Tuesday, 14 February 2012

Bicara Tentang Kekasih

Saat yang palingku suka adalah saat apabila aku berbicara dengan sahabat, atau mendengar kuliah, atau membaca buku tentang Rasulillah saw.

Ketahuilah, jika perempuan2 pada zaman Nabi Yusuf mampu terhiris jari kerana melihat ketampanan wajah Nabi Allah, Yusuf as. Maka, jika wanita2 melihat pula wajah Rasulullah saw, maka, terhirislah hati mereka.

Dan, sungguh, hatiku hampir2 terhiris.

Digambarkan bahawa, Rasulullah saw mempunyai kening yang berbentuk busur panah. Sungguh bukan, kening yang berbentuk busur panah merupakan kening yang sangat indah. Itulah yang cuba diukir oleh manusia2 zaman ini.

Dan Rasulullah saw itu tidak rendah dan tidak tinggi, cukup sederhana. Bil makna, jika baginda saw berada dalam kalangan orang yang tinggi baginda tidak dikatakan rendah, dan apabila baginda saw berada dalam kalangan mereka yang rendah baginda saw tidak dikatakan tinggi.

Baginda, berkulit putih yang kemerah-merahan. Kerana itulah, amat mudah untuk melihat baginda saw malu. Dikatakan bahawa, baginda saw adalah lebih pemalu daripada gadis sunti di belakang tabir. Dan sgeralah sahabat tahu jika baginda tidak menyukai sesuatu kerana sifat malu yang ada pada bginda saw.

Rasulullah saw, adalah seorang yang cukup sempurna dari sudut fizikalnya dengan ketampanan dan segala sifat luaran baginda saw. Sehinggakan, jika dibandingkan dengan bulan purnama yang sangat indah sekalipun, ternyata, baginda adalah lebih cantik daripada bulan itu. Masya-Allah.

Baginda tidak sekadar sempurna dari luaran semata-mata, malahan dari sudut akhlaknya. Begitulah kata Aisyah ra apabila ditanya sahabat apakah akhlak baginda saw. Maka jawablah Aisyah ra : Kana Khalaquhul Quran.

..adalah akhlaknya Al-Quran.

Masya-Allah. Baginda adalah benar2 rahmat lil'alamin.

Moga kita dapat bertemu baginda saw di akhirat kelak.
..juga mendapat syafaat daripada baginda serta minum dari telaga Al-Kauthar.

No comments:

Post a Comment