Monday, 27 February 2012

Apabila hidup bergelar mukmin, pasti mahu menjadi yang terbaik.
Ya. mahu berjaya dalam semua aspek kehidupan seorang muslim, baik duniawi dan ukhrawi.
Itu cita-cita kita. Banyak yang bersama saya mengakui pernyataan ini.

..sehingga satu persoalan muncul. Mampukah kita?

Kemudian soalan lain pula. Bagaimana?

Maka, saya tertanya-tanya pada semua, pada diri, pada Tuhan, bagaimana seharusnya langkah kami derapkan menuju impian itu?

Sunday, 26 February 2012

Pelajaran Hidup

Post kali ini tiada apa2 yang kritikal, sekadar mencatatkan lagi perjalanan hidup.

Sungguh, hidup selama 17 tahun ini telah membawa saya ke pelbagai pelabuhan. Ada yang baik, ada yang buruk. Tapi yang pasti, semua itu punya hikmah dan peranan dalam mentarbiyah dan mendidik diri agar sentiasa mengingati Tuhan.

Banyak yang saya pelajari.

-Peluang yang terbentang bagi setiap orang tidak sama. Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang. Kerana itu, ada yang lebih berjaya, ada yang biasa saja. Tapi bukan dasar kejayaan duniawi yang dilihat Allah. Namun, hati dan iman yang telah diuji.

-Manusia ada berbagai-bagai ragam. Apabila saya bekerja dengan mereka baru saya fahami. Berkenalan sahaja tidak mencukupi namun perlu bersama mereka barulah mengenali mereka sedalamnya. Alhamdulillah banyak yang baik, malah hebat. Namun, apabila semakin lama mengenali ragam manusia dan ragam sendiri, baru difahami bahawa setiap manusia walaupun dilihat sempurna kebaikannya namun tentu ada kelemahannya. Haruslah kita menerima mereka seadanya, tidak menghina atau mencela. Yang penting, kerendahan hati harus ada. Manusia tidak dilahirkan untuk sempurna tetapi haruslah mengejar kesempurnaan itu kerana apabila kita menujunya barulah kita menghampirinya walaupun kemungkinan mendapatkannya adalah kosong.

-Kesabaran adalah titik paling penting kehidupan insan. Jagalah benteng kesabaran kerana apabila ia sudah roboh, perlukan masa dan ruang yang lama untuk pulih kembali. Sementara diri tidak diuji, binalah benteng kesabaran sekukuhnya dengan keimanan yang unggul, semoga apabila badai menerpa tegaplah ia menghadapi ombak yang besar itu. Dan sekuat manapun kesabaran insan, ada tahap tertingginya. Jadikanlah tahap tertinggi itu terletak pada tempat yang setinggi-tingginya agar selamat daripada nafsu amarah.

-Berdiam diri adalah cara yang terbaik apabila marah/ perbalahan bakal tercetus/ emosi tidak stabil/ berperasaan mahu menjatuhkan hujah orang lain bukan hendak menegakkan kebenaran/ dikuasai sifat benci akan seseorang/ tidak tahu nak cakap apa2.

-Sesuatu yang diperkatakan akan diuji seperti mana saya sentiasa diuji sebaik sahaja selesai menulis sesuatu di blog / memberi tazkirah.

-Ukhwah/ jalinan hubungan atas keimanan dengan sahabat adalah perasaan yang indah. Ia membuatkan anda tersenyum apabila melihat wajah mereka kerana kita dan dia sedang bersama-sama menjalani jalan Allah menuju Allah. =)

-Berbaik-baiklah dengan keluarga kerana mereka sumber kebahagiaan. =)=) *double happiness*

-Mempelajari ilmu adalah jalan mendekatkan diri dengan Allah swt. Entah apa hubungannya. Tapi, sungguh jika anda dahagakan ilmu dan cuba sedaya upaya menggali-gali ilmu agar dapat memahamkan diri, maka hari itu dan waktu2 sekitarnya akan menjadikan kita manusia yang merasa sangat dekat dengan Allah swt. Dan itu adalah saat yang sangat indah dan memuaskan.

-Toleransi adalah nilai yang penting dalam kehidupan mukmin. Tersangtlah penting. Tanpa toleransi dunia islam tiada kesatuan. Dan itulah yang sedang berlaku dalam dunia umat Islam hari ini - bertekak tanpa mahu bertolak ansur.

-Kerendahan hati. Kerendahan Hati.
-dan Kesabaran.

Ya, ya. Saya bakal diuji lagi dengan apa yang saya tulis di sini. Esok, sepastinya.

Moga Allah meluluskan diriku dalam ujian-Nya!

Friday, 24 February 2012

Wednesday, 22 February 2012

Kerendahan Hati

Saya memohon pada diri saya dan juga sahabat2 semua,

agar kita mempunyai kerendahan hati. Ya, kita tidak boleh merendah diri berlebihan. Namun, tidak bermakna kita perlu membesarkan diri, merasa 'gurur (diri lebih baik daripada orang), riya', ujub, sombong..

..kerana tanpa kerendahan hati, kita tidak mampu menyentuh hati manusia.
dan jika kita tidak mampu menyentuh hati manusia, bagaimana bisa membawa mereka bertemu Tuhan.

Saya mengajak diri terlebih dahulu, kemudian kalian semua, bersifat tawaddu' dalam kehidupan. Agar tiada yang terasa tiada yang berkecil hati..hingga akhirnya semuanya musnah.

Tuesday, 21 February 2012

Hati ibarat Rumah

Hati.. ia ibarat sebuah rumah.
Jika diketuk memohon masuk,
Jika tidak diizinkan,
Manakan bisa kau menerobosnya!

Takdir-takdir yang Perlu Dihadapi

Takdir-takdir Tuhan, satu-satu telah kuhadapi,
aku tertanya lagi, apakah takdir seterusnya.

Satu-satu Tuhan aturkan,
semuanya mewujudkan persoalan,
tak tersinggap, tak diketahui,
hingga suatu hari apabila telah dihadapi.

Aku bertanya lagi, mengapa begini?
Dulu semuanya baik, hingga hari ini semua diragut perasaan.
Ah, emosi, kenapa engkau begitu berkuasa sekali?

Dengan hati kita menyentuh hati manusia,
Dengan hati juga kita melukai hati manusia.
Sungguh hati itu, ada masa ia putih bersih
dan kadang-kala hitma pekat.

Wahai Tuhan yang mentakdirkan semua ini,
yang memperkehendakkan aku menghadapi semua ini,
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui,
aku pohon kembalikan segalanya kepada yang asal atau lebih baik.

Monday, 20 February 2012

Apa yang saya Pelajari daripada Kem itu?

Ya. Ramai yang tanya.

Maka, saya dan sahabat saya bersepakat tentang pengajaran yang kami dapat.

Kami pelajar tentang rasa bertanggungjawab dan kesabaran.

Bertanggungjawab dengan terpaksa menggadaikan kepentingan diri atas pilihan menerima 'amanah'.
Dan bersabar ketika terpaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai.

Dan secara peribdai pula, saya pelajar tentang kepimpinan dan permuafakatan.

Moga, Engkau ya Allah, redai kami!

Sunday, 19 February 2012

Kem Jati Diri yang Membina Jati Diri?

Subhanallah. Lenguh betul satu badan. Dan kaki kanan yang terseliuh sewaktu main bola jaring hari Jumaat hari itu masih belum pulih sepenuhnya.

Perkara yang mentarbiyah diri kita bukan sahaja ilmu, malahan juga pengalaman. Dan itulah yang telah saya hadapi. Masya-Allah, tiba2 saya sangat menghargainya.

Apabila telah dipaksa untuk hadir ke kem itu, saya cuba menjadikan diri stres agar saya jatuh sakit dan seterusnya tak perlu ke sana. (Ya. ini merupakan satu konspirasi jahat. Ada juga yang mencadangkan saya meletakkan bawang putih dalam baju untuk menaikkan suhu badan, tapi tak sanggup melakukan yang sedemikian)

Akhirnya, Allah tetap menjadikan takdir saya pada hari jumaat itu untuk pergi ke kem tersebut. Dan apabila itu berlaku, saya segera mempositifkan pemikiran saya yang telah beberapa hari dinegatifkan agar menyebabkan diri sakit.

Takdir saya : 3 hari 2 malam di kem itu.

Maka, saya tercari-cari apakah hikmah kepada kehendak Allah swt. Apakah takdir seterusnya yang perlu saya hadapi?

Pandangan awal pada kem tersebut : banyak aktiviti lasak yang akan sedikit sebanyak melanggar syariat Islam.

Maka, saya telah menyediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan menghadapi perkara tersebut. Mental dan fizikal, juga keberanian untuk bersuara agar kebajikan para muslimat terutamanya lebih terjaga. Malahan, sebelum hadir ke kem tersebut, saya bersembang dengan teacher saya. Dan kami berbincang tentang dunia luar (selepas sekolah) di mana banyak sahaja perkara yang bertentangan dengan pegangan kami perlu dilakukan. Maka, saya berfikir, mungkin kem ini mampu menjadi satu persediaan untuk diri saya bagi menghadapi perkara tersebut suatu hari nanti.

Kira2 pukul 3.30 petang bas yang bertolak dari sekolah sampai ke tapak kem.

Di dalam khemah, membaca doa rabitah dan doa2 agar Allah tsabatkan diri atas pendirian. Takbir! Moga ia membetulkan segala niat kami.

Kehidupan di dalam khemah yang sempit, solat di kawasan lapang, tempat yang serba kekurangan bukan merupakan cabaran terbesar kami.

Cabaran terbesar kami ialah : masa.

Saya sangat tidak boleh bertoleransi apabila masa saya dibazirkan dan diganggu untuk perkara yang tidak bermanfaat. Dan, tanpa disangka-sangka, inilah cabaran terbesar di sana.

Maka, saya terus-menerus bertanya pada Tuhan. Ya Allah, apakah hikmah di sebalik semua ini? Bukankah seorang muslim itu seharusnya menghargai setiap saat kehidupannya?

Dan, nyata, setelah hampir 24 jam berlalu, saya bertemu dengan hikmahnya.

Hikmah : Kesabaran.

Masya-Allah.

Manusia mungkin punya kesabaran. Namun, persoalannya, sejauh mana kita mampu bersabar?

Apabila saya menemui hikmah ini, saya teringat kepada ayat Allah :

[ Surah An-Nisa' : ayat terakhir]

"Wahai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap siagalah dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kami beruntung."

Saya sangat tersentak mengingatkan perintah Allah ini. Allah tidak sekadar menyuruh kita bersabar malah menguatkan kesabaran. Betap ramai yang bersabar, namun kesabarannya hanya setipis kulit bawang yang mudah sahaja dikoyak-koyak.

Ya Allah, kuatkan kesabaran kami!

Saya telah tewas pada hari kedua. Beberapa kali sudah mahu menangis. Dan pada tengah hari itu, saya sungguh telah menangis, dalam kereta teacher kepada sahabat saya. (Terima kasih pada teacher dan sahabat yang sudi datang). Dan bukan saya sahaja telah mengalirkan air mata kekecewaan, sahabat2 yang lain juga. Jika tidak pun, dalam diri kami tetap ada satu sifat yang rasa mahu memberontak dan geram.

Cabaran seterusnya, keselamatan. Saya tidak mampu membayangkan 19 orang pelajar muslimat ditinggalkan di sebuah kem, tidur di dalam khemah yang tidak berkunci tanpa pengawasan orang dewasa/guru yang boleh dipercayai. Ada juga sahabat yang menangis kerana ini. Malam kedua, kami memohon bantuan muslimin. Hanya mereka bantuan manusia yang boleh kami capai. Yang lain, kami serahkan segala urusan kepada Allah swt, moga Allah menjaga kami.

Hari kedua, selepas solat asar berjemaah, para muslimat berkumpul di tapak khemah. Kami muhasabah diri semula, dan juga saling memperingati. Sungguh, memang benar kami merasa perkara ini membuang masa dan ia memberi tekanan kepada kami. Kami tidah henti2 mengomel. Tapi, apakan perbuatan merungut dan mengomel dapat mengubah apa2? Adakah dengan merungut, sesuatu akan berubah? Tidak. Maka, mungkin perlu kami betulkan semula niat kami buat kali kedua. Moga jam-jam seterusnya berjalan dengan tenang tanpa rungutan.
Doa rabitah dialunkan. Kemudian bertakbir 6 kali. Sungguh, selepas takbir, himmah itu datang kembali dan jeritan batin rasa seperti sudah terlepas.

Malam itu persembahan. Alhamdulillah. Walaupun tentulah ada beberapa lagu yang 'pelik' lagi 'berbahaya' dipasang, namun, banyak perkara masih dalam keadaan terkawal. Terima kasih pada Pak Cik dan pembantunya yang membenarkan kami menguruskan sepenuhnya majlis tersebut.

Pagi tadi, ada explorace. Alhamdulillah. Syukran Kathir atas tindakan muslimin.

Dan saat ini, baru beberapa jam sahaja kem itu tamat. Ia membawa seribu satu peristiwa dan pengalaman. Tidak sangka. Ia pengakhiran yang agak lain daripada jangkaan.

Selepas ini, masa2 perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggantikan masa studi.

Wallahua'lam.

Allah itu Al-Latiff.

Sangat lembut pada teguran dan perjalanan hidup insan.

Wednesday, 15 February 2012

Adakah Kita Banyak Membenci?

Bismillahirrahmanirrahim.

Renungkanlah diri kita. Adakah kita banyak membenci?

Seorang muslim, hatinya sentiasa tentang dan tenteram kerana dia seharusnya banyak mengingati Allah. Begitulah yang telah dinyatakan Allah di dalam Al-Quran, bahawa :

[Ar-Ra'd : 28]

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."


Dan hati yang tenang tidak hadir apabila seorang insan itu penuh dengan kebencian.
Muslim seharusnya bebas daripada sifat benci-membenci, dengki-mendengki, caci-cerca muslim yang lain. Bagaimanakan seorang muslim mencaci muslim yang lain apabila sepatutnya muslim itu bersaudara? Sehinggakan Rasulullah saw menggambarkan bahawa muslim itu seperti bangunan2 yang kukuh. Dan baginda saw menggambarkannya dengan memasukkan jari2 tangan baginda yang kanan ke jari2 tangan yang kiri, menunjukkan kukuhnya ikatan perpaduan para muslimin.

Sesungguhnya seorang muslim itu adalah seorang yang pemaaf atas segala hal yang remeh-temeh, yang tidak berkaitan dengan aqidah islamnya. Itulah yang dicirkan Allah sebagai manusia yang beriman di dalam Al-Quranul Karim, seperti apa yang terdapat dalam:

[Ali Imran :132]

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan."

[Al-A'raf : 199]

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil."

[Al-Baqarah : 263]

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan tindakan yang mneyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun."

Kata2 seorang muslim bukanlah kata2 yang tercemar dengan kenistaan, melainkan penuh dengan kemanfaatan. Tidak mencela manusia yang lain walaupun sememangnya setiap manusia itu tercela sifatnya.

Walaupun seorang muslim itu melakukan kesalahan yang terlampau jelas dan sangat bertentangan dengan syariat Islam, bencilah perbuatannya, bukan dirinya. Janganlah memandang seorang muslim yang bersalah dengan jelingan yang menghina. Sungguh, orang muslim itu saling berkasih-sayang.

Saya menulis ini , untuk muhasabah diri sendiri, juga ikhwah dan akhawati fillah yang insya-Allah mendapat naungan Arasy di akhirat kelak.

Moga kita dapat mengikis sifat benci-membenci yang akhirnya mewujudkan suasana permusuhan dan menggoncang perpaduan umat Islam.

Saya mohon maaf atas segala kesalahan saya. Sungguh, saya benar-benar mohon maaf!

Tuesday, 14 February 2012

Bicara Tentang Kekasih

Saat yang palingku suka adalah saat apabila aku berbicara dengan sahabat, atau mendengar kuliah, atau membaca buku tentang Rasulillah saw.

Ketahuilah, jika perempuan2 pada zaman Nabi Yusuf mampu terhiris jari kerana melihat ketampanan wajah Nabi Allah, Yusuf as. Maka, jika wanita2 melihat pula wajah Rasulullah saw, maka, terhirislah hati mereka.

Dan, sungguh, hatiku hampir2 terhiris.

Digambarkan bahawa, Rasulullah saw mempunyai kening yang berbentuk busur panah. Sungguh bukan, kening yang berbentuk busur panah merupakan kening yang sangat indah. Itulah yang cuba diukir oleh manusia2 zaman ini.

Dan Rasulullah saw itu tidak rendah dan tidak tinggi, cukup sederhana. Bil makna, jika baginda saw berada dalam kalangan orang yang tinggi baginda tidak dikatakan rendah, dan apabila baginda saw berada dalam kalangan mereka yang rendah baginda saw tidak dikatakan tinggi.

Baginda, berkulit putih yang kemerah-merahan. Kerana itulah, amat mudah untuk melihat baginda saw malu. Dikatakan bahawa, baginda saw adalah lebih pemalu daripada gadis sunti di belakang tabir. Dan sgeralah sahabat tahu jika baginda tidak menyukai sesuatu kerana sifat malu yang ada pada bginda saw.

Rasulullah saw, adalah seorang yang cukup sempurna dari sudut fizikalnya dengan ketampanan dan segala sifat luaran baginda saw. Sehinggakan, jika dibandingkan dengan bulan purnama yang sangat indah sekalipun, ternyata, baginda adalah lebih cantik daripada bulan itu. Masya-Allah.

Baginda tidak sekadar sempurna dari luaran semata-mata, malahan dari sudut akhlaknya. Begitulah kata Aisyah ra apabila ditanya sahabat apakah akhlak baginda saw. Maka jawablah Aisyah ra : Kana Khalaquhul Quran.

..adalah akhlaknya Al-Quran.

Masya-Allah. Baginda adalah benar2 rahmat lil'alamin.

Moga kita dapat bertemu baginda saw di akhirat kelak.
..juga mendapat syafaat daripada baginda serta minum dari telaga Al-Kauthar.

Halawatul Iman

Bagaimanakah seorang insan merasa bahagia dengan kehidupan tanpa merasai kemanisan iman.
Kemanisan iman itu tidak hanya terhasil dengan seribu saat sehari berada di atas tikar sejadah, namun, ia adalah hasil pengabdian diri secara sempurna kepada Allah azzawajal.

Kehidupan, jika kita mengharapkan kesenangan, maka belum tentu pada kekayaan harta dan kemewahan terdapat sakinah. Sakinah adalah rasa iman yang cukup bahagia yang menjadikan seorang hamba (yang hina lagi kerdil ini) merasa dekat pada Tuhan yang Maha Agung, Maha Besar.

Iman adalah perasaan yang tidak mampu digambarkan. Kemanisan yang dibawanya juga kebahagian yang diberikan adalah rahsia antara Pemilik iman dan juga hamba kepada Pemilik iman itu.

Dan, sungguhnya kita tahu, segala nikmat adalah milik Allah. Boleh ditarik bila2 masa sahaja.

Moga Allah kekalkan halawatul iman dalam diri kita.

Monday, 13 February 2012

How would we be?


I have been thinking about this for a very long long time and still keep wondering how it would be.
Yes, indeed being in school is much easier. You mix with friends of the same religious understanding, wear the same type of clothes, attend school programs together, teachers to guide you, rules to keep you within the line, etc. etc.

What if we are in universities or working places or when we are out becoming a part of the society?

Will it be the same? Will we be able to overcome every obstruction? Will we be able to keep our faith this strong?

What will happen, when you are alone in a group of non-Muslim people and have no other Muslim to be with you? Will we be able to uphold the dignity of Islam that we hold for so much long?

Will we? Will we?

The answer if it is for muslimin will be much easier. Right now, I'm pointing at you.
Yes, you. The muslim girls. How are you going to keep your garments big, loose and simple enough as to obey your religious teaching? Are you strong enough?
Are you going to be able to stand up at the front line, move forward and beat everyone else? Will you be able to mix along with others and still keep your inner strength mighty and straight?

I believe, all of this would be nothing when we have ample self-esteem and self-believe to both yourselves and to Allah esp.

Then, this is what we should do..

Let’s have a full trust to Allah in this life and mission.

And let’s equip ourselves well enough for the future challenges.

Fuh~ I’m becoming so overly excited to finish my schooling. Is it good?

Himmah Tanpa Hikmah

Sedangkan kehidupan itu penuh dengan perjuangan, dan perjuangan memerlukan semangat yang dalam..
.. namun ada masa, semangat itu tidak disebatikan dengan kebijaksanaan.

Ya. Seperti apa yang kebanyakannya berlaku pada saya.

Dan saya kadang-kala malu sendiri mengenangkannya.

-Ah, apa bendalah yang saya katakan pada dia.

-Apa yang saya merepek ni?

atau

-Tak payah cakap pun tak apa sebenarnya.

atau

---banyak lagi contoh yang tidak tersebut.

Himmah (semangat) tanpa hikmah (kebijaksanaan) tidak mampu membawa matlamat ke mana-mana. Ataupun, maksud saya, ia tidak membawa kerugian tetapi cukup-cukup memalukan diri. Entah, mungkin saya over-conscious.


Apa-apa pun, saya tahu kadang-kadang, apabila terlampau bersemangat, saya memberikan cadangan/pendapat yang terlampau idealistik yang tidak mampu tercapai atau mungkin membuatkan orang tergelak dan tertawa besar mendengar kata-kata saya.

Sungguh, saya banyak malu sendiri apabila mengingatkan perbuatan saya sendiri, namun, akan terus mengulanginya kerana ketika waktu bercakap itu, saya sangat tidak ingat pada pengalaman masa lalu.

Perkara ini apabila saya tanya kepada seorang sahabat, katanya,

"Hmm... agaklah."

Hmm... entahlah apa lagi yang saya merepek di sini. Sudah tersasar benar dari maksud dan tujuan asal pembinaan blog ini.

Sunday, 12 February 2012

Keazaman Yang Unggul

Impian yang terbesar bagi seorang Muslim ialah menjadi hamba Allah swt yang paling bertaqwa.

Dan dalam melayari kehidupan manusia, kita bergerak sebagai anak, pelajar, muslim dan mukmin yang bertanggungjawab terhadap agama dan keluarganya. Kita berperanan dalam pelbagai perkara dan kita juga berjuang dalam pelbagai perkara. Sungguh, siapa yang tidak mahu menjadi insan yang sempurna dalam menjalankan semua tanggungjawabnya. Namun, hakikatnya, tidak semua orang dianugerahi Allah dengan kesempurnaan peribadi dan sahsiah.

Satu puisi Inggeris yang mengingatkan tentang keterbatasan diri :


Dare to Believe
Everybody Knows:
You can’t be all things to all people.
You can’t do all things at once.
You can’t do all things equally well.
You can’t do all things better than everyone else.
Your humanity is showing just like everyone else’s.


So:
You have to find out who you are, and be that.
You have to decide what comes first, and do that.
You have to discover your strengths, and use them.
You have to learn not to compete with others,
Because no one else is in the contest of *being you*.


Then:
You will have learned to accept your own uniqueness.
You will have learned to set priorities and make decisions.
You will have learned to live with your limitations.
You will have learned to give yourself the respect that is due.
And you’ll be a most vital mortal.


Dare To Believe:
That you are a wonderful, unique person.
That you are a once-in-all-history event.
That it’s more than a right, it’s your duty, to be who you are.
That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.
And you’ll be able to stay one up on what used to get you down.


~ Author Unknown ~

Tapi, sungguh bukan, tidak semua manusia seperti di atas. Maksudnya, ada insan yang mampu mencapai segala tahap dan baik dari semua segi. Mungkinkah ia mampu menjadi muslim terbaik, malahan mampu menjadi pedoman dan teladan muslimin yang lain.

Dan yang tidak.. mungkin harus terus berusaha. Kerana manusia itu insya-Allah mampu mencapai segala perkara walau bagaimanapun keadaan mereka. Yang penting keberanian untuk mula langkah pertama dan meneruskan langkah-langkah tersebut serta keazaman yang tinggi dan berterusan.

Keazaman ialah kekuatan orang yang berjaya.

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan."...Sahabat-sahabat baginda bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?"...Baginda menjawab, "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (HR Bukhari )

Mari kita memahami makna hadis ini, yang tersirat dan juga yang tersurat.

Kenapa dikatakan bahawa orang yang enggan adalah orang yang durhaka sedangkan jika kita bertanya kepada seluruh alam termasuk kepada orang-orang yang durhaka ini tentulah sekalian manusia akan menjawab, aku mahu ke syurga.

Jadi apakah makna yang tersirat di sebalik hadis ini?

Orang yang durhaka, berkata, aku juga mahu ke syurga. Namun, mereka tidak mempunyai keinginan yang cukup tinggi untuk berada di syurga dan konsekuensinya, mereka tidak mampu melarang diri melakukan perbuatan durhaka kepada Rasulillah.

Justeru, nilai yang dapat difahami dalam hadis di atas adalah jika kita mahu berjaya, maka perlulah kita mempunyai keazaman atau keinginan yang tinggi sehingga mampu menahan diri kita daripada magnet yang cuba menghalang kita daripada menyelusuri jalan kejayaan.

Dan apabila insan itu lemah, maka daya kekuatan magnet yang menarik itu tersangatlah kuat yang kadang-kadang membuatkan kita tersadung. Maka, kita perlukan kekuatan yang utuh dan ampuh. Dan..

Lahaulawala quwatailabillah.

Tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

Kekuatan untuk mencapai kejayaan ialah kekuatan dari Allah. Dan kekuatan dari Allah akan terhasil dengan keimanan. Dengan keimanan yang kuat, Allah akan menjaga kita.

Seperti yang dikatakan Rasulullah saw:

"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu."

Mari.

Mari kita menjaga hak-hak Allah, kemudian, tentulah Allah pula akan menjaga kita.

=]

~Insan yang memerlukan kekuatan.

Saturday, 11 February 2012

Cinta Yang Dalam Mungkin Satu Kepalsuan

Bismillahirrahmanirahim..

Apabila hari ini, di sekolah, sambutnya aku hari kelahiran Nabi Muhammad saw yang mulia itu, seribu satu perasaan wujud. Perasan yang berasal daripada iman, juga perasaan yang terpengaruh dari satu rasa yang tersimpan dalam di sudut hati. Yang pertama itu bagus, yang kedua itu.. entahlah.

Saat yang paling terkesan di dalam hati adalah waktu melihat tayangan video. Oh, video itu penuh dengan adegan lucu. Tapi, ketika aku menonton video itu, aku lantas menangis. Sungguh, tangisan itu merupakan sesuatu yang bermakna bagiku. Masya-Allah, dengan kemuliaan dan keagungan Rasulullah saw yang telah diberikan oleh Allah swt, semua makhluk di bumi  dan langit sangat mencintainya. Lihatlah bagaimana setiap satu pergerakan baginda saw diperhati dan diteliti, penuh makna, penuh hasrat, penuh perasaan cinta yang subur dalam jiwa insani. 

Maka, jika ditanya aku adakah aku mampu menjadi umat baginda yang hebat? Ia justeru merupakan soalan yang menyayatkan hati. Sungguh, aku mahu menjadi umat Muhammad saw, namun layakkah aku untuk menjadi umatnya. 

Dan sungguh, perasaan cinta bukanlah suatu rasa yang dapat ditunjukkan secara berupa bentuk, melainkan ia sesuatu yang sungguh abstrak. Dan kecintaan itu adalah mungkin cinta yang palsu sehinggalah ia diuji. Maka, jika aku atau kalian atau sesiapa, pernah mengaku cinta akan baginda saw, ia belum sempurna sehingga ia diuji. Adakah kita berjaya atau tidak? Itu persoalan penuh tanda tanya.

Dan cinta ialah sesuatu yang tertanam di sudut hati. Ia mungkin akan subur dan bertambah subur, atau tinggal layu kemudian mati jika tidak dibajai dengan nur dan petunjuk Ilahi. 

Sungguh, sungguhnya, aku mahu menjadi umat Muhammad saw yang terbaik. Kerana apa gunanya kehidupan jika tiada kebajikan. Dan jika bukan kerana kebajikan, masakan Allah akan memberikan manusia kebaikan.

Pada-Mu aku memohon, sungguh hamba ini penuh kefakiran serta kehinaan. Tiada kekuatan melainkan Engkau. Maka, demi kekuatan, keagungan dan kekuasaan-Mu, kuatkanlah kami hamba-hambaMu.

Kembalikan sinar Islam pada bumi-Mu.

P/s: Moga smai terus melahirkan Muslim yang lebih cemerlang untuk Islam. 

Wednesday, 8 February 2012

I cried and I wept

I'm a girl,
and a girl does cry,
always and will always be.

Tears are always unbearable,
But I hope, when I cry not because of Islam,
instead, it is simply because of my life (the dunya),
then, I really hope,
Allah, Forgive me!

I'm sorry that I cried.

Monday, 6 February 2012

The noble

The most unpredictable things by any human in history is that,

this noble guy, named Muhammad (peace be upon him) was/is/will still be praised and loved by the humankind.

Allahummasolliala muhammad.

It makes me miss him so much.
Will we be able to meet him at the Hereafter? Or looking at his face is not deem for us?

Bencana Terbesar Mukmin

Selalu saja kekontangan idea untuk menulis. Dan di waktu kekosongan ilham untuk bertinta ini berlaku, aku  bakal segera tahu, bahawa hati itu dalam saat kegeringan yang amat.

Kasihkan dunia bukan hal yang main-main, melainkan ia mampu meragut halawatul iman.

Ibadah menjadi tawar,
solat bukan lagi kerehatan, melainkan sekadar tuntutan,
dilaksanakan tanpa roh dan penghayatan.

Itulah bencana terbesar bagi seorang muslim - apabila hatinya diragut cinta dunia, kasih Ilah entah ke mana.

Sungguh, wahai Al-Wahhab, kembalikan aku merasai kemanisan iman itu!

Sunday, 5 February 2012

..kerana perjuangan ini sungguh menghibakan.

Moga Allah Redha.

Friday, 3 February 2012

Harapan Kita Tinggal Ke Mana?

Apabila diri ini mengenal rasa rindu pada biah yang solehah,
kebanyakan masanya, perasaan hiba dan pilu tidak dapat lagi dibendung,
tiada kata yang dapat diunggapkan,
melainkan hanya Allah yang tahu betapa hati ini dalam dilema rindu..

Kita mahukannya, dan apabila tidak diizinkan Allah kita merasainya, apakan daya melainkan dengan cubaan mewujudkan suasana itu. Hari demi hari berlalu. Usaha demi usaha telah dilakukan, namun makin lama seperti baru tersedar ke arah mana kami dipandu.

Adakah impian itu hanya tinggal mimpi yang tidak akan tercapai?

Ya, kita selalu berbicara tentang rancangan ini, rancangan itu. Kita mahukan tertegaknya biah itu. Tapi bila melihat semula segala kelengkapan jasad dan roh, rupanya berapa kerat daripada ratusan manusia ini saja yang bercita-cita menuju gagasan itu.

Adakah usaha kita mencukupi?

Aku sangat yakin bahawa setiap sesuatu matlamat-setiapnya- mampu dicapai manusia (biiznillah) walaupun apa pun halangan yang datang. Tiada alasan atas apa2 ketidakberjayaan kerana insan mempunyai kudrat untuk mencipta apa2 kecemerlangan. Tetapi, semakin masa berlalu, kepercayaan warga bahawa kita akan terus kekal begini, seperti dipaksa menelannya sedikit demi sedikit. Dan makin lama saya makin mula percaya.

Namun, hamba Ar-Rahman pantang berputus asa.

Usaha yang keras akan diteruskan seperti biasa. Mana tahu, mungkin dengan rahmat-nya, Allah mengizinkan harapan kita tercapai.

Moga Allah meneruskan usaha kita.
.. serte memberkatinya.

Thursday, 2 February 2012

Are We The Hypocrites?


This post is one of my rejected article for the newsletter. Sharing it to spread the words.
---
The Chinese New Year Break has ended and yet I feel like lying on the comfy bed again! (stretching my arms).

Ops, now, to the critical issue. Less than two months to go, SPM results will be out and it will be the time to analyse the school’s achievements after years of struggle. Students, teachers and parents have been sacrificing a dear lot of things for the sake of this examination. Seniors will be coming to school and most of us just couldn’t wait to meet their beloved seniors.

Dear brothers and sisters, we too will be sitting on the exam. We can already feel the radiant of the SPM and the force within that subtly compelled us to start speeding now.

We have been students for years and during that time, we have been burning the midnight oil for nights, glued on the chair for hours and that we had passed several national examination (UPSR and PMR) and abundance of school tests. And thanks to Allah, we have managed to survive until now, still breathing the fresh oxygen, fit and still ready to hit the button again.

But one thing, one very important thing we have always missed. We often forget to get closer to Allah, to the God who’s the one we could grant us our wishes. It is only at the eleventh hour, we would be busy praying: Oh, dear Allah, help me in the exam!

What about the months before the exam and the exact first minute after the exam has finished. Literally, Allah has already no place in our hearts and minds. How we are the hypocrites!

This is the exact times to reflect ourselves. Nowadays, there’s no such thing as study smart not study hard. It’s study hard and smart but at the same times, keep yourselves healthy and fresh. Complete your homework (though there are times you have no choice except to copy your friends answer) not only to please you teachers but also to master the topics. Stop jabbering nonsense; it’s a waste of time. Less backstabbing your friends and teachers, you need people’s love to pursue a happy life. Do not fritter your time, not a jiffy on useless things. Even if you need to distress yourselves, find something helpful and not on a vain attempt.

Do not forget to perform your prayers, recite the Quran and read the meanings of the verses as well because it will give you great solace and serene, none could give it to you except by practising them.

We are Muslims. Submit our wills fully to Allah swt, to none others but Him.

May, with the great determination that we have, Allah grace us with the straight A+s in SPM.

Dear Muslim friends, let’s show to the world the dignity of Islam.
And now, let's waste no more time and start fighting!

Gema Salam dan Selawat

Segala puji-pujian bagi Tuhan seluruh alam. Subhanallah! Tiada kalimat yang lebih suci untuk menyatakan kebesaran Allah yang Maha Agung itu. Serta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw. Nabi Muhammad, pembawa rahmat yang nurnya memancar seperti bulan yang indah di waktu purnama. Siapalah kita melainkan kita hanyalah hamba Allah swt yang hina. Kita bukan sahaja mengemis kasihnya Allah swt malahan, kita juga menagihkan syafaat baginda saw di akhirat kelak. Masya-Allah, betapa baginda saw merupakan rahmat buat seluruh alam dari Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu.

Belakangan ini, sudah mula merasai gema salawat juga nasyid, mengalunkan salam buat baginda saw. Hati kadang-kala menjadi pilu. Hari2 seperti hari ini sudah banyak berlaku. Hari yang penat serta melelahkan. Namun, tiadalah kita mengharapkan kekuatan melainkan daripada kekuatan Allah. Dan tiadalah kita juga mengharapkan keredaan melainkan keredaan Allah dan Rasul-Nya.

Apabila umat Islam hari ini berjuang, mereka tiadalah berjuang melainkan untuk Islam. Bagaimanakah perasaan Rasulillah terhadap umatnya yang sedang berjuang ini. Sungguh, perjuangan kita tidaklah sama seperti anak2 di Palestin walaupun hati ini mengharapkan diberikan kudrat sekuat mereka.

Diberi tugasan mencari tentang profil seorang sahabat, Mus'ab bin Umair, saya sangat terkedu terhadap pengorbanan beliau. Apatah lagi, segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Mus'ab ditangisi oleh Rasulullah saw. Maka, apakah ada lebih kemuliaan daripada melihat Rasulullah saw menangis melihat perjuangan serta pengorbanan yang dilakukan oleh kita?

Bukanlah hati ini berhajat melihat tangisan Rasulullah saw, melainkan kemuliaan terhadap tangisan Rasulullah saw itu terhadap umatnya yang sedang berjuang. Bukanlah diri ini layak mendapat kemuliaan sehebat itu, sedangkan diri ini penuh dengan kefakiran dan kecelaan.

Bagaimanakah suatu hari nanti, jika kita berpeluang berjumpa dengan Rasulullah saw, apakah yang kita ingin lakukan?

Adapaun, diri ini sangatlah malunya jika dapat bertemu dengan baginda saw ,sedangkan baginda ialah qudwah kita, kita mati kerana agama yang dibawanya, kita hidup juga di bawah lembayung agama yang dibawa oleh baginda saw. Malunya diri, bagaimanakan kita katakan kepada baginda saw, kita tidak mampu memelihara kebaikan generasi yang telah baginda saw bina suatu hari dulu. Khalifah sehebat Abu Bakr, Pahlawan sehebat Umar, Dermawan sebaik Uthman dan Ilmuwan sebaik Ali tidak lagi wujud di zaman ini. Bukannya umat ini sedikit, bahkan banyak bilangannya! Tapi, banyaknya umat ini tidak membawa makna melainkan sia-sia belaka. Segala kudrat dan tenaga umat banyak dibazirkan untuk perkara yang menzalimi diri serta merugikan agama sendiri.

Ya Rasulullah, sesunggunya kami adalah manusia yang beriman terhadap ajaran yang telah dibawa olehmu. Kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Malaikat, Kitab, Hari Qiamat serta qada' dan qadar Allah. Saksikanlah bahawa kami adalah manusia yang telah mengucapakah : Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah pesuruh-Nya!

Ya Allah, sampaikan salam dan salawat kami ke atas Muhammad, utusan-Mu itu. Tiada yang diharapkan melainkan Engkau menjadikan kami termasuk dalam golongan yang menjadi penyambung pembawaan risalah yang benar ini. Ya Allah, berikanlah kami kebaikan dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka!