Saturday, 28 January 2012

Giliran Kita

Apabila hati tidak tenang, saya suka menulis di blog. Jadi, minta maaf kepada sesiapa yang terpaksa membaca repekan saya di sini.

Untuk kali ini juga, seperti biasa, saya tidak tahu apa yang hendak ditulis. Mungkin sepanjang saya menekan papan kunci, teruslah mengalir segala ilham serta segala rasa di hati yang tersimpan kaku, entah kepada siapa harus diluahkan. 

Tentulah, segala rasa itu harusnya diluahkan kepada yang Maha Esa. Dan jika tidak melakukan yang demikian, arakiannya manusia akan menjadi lemah, terbeban dengan segala emosi yang berkecamuk yang tidak tahu bila akan reda dari amukannya. Ah, sudah lama saya tidak menulis begini.

Sungguh, manusia itu penuh dengan segala kelemahan juga keaiban diri. Hanya Allah swt, Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya itulah yang tahu segala ciri hamba2Nya itu. Moga, Engkau Ya Allah menutupi segala keaiban kami. Aku tidak lain hanyalah insan penuh dengan cacat yang tercela.

Dan jika kita pernah mengetahui segala sejarah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, tentulah kita akui mereka, manusia yang hebat, mendapat reda Allah dan Rasul mereka, bahkan umat Islam seluruhnya! Mereka pejuang agama yang hebat memburu syahid, memperjuangkan segala2nya demi agama mereka yang tercinta.

Maka selepas wafatnya baginda saw, berlakulah rentetan ceritera fitnah umat Islam. Satu persatu berlaku penuh tragis dan insiden yang menyayat hati. Dari satu fasa masa ke fasa yang lain, hingga akhirnya, selepas 100 tahun, muncullah kembali khalifah Islam, Umar Abdul Aziz yang diiktiraf sebagai khalifah arrasyidin yang kelima. 

Dan kemudian, zaman abasiyyah, yang memancarkan sinar islam penuh gemilang. Segala ilmu menjadi kecintaan. Segala khazanah pengetahuan diteroka. Zaman paling gemilang selepas bertahun2 peristiwa perjuangan menggagungkan zaman Islam.

Maka, ia jatuh semula. Kerana fitnah kepada umat ini, tidak akan pernah berhenti sehingga tibanya Hari Kiamat, di mana semua kebenaran akan tersinggap.

Dan sepanjang kita mengetahui segala sejarah itu, juga kita turut mengetahui, tokoh-tokoh agung yang mengorbankan segala harta dan jiwa demi jalan Allah swt ini. Mereka syahid. Mereka sudah mati pada mata   kita. Tapi, Allah befirman dalam Al-Quran, jangan katakan mereka sudah mati. Ya. Mereka belum pun mati. Segala keringat dan darah yang telah tertumpah pada tanah bumi ini, semuanya bermanfaat pada kita semua hingga hari ini.

Dan kiranya, dapat kita lihat, keagungan Islam itu, masih belum tercapai semula. Tiada 'izzah yang dilihat oleh umat dunia pada agama ini. Apakan tidaknya. Kita sering dilihat mereka kolot lagi tidak bertamadun. Kita hanya dimimpikan dengan buaian indah sejarah kita zaman lampau. Mengatakan kita pernah hebat, namun usaha kita mencapai semula keagungan hari itu, seperti mimpi kosong tanpa makna. Hanya beberapa kerat umat ini sahaja yang memahami segalanya.

Jadi, di manakah kita ini? Apakah peranan kita dalam menjadi sebahagian umat ini terlaksana dengan benar? 

Jika dulu wujudnya profil2 islam termuka dunia, moga kita menjadi sebahagian dari mereka. Moga kita punya kekuatan dari Allah swt supaya berada dalam barisan hadapan perjuangan Islam.

Itu cita-cita kita. Moga kita dapat semula menakluk dunia.

No comments:

Post a Comment