Saturday, 14 January 2012

Cabar Diri Kita

Quote [Saya mencabar diri saya untuk mencatat sejarah] - Nik Nur Madihah

Saya sangat terkesan dengan ayat di atas. 
..mencabar diri mencatat sejarah..

Maka, sahabat sepejuangan semua, mari kita mencabar diri kita..

1.Kita sebagai hamba Allah azzawajal menyerahkan diri sepenuhnya pada Rabb
2.Kita sebagai ummat Rasulullah saw menjadikan baginda sebagai teladan dalam seluruh aspek kehidupan
3.Kita sebagai pembaca Al-Quran meletakkannya sebagai perlembagaan teragung kita
4.Kita sebagai mujahidun memilih jihad sebagai jalan perjuangan
5.Kita sebagai manusia yang punya cita-cita, berhasrat untuk mati fisabilillah.
6.Kita sebagai pelajar bakal mendapatkan 11A+ dalam SPM tahun 2012
7.Kita sebagai saf kepimpinan pelajar berusaha membentuk biah solehah yang syumul di SMAI
8.Kita sebagai muslim berjaya menjaga segenap masa dan ruang dengan perkara bermanfaat
9.Kita sebagai mukmin berakhlak mulia dan indah
10.Kita sebagai da'ie berusaha sedaya upaya membawa manusia kembali pada Tuhan

Ini impian kita.
Dan mari mencabar diri kita untuk mengegearkan dunia.

Walaupun mereka kata bahawa apabila anda berdakwah, maka akademik anda akan merosot,
Walaupun mereka kata bahawa apabila anda memilih Islam, maka hidup anda akan fakir,
Walaupun mereka kata bahawa apabila anda banyak beribadah, maka hidup tiada lagi indah..

Siapa mereka untuk berkata tanpa mengetahui?

Kita, muslim, hanya menurut kata Tuhan kita. 
Dan kata Allah, 

Surah Muhammad : 7
[Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu]

Tapi, sebalik itu..
jangan kita, muslim salah faham firmanNya.

Tidak bermakna kita akan dapat kemenangan tanpa usaha.

Apabila kita menolong agama Allah, pergantungan diri kita pada Allah lebih erat, matlamat kita lebih benar dan jauh, kita hidup lebih berwawasan.

Dan dengan wawasan itu, kita akan segera tahu, kita perlu bekerja lebih keras, tidak main-main tetapi bersungguh-sungguh.

Kata Hassan Al-Banna:
Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

Dan manusia yang bersungguh-sungguh, tidak membuang masa. Masa itu lebih mahal daripada emas. Kerana ia tidak mampu dijual beli.

Dan kerana masanya akan disoal Allah di hari penuh kegelisahan.

-Peringatan untuk diri-

1 comment:

  1. insya Allah, moga impian itu akan jadi kenyataan bagi calon SPM 2012..
    may peace and blessings be upon you..

    ReplyDelete