Saturday, 3 March 2012

Kembara Mencari Tuhan - Semula

Saya dalam kembara mencari Tuhan. Ironinya, saya pernah menjalani kembara ini, dan kini saya melakukannya semula.

Entah ke mana segala rasa itu pergi. Saya tidak berasa sedih, tidak pula gembira. Saya tidak berasa resah, tidak pun tenang. Hati ini kosong, ibarat sebuah rumah tidak berpenghuni.

Saya tercari-cari.. sehingga pencarian itu yang membawa saya hilang.

Saya tercari-cari banyak perkara.

..dan apabila, secara tiba2 (saya tidak tahu mengapa), saya hilang segala keinginan, semangat, himmah dan hikmah.

Sadisnya, bukan hanya saya. Sahabat yang lain juga.

Apabila perasaan manjadi tawar, gerak langkah pula menjadi hambar. Dan sudah beberapa kali, saya tidak mampu menyentuh hati manusia, seperti mana saya tidak mampu menyentuh hati sendiri.

Saya masih belum memahami apa kena dengan hati. Mungkin juga kurang bersyukur, kurang reda, kurang bertawakal. Mungkin juga kurang menyerahkan segala urusan agar Allah yang menyudahkan segalanya.

Saya meraba-raba, dalam pengembaraan semula ini. Meraba cahaya dari Illahi agar dikembalikan hati yang bersih, keimanan yang mantap dan kecintaan pada ilmu.

Aku memulakan pengembaraan ini semula, ya Allah.
Jangan Kaubiarkan hati ini kosong.

Izinkan aku bertemu denganMu kembali!

1 comment:

  1. Kita berlari-lari dalam kehidupan dan kerana terlampau asyik, tersasar dari landasan larian.

    ReplyDelete