Saturday, 21 January 2012

Hidup Dalam Kenangan

Hidup ini penuh dengan kenangan.
Imbauan masa lalu menghadirkan detik kepiluan.
Rasa syahdu. Rasa rindu.
Tuhan, langkah ini perlu diteruskan,
Tidak mungkin aku berdiri di sini saja, tidak beranjak.
Sesekali, aku berpusing ke belakang.
Tersingkap segala rahsia dulu.
Baru kini kufahami, hikmah setiap penciptaan.

Tidakkah kumenjadi hamba yang bersyukur,
Ya Allah, kau selamatkan aku dari bencana jahiliyah.
Sungguh, aku tidak punya ilmu memuncak tinggi,
cukuplah jika kau tidak melemaskan aku, dalam tasik kekufuran yang dalam.

Dalam menyelusuri lembah kehidupan,
Kadang-kadang, aku menoleh ke kiri juga ke kanan.
Aku lihat insan2 yang dulu hampir,
Nyata, aku dan mereka tidak sama lagi.
Allah, hamdalah sahaja tidak mencukupi!

Pada wajah kami, ya Allah,
adanya seribu satu cerita tersembunyi,
Lemahnya kami sebagai insan,
Rapuhnya kami sebagai manusia,
kami, ya Allah, makhluk-Mu yang punya cita-cita.

Izinkan kami maju ke hadapan menjulang nama Islam!

No comments:

Post a Comment