Friday, 13 January 2012

Anta Rabbi wa ana 'abduka

Tuhan, kadang2 hati ini penuh kesakitan. Cemburu itu satu kesakitan. Sedih juga satu kesakitan. Iri hati semuanya satu kepedihan yang nyata!

Tuhan, sampai bila harus aku merasa kecemburuaan ini, melihat mereka di (KISAS esp) mendapatkan kefahaman dan kebaikan dalam agama. Aku tinggal di sini. Aku cemburu dengan ilmu yang mereka punya. Dan rasa sakit itu tidak pernah berhenti mengejar-ngejar aku , sehingga aku sendiri merasa penat dan lelah!

Allah, lepaskan aku dari bebanan ini.

Aku, 'abduka.

Aku hamba-Mu, Tuhan. Bantulah aku menghadapi kelemahan diriku. Jadilah aku manusia yang ke hadapan dalam memperjuangkan agama-Mu.

Kau, rabbi.

Kau Tuhan yang kusembah. Tiada yang lain untuk kuminta pertolongan serta perlindungan, bantuan dan keredaan melainkan kepada-Mu.

Ya Allah, kuatkan jiwa kami merempuh segalan cabaran. Jayakan setiap misi kami, cita-cita kami. Matikan kami atas jalan-Mu. Ya Allah, bantulah aku memperbaiki diriku juga keluargaku seta sahabat2ku.

Pilihlah kami, ya Allah. Pilihlah kami, ya Allah. Menjadi manusia yang memperjuangkan agama-Mu hidup dan mati mereka!

2 comments:

  1. ASIF JIDDAN ATS SEGALA KEHILAFAN YG TELAH BERLAKU..
    Bismillah.. Sungguh, ini ujian Allah.. Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik melebihi hamba itu sendiri.. Carilah hikmah itu, kerana nescaya ia tersembunyi.. Allah ingin kita meneroka dengan lebih dalam agamaNya, dan melihat bukti keimanan kita biarpun tidak berada di tempat yang paling mulia.. Sama ada manfaat itu kita guna, atau hikmahNya dipersia.. Teruskan berjihad tanpa lelah, biarpun lorong ini payah.. Supaya menjadi bukti usaha kita apabila kelak bertemu Allah.. Slm perjuangan(^_^).. (Alhamdulillah, kerana hadirnya anti di Irshad bermakna Allah ingin anti membantu sahabat2 dan membantu memperjuangkan deenNya..)

    ReplyDelete
  2. Syukran ya ukht.=)
    Ana sedang mengembara mencari hikmah. Kadang2 benarlah syaitan itu mudah memperdaya manusia. Mudah memperdaya diri ini untuk menjadi manusia tidak bersyukur, tidak reda pada qada' dan qadar. Nauzubillahiminzalik!

    Terima kasih atas nasihat. Sangat bermakna..

    ReplyDelete