Sunday, 1 January 2012

Sediakan diri

Belakangan ini, entri saya sangat banyak dipengaruhi oleh emosi.

Dan ia menyedarkan saya tentang hakikat diri saya. Bahawa saya benar2 perlu banyak memperbaiki diri. Kadang2 saya sendiri lupa bahawa ini ujian Allah. Dugaan Allah. Allah nak uji sejauh mana saya benar2 beriman. Atau hanya sekadar berkata-kata palsu.

Apabila saya membaca sebuah buku, dicatatkan Hassan Al-Banna berkata kepada para pendakwah : "Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta-benda dan jiwa-raga kamu sendiri. Dan kamu akan mendengar maki-hamun yang banyak"

Membaca kata2 beliau ini menyebabkan saya terfikir seperkara. Apabila seseorang memilih jalan dakwah, dia perlu menyediakan dirinya untuk menghadapi segala bentuk ujian. Tiada kemudahan. Dakwah bukan jalan kesenangan, tapi ia mampu memberikan kebahagiaan apabila kita dekat dengan Tuhan. Tapi itu jika kita dekat dengan Tuhan. Bagaimana jika seseorang itu masih dalam proses mendekatkan diri dengan Tuhan? Maka, dugaan yang dihadapi dalam medan dakwah pastinya dirasakan payah. Alah bisa, tegal biasa.

Maka, saya menaihatkan diri saya dan yang lain2 juga. Sediakan hati untuk alami kritikan, cabaran dan kepayahan. Kita tidak akan senang di jalan dakwah.

Kita perlu bersedia untuk merasai penentangan dan bersedia untuk memperbaiki diri.

--Tapi, untuk baru2 ini, ujian yang diberikan Allah tidaklah payah mana pun. Sangat mudah. Sangat Kecil. Sungguh, ujian itu sangat ringan. Tapi diri yang lambat bersabar, sedangkan kata Rasulullah saw : Sabar itu adalah pada tamparan pertama.

Saya rasa saya telah gagal dalam ujian Allah itu, yang mudah saja.

Ini memang salah saya sendiri. Kerana saya tidak menyediakan diri saya untuk mengalami kesusahan. Dan moga kita semua dapat mengambil pelajaran atas kesalahan saya ini, iaitu mahu masuk jalan dakwah, namun  belum menyediakan diri dan hati untuk dicederakan dan dilukai dalam jalan tersebut.

Saya sendiri tidak layak berbicara tentang dakwah, mengetahui hakikat kelemahan diri saya.

Moga kita sudah bersedia memulakan langkah baru dalam hidup seorang muslim.

Kuatkan hati.

Moga Allah, Engkau bersama kami. Tsabit qulubana.

No comments:

Post a Comment