Saturday, 11 February 2012

Cinta Yang Dalam Mungkin Satu Kepalsuan

Bismillahirrahmanirahim..

Apabila hari ini, di sekolah, sambutnya aku hari kelahiran Nabi Muhammad saw yang mulia itu, seribu satu perasaan wujud. Perasan yang berasal daripada iman, juga perasaan yang terpengaruh dari satu rasa yang tersimpan dalam di sudut hati. Yang pertama itu bagus, yang kedua itu.. entahlah.

Saat yang paling terkesan di dalam hati adalah waktu melihat tayangan video. Oh, video itu penuh dengan adegan lucu. Tapi, ketika aku menonton video itu, aku lantas menangis. Sungguh, tangisan itu merupakan sesuatu yang bermakna bagiku. Masya-Allah, dengan kemuliaan dan keagungan Rasulullah saw yang telah diberikan oleh Allah swt, semua makhluk di bumi  dan langit sangat mencintainya. Lihatlah bagaimana setiap satu pergerakan baginda saw diperhati dan diteliti, penuh makna, penuh hasrat, penuh perasaan cinta yang subur dalam jiwa insani. 

Maka, jika ditanya aku adakah aku mampu menjadi umat baginda yang hebat? Ia justeru merupakan soalan yang menyayatkan hati. Sungguh, aku mahu menjadi umat Muhammad saw, namun layakkah aku untuk menjadi umatnya. 

Dan sungguh, perasaan cinta bukanlah suatu rasa yang dapat ditunjukkan secara berupa bentuk, melainkan ia sesuatu yang sungguh abstrak. Dan kecintaan itu adalah mungkin cinta yang palsu sehinggalah ia diuji. Maka, jika aku atau kalian atau sesiapa, pernah mengaku cinta akan baginda saw, ia belum sempurna sehingga ia diuji. Adakah kita berjaya atau tidak? Itu persoalan penuh tanda tanya.

Dan cinta ialah sesuatu yang tertanam di sudut hati. Ia mungkin akan subur dan bertambah subur, atau tinggal layu kemudian mati jika tidak dibajai dengan nur dan petunjuk Ilahi. 

Sungguh, sungguhnya, aku mahu menjadi umat Muhammad saw yang terbaik. Kerana apa gunanya kehidupan jika tiada kebajikan. Dan jika bukan kerana kebajikan, masakan Allah akan memberikan manusia kebaikan.

Pada-Mu aku memohon, sungguh hamba ini penuh kefakiran serta kehinaan. Tiada kekuatan melainkan Engkau. Maka, demi kekuatan, keagungan dan kekuasaan-Mu, kuatkanlah kami hamba-hambaMu.

Kembalikan sinar Islam pada bumi-Mu.

P/s: Moga smai terus melahirkan Muslim yang lebih cemerlang untuk Islam. 

No comments:

Post a Comment