Thursday, 19 January 2012

Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.

Itu adalah tagline yang sering diungkapkan oleh Mrs. Counsellor.

Entahlah apalah yang berkaitan dengan topik yang kami bincangkan, slogan di atas akan selalu saja muncul. Tidak pun, sebelum Mrs Counsellor pulang, dia akan mengungkapkan kalimah itu.

Sedar tidak sedar, Mrs. Counsellor sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Begitu juga sahabat2 saya yang lain. Hari-hari petang, banyak isu yang diperbincangkan. Isu politik (kadang2 saja), islami, dunia, pelajar. Falsafah itu dan ini. Idea itu dan ini. Kata-kata tokoh itu dan ini. Dan semuanya disimpulkan kepada satu, iaitu, seorang mukmin itu harus selalu bergerak ke hadapan dan membaiki diri..serta tidak pernah berhenti melakukannya.

Begitulah kehidupan insani. Bahawa seorang manusia tidak pernah bebas daripada cacat dan cela walau apa2 pun pandangan manusia pada dia.

Dan orang baik-baik kadang-kadang merasakan diri sudah cukup bagus, memandang rendah pada yang lain. Ghurur menguasai diri.

Dan kadang-kadang manusia itu sering lupa mengingati Tuhan. Lupa menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.

Dan ada waktu insan itu berjauhan dengan Rabbnya, sehingga lupa untuk kembali menjadi hamba.

Dan..

.. seharusnya seorang hamba, tidak pernah melupakan Tuhan.

No comments:

Post a Comment