Monday, 30 January 2012

Orang 'Baik-baik'

Ini isu yang sensitif sikit.

Saya tahu saya bukanlah orang yang layak untuk menegur orang baik2. Sungguh, saya sendiri ada kelemahan. Tapi moga untuk yang ini, kita ambil pengajaran.

Suatu hari saya bertemu dengan sahabat sekolah rendah saya. Dia bercerita tentang sekolahnya.

"Saya selalu lawan BADATI. Diorang tu suka tunjuk baik saja."

BADATI : Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah.

"Eh, awak BADAR ke? Ish3, tak sangka kawan awak 'oppose' badan dakwah pulak." Dia sekadar berjenaka. Saya tersenyum saja.

"Kenapa awak tak suka BADATI? Kenapa dengan diorang?" Saya cuba mencungkil rahsia.

"Eh eleh. Diorang tu suka tunjuk baik saja. Mentang2 ada ilmu, habis dikeluarkan hadis untuk sokong apa yang  diorang buat, sedangkan semua orang boleh nampak perangai diorang tu teruk pun."

--
"Diorang orang jahat2 tu kenapa? Apa masalah diorang? Kenapa susah sangat diorang nak terima apa yang kita cakap?" Sebahagian orang 'baik-baik' berkata begini.

--

Maka, orang 'baik-baik', kita selalu lupa sesuatu apabila kita berdakwah. Kita mengharapkan mad'u membaiki diri mereka, tetapi kita sendiri tidak membaiki akhlak kita. Kita sering memandang rendah terhadap orang lain, sedangkan siapa kita untuk menilai manusia?

Kita juga pernah salah. Adakah di waktu kita masih jahil dulu, kita berharap dipandang sebelah mata oleh orang 'baik-baik'? Tidak. Kita mahu dilayan dengan sebaiknya sebagai manusia (yang dijadikan Allah mulia), bukan dihina.

Begitu juga yang lain. Kita sering memuji diri, tetapi memaki yang lain. Mengutuk dan mengumpat manusia lain, sedangkan merasakan diri cukup baik daripada mereka. Siapa kita, melainkan kita juga hamba Allah yang hina. Jika kita merasakan kita sudah bertakwa, bertakburlah kita. Sedangkan Rasul Alah saw besabda, tidak masuk syurga orang yang mempunyai sebesar bijih sawi kesombongan dalam hati.

Hah. Lantas, apabila kita merasaka diri cukup baik, kita sombong, akhir-akhir, kita yang tidak masuk syurga.

Maka, da'i, kita baiki diri kita. Akhlak kita. Ego kita.

Hidup tidak hanya berkaitan dengan tunjuk baik, tetapi menjadi baik secara ikhlas daripada hati. Itu lebih baik daripada mahu menjadikan manusia melihat kita kononnya sebagai orang 'baik-baik.'

Tuhan, ikhlas hati kami. Kami hidup kerana-Mu, maka, jadikanlah hati kami suci daripada menjadi takbur, bongkak dan riak.

No comments:

Post a Comment