Sunday, 26 February 2012

Pelajaran Hidup

Post kali ini tiada apa2 yang kritikal, sekadar mencatatkan lagi perjalanan hidup.

Sungguh, hidup selama 17 tahun ini telah membawa saya ke pelbagai pelabuhan. Ada yang baik, ada yang buruk. Tapi yang pasti, semua itu punya hikmah dan peranan dalam mentarbiyah dan mendidik diri agar sentiasa mengingati Tuhan.

Banyak yang saya pelajari.

-Peluang yang terbentang bagi setiap orang tidak sama. Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang. Kerana itu, ada yang lebih berjaya, ada yang biasa saja. Tapi bukan dasar kejayaan duniawi yang dilihat Allah. Namun, hati dan iman yang telah diuji.

-Manusia ada berbagai-bagai ragam. Apabila saya bekerja dengan mereka baru saya fahami. Berkenalan sahaja tidak mencukupi namun perlu bersama mereka barulah mengenali mereka sedalamnya. Alhamdulillah banyak yang baik, malah hebat. Namun, apabila semakin lama mengenali ragam manusia dan ragam sendiri, baru difahami bahawa setiap manusia walaupun dilihat sempurna kebaikannya namun tentu ada kelemahannya. Haruslah kita menerima mereka seadanya, tidak menghina atau mencela. Yang penting, kerendahan hati harus ada. Manusia tidak dilahirkan untuk sempurna tetapi haruslah mengejar kesempurnaan itu kerana apabila kita menujunya barulah kita menghampirinya walaupun kemungkinan mendapatkannya adalah kosong.

-Kesabaran adalah titik paling penting kehidupan insan. Jagalah benteng kesabaran kerana apabila ia sudah roboh, perlukan masa dan ruang yang lama untuk pulih kembali. Sementara diri tidak diuji, binalah benteng kesabaran sekukuhnya dengan keimanan yang unggul, semoga apabila badai menerpa tegaplah ia menghadapi ombak yang besar itu. Dan sekuat manapun kesabaran insan, ada tahap tertingginya. Jadikanlah tahap tertinggi itu terletak pada tempat yang setinggi-tingginya agar selamat daripada nafsu amarah.

-Berdiam diri adalah cara yang terbaik apabila marah/ perbalahan bakal tercetus/ emosi tidak stabil/ berperasaan mahu menjatuhkan hujah orang lain bukan hendak menegakkan kebenaran/ dikuasai sifat benci akan seseorang/ tidak tahu nak cakap apa2.

-Sesuatu yang diperkatakan akan diuji seperti mana saya sentiasa diuji sebaik sahaja selesai menulis sesuatu di blog / memberi tazkirah.

-Ukhwah/ jalinan hubungan atas keimanan dengan sahabat adalah perasaan yang indah. Ia membuatkan anda tersenyum apabila melihat wajah mereka kerana kita dan dia sedang bersama-sama menjalani jalan Allah menuju Allah. =)

-Berbaik-baiklah dengan keluarga kerana mereka sumber kebahagiaan. =)=) *double happiness*

-Mempelajari ilmu adalah jalan mendekatkan diri dengan Allah swt. Entah apa hubungannya. Tapi, sungguh jika anda dahagakan ilmu dan cuba sedaya upaya menggali-gali ilmu agar dapat memahamkan diri, maka hari itu dan waktu2 sekitarnya akan menjadikan kita manusia yang merasa sangat dekat dengan Allah swt. Dan itu adalah saat yang sangat indah dan memuaskan.

-Toleransi adalah nilai yang penting dalam kehidupan mukmin. Tersangtlah penting. Tanpa toleransi dunia islam tiada kesatuan. Dan itulah yang sedang berlaku dalam dunia umat Islam hari ini - bertekak tanpa mahu bertolak ansur.

-Kerendahan hati. Kerendahan Hati.
-dan Kesabaran.

Ya, ya. Saya bakal diuji lagi dengan apa yang saya tulis di sini. Esok, sepastinya.

Moga Allah meluluskan diriku dalam ujian-Nya!

No comments:

Post a Comment