Friday, 27 January 2012

Muqayyam

Minta maaf kepada ukhti maziah. Post tentang minggu taaruf Tingkatan1 hari itu pun tak ditulis.

Baiklah. Kali ini pasal Muqayyam.
--
Izinkan kali ini aku bertinta terus dari hati. Secara jujurnya, hati sedikit berat untuk ke sana. Sungguh, banyak ulangkaji dan kerja rumah yang masih belum dilangsaikan. Namun, aku segera mengingatkan diri bahawa sesungguhnya hati ini perlu berada dalam suatu usrah. Aku terkenang waktu2 usrah bersama sahabat2. Mengenangkan itu, betapa tenang dan tenteramnya hati apabila berada dalam usrah. Maka, aku ingatkan diri bahawa matlamat belajar tanpa makanan rohani, nanti gersangnya hati bak roti di padang kering. Lagipun, aku berharap untuk cuba memahami gagasan yang dibawa oleh gerakan itu, apa yang membezakannya daripada gerakan lain.

Apabila mengetahui bahawa tidak banyak sahabat yang turut ke sana, hati sedikit kecewa. Biasanya, usrah tidak akan meriah jika kurangnya sahabat. The more the merrier!

Tapi tidak mengapa. Perancangan perlu diteruskan.

Oh, di dalam kereta. Insiden yang memalukan. Aku dan sahabat sangat lantang berkata-kata, mengulas pelbagai topik semasa, dakwah, peribadi dll. Kemudian, tiba2 ustaz mengatakan bahawa kami bersembang riuh rendah di belakang. Entah, sama ada ustaz sekadar menyapa ataupun punya maksud tersirat supaya kami lebih sopan apabila berbicara.

Sepanjang perjalanan dalam kereta itu, aku terkesima apabila mengenangkan dakwah di sekolah. Di sekat sana sini oleh birokrasi juga matlamat duniawi. Setiap kali aku berjumpa guru, membincangkan harapan kami untuk sekolah, aku pasti kecewa selepas itu. Ia seperti satu propaganda yang sudah lama terlekat pada minda separa sedar dan sepenuh sedar warga sekolah. 'Kerana budaya yang sudah lama ada di sekolah, kita tidak akan mampu mengubahnya.' - sepertinya sampai bila2!

Sungguh, kadang2 aku letih mendengar alasan yang sama. Jika benar begitu, sampai bila sekolah ini akan jadi lebih baik? Manusia yang mahu tinggal di takuk lama dan tidak mahu berubah dan takut melakukan perubahan, tidak akan maju. Bukan kekangan yang menjadi masalah, tetapi minda dan matlamat manusia yang menentukan! Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Pun begitu, aku harus nmengingatkan diri. Jangan kerana himmah yang berkobar-kobar, aku, seorang muslim yang telah diajar tentang akhlak yang mulia, cuba-cuba untuk mengutuk para mualim yang jauh lebih mulia daripada diri yang hina ini. Pun begitu juga, seharusnya masyarakat islam lebih berfikiran terbuka dalam menerima idea-idea baru yang baik untuk kemaslahatan agama. Pemuda mungkin lebih muda, tapi ilham itu hadir tidak kira siapa.

Sampai di sana, masak2 untuk buka puasa. (Ehem, ternyata kita semua boleh jadi chef yang handal! -perli-) Tapi, masakan masih sedap dan enak sekali.

Solat maghrib berjemaah dan tazkirah dari diri ini yang tidak banyak ilmu. Tentang muslimah sepatutnya, tetapi melencong ke lain, tentang tujuan manusia diciptakan - 'abid dan khalifah. Dan kita tidak diciptakan main2.

Solat isyak berjemaah dan bacaan yaasin.

Barbeque. Sibuk lagi lantang bersembang. Banyak isu yang dikupas dalam masa lebih 2 jam itu.
Salah satu yang penting ialah dalam membina kepimpinan dalam kalangan muslimat. Ia, banyak program sekolah dimonopolikan oleh muslimin. Tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tetapi, muslimat ialah agen penggerak dakwah yang penting kepada muslimat yang lain. Dan keperibadian memimpin kegiatan agama dalam kalangan muslimat sangat lemah.

Selepas itu program muhasabah.  - Aku harap dapat menjadi seperti Asma' binti Abu Bakar, dalam keadaan mengandung menghantar makanan kepada nabi saw dan ayahanda. Juga seperti Asma' bin Yazid, jurucakap kaum wanita.

Melayari Impian (tidur).

Qiyam, esoknya. Saat yang dinanti. Di saat merasakan diri lemah tidak berdaya, punya kekuatan yang sedikit, hanya Allah yang mampu membantu. Lantas, kepada siapakah lagi seharusnya kita mengharap? Hanya Dia tempat doa dikabulkan.

Beberapa perkara lain, kemudia ceramah ustaz.

Agak panjang sehingga naik lenguh seluruh badan. Tapi, satu lintasan hati yang penting,
aku harap menjadi manusia yang ke hadapan dalam dakwah. Bukan kemahsyuran yang dipinta. Tapi, menjadi manusia yang berada dalam barisan hadapan dakwah adalah satu kemuliaan di sisi Allah swt.
Di sini, aku menyedarkan diri, kadang-kadang mungkin ego atau kenangan masa lalu menyebabkan kita susah menerima seseorang. Demi menjaga hati daripada berpenyakit, banyak kebaikan ditepis. Ya, seperti dalam surah Al-Hujrat. Kadang-kadang orang yang dicemuh itu lebih baik daripada orang yang mencemuh. Moga Allah ampunkan segala dosaku, salah diri dan segala rasa ghurur yang cuba menguasai diri. Sungguh, ia sifat syaitani.

Ya Allah, tiadalah hamba-Mu mengharapkan melainkan menjadi sebahagian manusia-manusia yang mulia dan tinggi darjatnya di sisi-Mu!

1 comment:

  1. mabruk alaikk!!
    syukran sbb post entri ni,
    maafla, ana suka bca post yg enti slalu update,
    tp sngt mls untuk post entri sendiri...
    blogkukinisepi...

    ReplyDelete