslimat, jarang sekali dapat merasainya. Kami perlu bersyukur sahaja berada di saf belakang. Bukankah saf belakang adalah sebaik2 saf bagi kami dan saf hadapan adalah sebaik2 saf bagi para muslimin? Tapi, tentu saja rasa indah berada di saf hadapan itu menimbulkan rasa rindu.

Selepas solat zohor, terubat satu lagi rindu. Rindu pada Halaqah Mahabbah yang dulu. Alhamdulillah, HM muncul untuk sesi 2012 - julung-julung kalinya. Halaqah Mahabbah F5. Dimulakan dengan mentadabbur ayat Al-A'raf : 2. Kemudian, berbicara tentang matlamat hidup muslim. Segala peringatan, pengalaman dan ilmu dicurahkan. Ia rasa yang indah. Andai semua dapat merasai keindahan usrah itu.

Malam itu, mengikuti perkembangan kem ibadah adik2 tingkatan 1. Selepas solat maghrib, tazkirah dari bekas pelajar kisas mengenai pelajar soleh. Maka, terbangkitlah rasa rindu pada sekolah itu. Kenapa masih tidak berhenti?

Pagi tadi, satu lagi rindu terawat. Rindu pada perbincangan ilmu. Pagi tadi, di dewan makan bersama seorang sahabat, berborak-borak. Ya, hanya kami berdua di ruang yang besar itu. Hanya kami berdua, bersama ilmu. =)

Rindu. Rasa yang mampu menyuburkan jiwa. Ya bagi kerinduaan pada kebaikan. Tapi, ada juga kerinduan pada sesuatu yang fasad, bukan?

DAN.. Seandainya rasa rindu itu mudah-mudah sahaja dirawat seperti cukuplah dengan menelan ubat. Ia bakal mudah bukan? Tetapi, rindu adalah sesuatu yang mampu membuat seseorang itu rasa kehilangan dan kosong. Andai sahaja tidak diselamatkan Allah swt, tentu sahaja manusia hanyut pada rasa kekosongan akibat tipu daya syaitan.

No comments:

Post a Comment