Sunday, 19 February 2012

Kem Jati Diri yang Membina Jati Diri?

Subhanallah. Lenguh betul satu badan. Dan kaki kanan yang terseliuh sewaktu main bola jaring hari Jumaat hari itu masih belum pulih sepenuhnya.

Perkara yang mentarbiyah diri kita bukan sahaja ilmu, malahan juga pengalaman. Dan itulah yang telah saya hadapi. Masya-Allah, tiba2 saya sangat menghargainya.

Apabila telah dipaksa untuk hadir ke kem itu, saya cuba menjadikan diri stres agar saya jatuh sakit dan seterusnya tak perlu ke sana. (Ya. ini merupakan satu konspirasi jahat. Ada juga yang mencadangkan saya meletakkan bawang putih dalam baju untuk menaikkan suhu badan, tapi tak sanggup melakukan yang sedemikian)

Akhirnya, Allah tetap menjadikan takdir saya pada hari jumaat itu untuk pergi ke kem tersebut. Dan apabila itu berlaku, saya segera mempositifkan pemikiran saya yang telah beberapa hari dinegatifkan agar menyebabkan diri sakit.

Takdir saya : 3 hari 2 malam di kem itu.

Maka, saya tercari-cari apakah hikmah kepada kehendak Allah swt. Apakah takdir seterusnya yang perlu saya hadapi?

Pandangan awal pada kem tersebut : banyak aktiviti lasak yang akan sedikit sebanyak melanggar syariat Islam.

Maka, saya telah menyediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan menghadapi perkara tersebut. Mental dan fizikal, juga keberanian untuk bersuara agar kebajikan para muslimat terutamanya lebih terjaga. Malahan, sebelum hadir ke kem tersebut, saya bersembang dengan teacher saya. Dan kami berbincang tentang dunia luar (selepas sekolah) di mana banyak sahaja perkara yang bertentangan dengan pegangan kami perlu dilakukan. Maka, saya berfikir, mungkin kem ini mampu menjadi satu persediaan untuk diri saya bagi menghadapi perkara tersebut suatu hari nanti.

Kira2 pukul 3.30 petang bas yang bertolak dari sekolah sampai ke tapak kem.

Di dalam khemah, membaca doa rabitah dan doa2 agar Allah tsabatkan diri atas pendirian. Takbir! Moga ia membetulkan segala niat kami.

Kehidupan di dalam khemah yang sempit, solat di kawasan lapang, tempat yang serba kekurangan bukan merupakan cabaran terbesar kami.

Cabaran terbesar kami ialah : masa.

Saya sangat tidak boleh bertoleransi apabila masa saya dibazirkan dan diganggu untuk perkara yang tidak bermanfaat. Dan, tanpa disangka-sangka, inilah cabaran terbesar di sana.

Maka, saya terus-menerus bertanya pada Tuhan. Ya Allah, apakah hikmah di sebalik semua ini? Bukankah seorang muslim itu seharusnya menghargai setiap saat kehidupannya?

Dan, nyata, setelah hampir 24 jam berlalu, saya bertemu dengan hikmahnya.

Hikmah : Kesabaran.

Masya-Allah.

Manusia mungkin punya kesabaran. Namun, persoalannya, sejauh mana kita mampu bersabar?

Apabila saya menemui hikmah ini, saya teringat kepada ayat Allah :

[ Surah An-Nisa' : ayat terakhir]

"Wahai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap siagalah dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kami beruntung."

Saya sangat tersentak mengingatkan perintah Allah ini. Allah tidak sekadar menyuruh kita bersabar malah menguatkan kesabaran. Betap ramai yang bersabar, namun kesabarannya hanya setipis kulit bawang yang mudah sahaja dikoyak-koyak.

Ya Allah, kuatkan kesabaran kami!

Saya telah tewas pada hari kedua. Beberapa kali sudah mahu menangis. Dan pada tengah hari itu, saya sungguh telah menangis, dalam kereta teacher kepada sahabat saya. (Terima kasih pada teacher dan sahabat yang sudi datang). Dan bukan saya sahaja telah mengalirkan air mata kekecewaan, sahabat2 yang lain juga. Jika tidak pun, dalam diri kami tetap ada satu sifat yang rasa mahu memberontak dan geram.

Cabaran seterusnya, keselamatan. Saya tidak mampu membayangkan 19 orang pelajar muslimat ditinggalkan di sebuah kem, tidur di dalam khemah yang tidak berkunci tanpa pengawasan orang dewasa/guru yang boleh dipercayai. Ada juga sahabat yang menangis kerana ini. Malam kedua, kami memohon bantuan muslimin. Hanya mereka bantuan manusia yang boleh kami capai. Yang lain, kami serahkan segala urusan kepada Allah swt, moga Allah menjaga kami.

Hari kedua, selepas solat asar berjemaah, para muslimat berkumpul di tapak khemah. Kami muhasabah diri semula, dan juga saling memperingati. Sungguh, memang benar kami merasa perkara ini membuang masa dan ia memberi tekanan kepada kami. Kami tidah henti2 mengomel. Tapi, apakan perbuatan merungut dan mengomel dapat mengubah apa2? Adakah dengan merungut, sesuatu akan berubah? Tidak. Maka, mungkin perlu kami betulkan semula niat kami buat kali kedua. Moga jam-jam seterusnya berjalan dengan tenang tanpa rungutan.
Doa rabitah dialunkan. Kemudian bertakbir 6 kali. Sungguh, selepas takbir, himmah itu datang kembali dan jeritan batin rasa seperti sudah terlepas.

Malam itu persembahan. Alhamdulillah. Walaupun tentulah ada beberapa lagu yang 'pelik' lagi 'berbahaya' dipasang, namun, banyak perkara masih dalam keadaan terkawal. Terima kasih pada Pak Cik dan pembantunya yang membenarkan kami menguruskan sepenuhnya majlis tersebut.

Pagi tadi, ada explorace. Alhamdulillah. Syukran Kathir atas tindakan muslimin.

Dan saat ini, baru beberapa jam sahaja kem itu tamat. Ia membawa seribu satu peristiwa dan pengalaman. Tidak sangka. Ia pengakhiran yang agak lain daripada jangkaan.

Selepas ini, masa2 perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggantikan masa studi.

Wallahua'lam.

Allah itu Al-Latiff.

Sangat lembut pada teguran dan perjalanan hidup insan.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum :')

    Butter, I read this post and I was like...

    I AM SO SORRY..! :'(

    Awak, saya minta maaf banyak-banyak for not being right there by your side. Rasa ralat sangat, dan sungguh! Saya tak sekuat awak dan yang lain. Believe me, you guys have done something that was deadly awesome! :') I'm so proud of you :)

    And, sorry kerana komen pertama agak emosional. hihi. Apa-apa pun, welcome back to school! I have to admit that, saya sayang awak lillahi ta'aala. Dan juga rakan-rakan yang lain. =)

    ReplyDelete
  2. Thank you kleo. Sorry that i got very emotional today.

    Huh. Now I'm already emotionally stable.) So, see you when I see you!

    And, really, sorry for making you feel guilty.

    ReplyDelete
  3. Tak, biasalah tu. Saya pun pernah emo, kot! Hehehe.

    I'm glad, you're back :)

    A quote for you, <3

    -- Don't frown because you never know who's falling in love with your smile --

    And, that person, is surely gonna be, me! :)

    ReplyDelete