Wednesday, 4 January 2012

Tahun Senior

Alhamdulillah, hari pertama minggu taaruf berjaya terlaksana walaupun dengan beberapa ketidaksempurnaan dan kekalutan berlaku.

Petang tadi, selesai solat asar berjamaah, saya jadi kaget sendiri. Sedikit terkedu juga terkejut. Ada sesuatu yang menggetarkan hati, gemuruh menyelubungi diri.

Saya melihat imam solat asar, seorang muslimin setingkatan. Biasanya solat jamaah diketuai oleh pelajar senior. Apabila saya selesai solat, saya ke koridor surau melipat telekung. Biasanya saya akan terserempak dengan senior2 tingkatan lima, tapi nyata, hari ini tidak ketemu satupun kerana hakikatnya, sayalah yang sudah tingkatan 5 itu. Sayalah senior itu. Kita. Kita sudah tingkatan lima!

Jiwa jadi gementar.

Ini bukan hal main2. Tahun ini saya dan sahabat2 bakal ambil SPM. Tahun ini juga kami diberi amanah yang besar. Dan kami harus mencapai matlamat jangka panjang dan pendek kami. Jangka masa esok dan hadapan.

Adakah kita bakal mampu menghadapinya?

Moga Allah membantu kita - menjayakan segala misi.

4 comments:

  1. Rabbana yusahhil =) inshaAllah biiznillah anda semua boleh! Have faith in Him

    ReplyDelete
  2. salamalaik..akak is the one of the ex-f5 mntioned above..^_^ akak harap asma' n sahabiah sume jgn lupa ntuk seimbangkan antara t/jawab as the leaders dan student..

    bukan apa cabaran paling hebat nnti adalah bila nak dekat2 spm..haa..masa tu akn jd kalut..stress sket laa...dgn adik2 lg dan pljrn...jd u have to prepare from now laa..jgn jd mcm km segelintirnya trmasuk akak sndri yg tewas dgn ujian amanah ni..

    yang paling penting harus brgerak dalam satu jemaah...bru bnteng kuat..ukhuwwah dgn rakan2 and adik2..kak2 f6 kna kuat juga..tp maybe ada la susah dya sikit...

    it's just satu pesanan buat diri akak dan utk semua...smoga kita dpt ambil ibrahnya...^___^

    ReplyDelete
  3. i'm also a part of the ex-f5 you mentioned.
    sadly,i didn't do my part well as a senior.
    thus,i'm really hoping that you won't do the same.i know you won't coz you're a good kid and may that stay as it is for a long time to come.

    al-irshad is a great school and place that teaches you a lot of things esp during usrah sessions.i really liked those.once my mom said, "political views are often spread during usrah." i objected cause usrah did it's part well n that is reminding me of who i am,a muslim.
    my advice:be a good person only then others will follow.

    ReplyDelete
  4. to juzshiper, anonymous, tatsuke kucingatal (^^) :

    Dear my beloved and dearly missed kakak2, it's a great pleasure to receive visits from my kakak(s). Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Insya-Allah, bakal diambil pengajaran.
    I know that my dear kakak(s) have tremendously great experience being seniors whose advised should be taken seriously.

    Selamat selepas SPM.

    =)))

    dARI : Asma' Hussin

    ReplyDelete