Sunday, 12 February 2012

Keazaman Yang Unggul

Impian yang terbesar bagi seorang Muslim ialah menjadi hamba Allah swt yang paling bertaqwa.

Dan dalam melayari kehidupan manusia, kita bergerak sebagai anak, pelajar, muslim dan mukmin yang bertanggungjawab terhadap agama dan keluarganya. Kita berperanan dalam pelbagai perkara dan kita juga berjuang dalam pelbagai perkara. Sungguh, siapa yang tidak mahu menjadi insan yang sempurna dalam menjalankan semua tanggungjawabnya. Namun, hakikatnya, tidak semua orang dianugerahi Allah dengan kesempurnaan peribadi dan sahsiah.

Satu puisi Inggeris yang mengingatkan tentang keterbatasan diri :


Dare to Believe
Everybody Knows:
You can’t be all things to all people.
You can’t do all things at once.
You can’t do all things equally well.
You can’t do all things better than everyone else.
Your humanity is showing just like everyone else’s.


So:
You have to find out who you are, and be that.
You have to decide what comes first, and do that.
You have to discover your strengths, and use them.
You have to learn not to compete with others,
Because no one else is in the contest of *being you*.


Then:
You will have learned to accept your own uniqueness.
You will have learned to set priorities and make decisions.
You will have learned to live with your limitations.
You will have learned to give yourself the respect that is due.
And you’ll be a most vital mortal.


Dare To Believe:
That you are a wonderful, unique person.
That you are a once-in-all-history event.
That it’s more than a right, it’s your duty, to be who you are.
That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.
And you’ll be able to stay one up on what used to get you down.


~ Author Unknown ~

Tapi, sungguh bukan, tidak semua manusia seperti di atas. Maksudnya, ada insan yang mampu mencapai segala tahap dan baik dari semua segi. Mungkinkah ia mampu menjadi muslim terbaik, malahan mampu menjadi pedoman dan teladan muslimin yang lain.

Dan yang tidak.. mungkin harus terus berusaha. Kerana manusia itu insya-Allah mampu mencapai segala perkara walau bagaimanapun keadaan mereka. Yang penting keberanian untuk mula langkah pertama dan meneruskan langkah-langkah tersebut serta keazaman yang tinggi dan berterusan.

Keazaman ialah kekuatan orang yang berjaya.

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan."...Sahabat-sahabat baginda bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?"...Baginda menjawab, "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (HR Bukhari )

Mari kita memahami makna hadis ini, yang tersirat dan juga yang tersurat.

Kenapa dikatakan bahawa orang yang enggan adalah orang yang durhaka sedangkan jika kita bertanya kepada seluruh alam termasuk kepada orang-orang yang durhaka ini tentulah sekalian manusia akan menjawab, aku mahu ke syurga.

Jadi apakah makna yang tersirat di sebalik hadis ini?

Orang yang durhaka, berkata, aku juga mahu ke syurga. Namun, mereka tidak mempunyai keinginan yang cukup tinggi untuk berada di syurga dan konsekuensinya, mereka tidak mampu melarang diri melakukan perbuatan durhaka kepada Rasulillah.

Justeru, nilai yang dapat difahami dalam hadis di atas adalah jika kita mahu berjaya, maka perlulah kita mempunyai keazaman atau keinginan yang tinggi sehingga mampu menahan diri kita daripada magnet yang cuba menghalang kita daripada menyelusuri jalan kejayaan.

Dan apabila insan itu lemah, maka daya kekuatan magnet yang menarik itu tersangatlah kuat yang kadang-kadang membuatkan kita tersadung. Maka, kita perlukan kekuatan yang utuh dan ampuh. Dan..

Lahaulawala quwatailabillah.

Tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

Kekuatan untuk mencapai kejayaan ialah kekuatan dari Allah. Dan kekuatan dari Allah akan terhasil dengan keimanan. Dengan keimanan yang kuat, Allah akan menjaga kita.

Seperti yang dikatakan Rasulullah saw:

"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu."

Mari.

Mari kita menjaga hak-hak Allah, kemudian, tentulah Allah pula akan menjaga kita.

=]

~Insan yang memerlukan kekuatan.

No comments:

Post a Comment