Friday, 13 January 2012

Diari Jumaat

Seperti biasa, hari Jumaat adalah hari saya muhasabah diri. Jumaat adalah hari yang paling menenangkan walaupun kadang2 kepala kusut dengan pelbagai perkara. Jumaat adalah hari yang indah, bahagia dan harmoni. Semuanya kerana Jumaat adalah Jumaat! Penghulu segala hari, hari paling banyak manusia membaca Surah Al-Kahfi dan Yasin.. dan kerana ia adalah hari yang singkat di sekolah, dan esoknya adalah cuti.

Sebahagian daripada keindahannya adalah kerana hari Jumaat saya ada beberapa usrah untuk diikuti, berpeluang meluangkan waktu dengan keluarga serta sahabat dengan lebih akrab dan lama, dan dapat mendengar tazkirah atau ceramah ketika sesi usrah sekolah. Alhamdulillah. Ia sangat wajar, seperti yang dikatakan oleh Iman As-Syafie, hati akan mati jika 7 hari tidak mengikuti majlis ilmu.

Cuma mungkin, waktu usrah sekolah perlu ditingkatkan kualitinya, bukan sekadar aktiviti rutin mingguan.

---
Alhamdulillah, saya punya sahabat yang sangat baik. Tapi saya harus mengakui daifnya diri untuk menjadi sahabatnya. Dia seorang yang sangat memahami kemampuan dan kelemahan saya, dan yang terbagusnya ialah, dia akan menegur kesilapan, kelemahan dan kesalahan saya seikhlas-ikhlasnya (walaupun kadang2 terlampau ikhlas -ehem, bagus2).

Jika awak baca entri ini, saya minta maaf walaupun kata maaf sudah tidak muat lagi untuk ditulis dalam kamus hidup awak lagi.

Saya pohon maaf.
---

Akademik saya semakin teruk. Saya perlu lebih belajar pengurusan masa dan kerja2 sekolah. Saya amat kagum pada sahabat saya yang sangat teliti dengan pengurusan kerjanya. Ramai perlu ambil iktibar daripada sikapnya, cuma mungkin ramai yang tidak tahu kegigihannya.

---

Jumaat sudah tamat.

Moga Allah melimpahkan barakah pada setiap hari kita.

No comments:

Post a Comment