Tuesday, 31 January 2012

Alhamdulillah ya Allah.
Biarkanlah hati ini berterusan setenang ini..

Monday, 30 January 2012

Orang 'Baik-baik'

Ini isu yang sensitif sikit.

Saya tahu saya bukanlah orang yang layak untuk menegur orang baik2. Sungguh, saya sendiri ada kelemahan. Tapi moga untuk yang ini, kita ambil pengajaran.

Suatu hari saya bertemu dengan sahabat sekolah rendah saya. Dia bercerita tentang sekolahnya.

"Saya selalu lawan BADATI. Diorang tu suka tunjuk baik saja."

BADATI : Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah.

"Eh, awak BADAR ke? Ish3, tak sangka kawan awak 'oppose' badan dakwah pulak." Dia sekadar berjenaka. Saya tersenyum saja.

"Kenapa awak tak suka BADATI? Kenapa dengan diorang?" Saya cuba mencungkil rahsia.

"Eh eleh. Diorang tu suka tunjuk baik saja. Mentang2 ada ilmu, habis dikeluarkan hadis untuk sokong apa yang  diorang buat, sedangkan semua orang boleh nampak perangai diorang tu teruk pun."

--
"Diorang orang jahat2 tu kenapa? Apa masalah diorang? Kenapa susah sangat diorang nak terima apa yang kita cakap?" Sebahagian orang 'baik-baik' berkata begini.

--

Maka, orang 'baik-baik', kita selalu lupa sesuatu apabila kita berdakwah. Kita mengharapkan mad'u membaiki diri mereka, tetapi kita sendiri tidak membaiki akhlak kita. Kita sering memandang rendah terhadap orang lain, sedangkan siapa kita untuk menilai manusia?

Kita juga pernah salah. Adakah di waktu kita masih jahil dulu, kita berharap dipandang sebelah mata oleh orang 'baik-baik'? Tidak. Kita mahu dilayan dengan sebaiknya sebagai manusia (yang dijadikan Allah mulia), bukan dihina.

Begitu juga yang lain. Kita sering memuji diri, tetapi memaki yang lain. Mengutuk dan mengumpat manusia lain, sedangkan merasakan diri cukup baik daripada mereka. Siapa kita, melainkan kita juga hamba Allah yang hina. Jika kita merasakan kita sudah bertakwa, bertakburlah kita. Sedangkan Rasul Alah saw besabda, tidak masuk syurga orang yang mempunyai sebesar bijih sawi kesombongan dalam hati.

Hah. Lantas, apabila kita merasaka diri cukup baik, kita sombong, akhir-akhir, kita yang tidak masuk syurga.

Maka, da'i, kita baiki diri kita. Akhlak kita. Ego kita.

Hidup tidak hanya berkaitan dengan tunjuk baik, tetapi menjadi baik secara ikhlas daripada hati. Itu lebih baik daripada mahu menjadikan manusia melihat kita kononnya sebagai orang 'baik-baik.'

Tuhan, ikhlas hati kami. Kami hidup kerana-Mu, maka, jadikanlah hati kami suci daripada menjadi takbur, bongkak dan riak.

Saturday, 28 January 2012

Giliran Kita

Apabila hati tidak tenang, saya suka menulis di blog. Jadi, minta maaf kepada sesiapa yang terpaksa membaca repekan saya di sini.

Untuk kali ini juga, seperti biasa, saya tidak tahu apa yang hendak ditulis. Mungkin sepanjang saya menekan papan kunci, teruslah mengalir segala ilham serta segala rasa di hati yang tersimpan kaku, entah kepada siapa harus diluahkan. 

Tentulah, segala rasa itu harusnya diluahkan kepada yang Maha Esa. Dan jika tidak melakukan yang demikian, arakiannya manusia akan menjadi lemah, terbeban dengan segala emosi yang berkecamuk yang tidak tahu bila akan reda dari amukannya. Ah, sudah lama saya tidak menulis begini.

Sungguh, manusia itu penuh dengan segala kelemahan juga keaiban diri. Hanya Allah swt, Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya itulah yang tahu segala ciri hamba2Nya itu. Moga, Engkau Ya Allah menutupi segala keaiban kami. Aku tidak lain hanyalah insan penuh dengan cacat yang tercela.

Dan jika kita pernah mengetahui segala sejarah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, tentulah kita akui mereka, manusia yang hebat, mendapat reda Allah dan Rasul mereka, bahkan umat Islam seluruhnya! Mereka pejuang agama yang hebat memburu syahid, memperjuangkan segala2nya demi agama mereka yang tercinta.

Maka selepas wafatnya baginda saw, berlakulah rentetan ceritera fitnah umat Islam. Satu persatu berlaku penuh tragis dan insiden yang menyayat hati. Dari satu fasa masa ke fasa yang lain, hingga akhirnya, selepas 100 tahun, muncullah kembali khalifah Islam, Umar Abdul Aziz yang diiktiraf sebagai khalifah arrasyidin yang kelima. 

Dan kemudian, zaman abasiyyah, yang memancarkan sinar islam penuh gemilang. Segala ilmu menjadi kecintaan. Segala khazanah pengetahuan diteroka. Zaman paling gemilang selepas bertahun2 peristiwa perjuangan menggagungkan zaman Islam.

Maka, ia jatuh semula. Kerana fitnah kepada umat ini, tidak akan pernah berhenti sehingga tibanya Hari Kiamat, di mana semua kebenaran akan tersinggap.

Dan sepanjang kita mengetahui segala sejarah itu, juga kita turut mengetahui, tokoh-tokoh agung yang mengorbankan segala harta dan jiwa demi jalan Allah swt ini. Mereka syahid. Mereka sudah mati pada mata   kita. Tapi, Allah befirman dalam Al-Quran, jangan katakan mereka sudah mati. Ya. Mereka belum pun mati. Segala keringat dan darah yang telah tertumpah pada tanah bumi ini, semuanya bermanfaat pada kita semua hingga hari ini.

Dan kiranya, dapat kita lihat, keagungan Islam itu, masih belum tercapai semula. Tiada 'izzah yang dilihat oleh umat dunia pada agama ini. Apakan tidaknya. Kita sering dilihat mereka kolot lagi tidak bertamadun. Kita hanya dimimpikan dengan buaian indah sejarah kita zaman lampau. Mengatakan kita pernah hebat, namun usaha kita mencapai semula keagungan hari itu, seperti mimpi kosong tanpa makna. Hanya beberapa kerat umat ini sahaja yang memahami segalanya.

Jadi, di manakah kita ini? Apakah peranan kita dalam menjadi sebahagian umat ini terlaksana dengan benar? 

Jika dulu wujudnya profil2 islam termuka dunia, moga kita menjadi sebahagian dari mereka. Moga kita punya kekuatan dari Allah swt supaya berada dalam barisan hadapan perjuangan Islam.

Itu cita-cita kita. Moga kita dapat semula menakluk dunia.

Kepuasan Ilmu

Kepuasan ilmu itu tercapai dengan dua,
memahami ajaran agama dengan dalam,
mengetahui dalil pada setiap ilmu.

Aku seperti manusia yang di hutan tidak ketahuan,
mahu mencari jalan yang pulang yang tidak menyeleweng.
Aku juga seperti penyelam di laut dalam,
mahu meneroka setiap inci dasar yang luas.

Tuhan, puaskan kehendak ini!

Friday, 27 January 2012

Apa yang terjadi?

Rabbi yassir wala tu'assir!
Ya Allah, saya kena boikot ke apa ke? Kenapa semua pengawas form 5 ada hal dan semua pengawas form 4 yang ditelefon tak angkat telefon?

Muqayyam

Minta maaf kepada ukhti maziah. Post tentang minggu taaruf Tingkatan1 hari itu pun tak ditulis.

Baiklah. Kali ini pasal Muqayyam.
--
Izinkan kali ini aku bertinta terus dari hati. Secara jujurnya, hati sedikit berat untuk ke sana. Sungguh, banyak ulangkaji dan kerja rumah yang masih belum dilangsaikan. Namun, aku segera mengingatkan diri bahawa sesungguhnya hati ini perlu berada dalam suatu usrah. Aku terkenang waktu2 usrah bersama sahabat2. Mengenangkan itu, betapa tenang dan tenteramnya hati apabila berada dalam usrah. Maka, aku ingatkan diri bahawa matlamat belajar tanpa makanan rohani, nanti gersangnya hati bak roti di padang kering. Lagipun, aku berharap untuk cuba memahami gagasan yang dibawa oleh gerakan itu, apa yang membezakannya daripada gerakan lain.

Apabila mengetahui bahawa tidak banyak sahabat yang turut ke sana, hati sedikit kecewa. Biasanya, usrah tidak akan meriah jika kurangnya sahabat. The more the merrier!

Tapi tidak mengapa. Perancangan perlu diteruskan.

Oh, di dalam kereta. Insiden yang memalukan. Aku dan sahabat sangat lantang berkata-kata, mengulas pelbagai topik semasa, dakwah, peribadi dll. Kemudian, tiba2 ustaz mengatakan bahawa kami bersembang riuh rendah di belakang. Entah, sama ada ustaz sekadar menyapa ataupun punya maksud tersirat supaya kami lebih sopan apabila berbicara.

Sepanjang perjalanan dalam kereta itu, aku terkesima apabila mengenangkan dakwah di sekolah. Di sekat sana sini oleh birokrasi juga matlamat duniawi. Setiap kali aku berjumpa guru, membincangkan harapan kami untuk sekolah, aku pasti kecewa selepas itu. Ia seperti satu propaganda yang sudah lama terlekat pada minda separa sedar dan sepenuh sedar warga sekolah. 'Kerana budaya yang sudah lama ada di sekolah, kita tidak akan mampu mengubahnya.' - sepertinya sampai bila2!

Sungguh, kadang2 aku letih mendengar alasan yang sama. Jika benar begitu, sampai bila sekolah ini akan jadi lebih baik? Manusia yang mahu tinggal di takuk lama dan tidak mahu berubah dan takut melakukan perubahan, tidak akan maju. Bukan kekangan yang menjadi masalah, tetapi minda dan matlamat manusia yang menentukan! Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Pun begitu, aku harus nmengingatkan diri. Jangan kerana himmah yang berkobar-kobar, aku, seorang muslim yang telah diajar tentang akhlak yang mulia, cuba-cuba untuk mengutuk para mualim yang jauh lebih mulia daripada diri yang hina ini. Pun begitu juga, seharusnya masyarakat islam lebih berfikiran terbuka dalam menerima idea-idea baru yang baik untuk kemaslahatan agama. Pemuda mungkin lebih muda, tapi ilham itu hadir tidak kira siapa.

Sampai di sana, masak2 untuk buka puasa. (Ehem, ternyata kita semua boleh jadi chef yang handal! -perli-) Tapi, masakan masih sedap dan enak sekali.

Solat maghrib berjemaah dan tazkirah dari diri ini yang tidak banyak ilmu. Tentang muslimah sepatutnya, tetapi melencong ke lain, tentang tujuan manusia diciptakan - 'abid dan khalifah. Dan kita tidak diciptakan main2.

Solat isyak berjemaah dan bacaan yaasin.

Barbeque. Sibuk lagi lantang bersembang. Banyak isu yang dikupas dalam masa lebih 2 jam itu.
Salah satu yang penting ialah dalam membina kepimpinan dalam kalangan muslimat. Ia, banyak program sekolah dimonopolikan oleh muslimin. Tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tetapi, muslimat ialah agen penggerak dakwah yang penting kepada muslimat yang lain. Dan keperibadian memimpin kegiatan agama dalam kalangan muslimat sangat lemah.

Selepas itu program muhasabah.  - Aku harap dapat menjadi seperti Asma' binti Abu Bakar, dalam keadaan mengandung menghantar makanan kepada nabi saw dan ayahanda. Juga seperti Asma' bin Yazid, jurucakap kaum wanita.

Melayari Impian (tidur).

Qiyam, esoknya. Saat yang dinanti. Di saat merasakan diri lemah tidak berdaya, punya kekuatan yang sedikit, hanya Allah yang mampu membantu. Lantas, kepada siapakah lagi seharusnya kita mengharap? Hanya Dia tempat doa dikabulkan.

Beberapa perkara lain, kemudia ceramah ustaz.

Agak panjang sehingga naik lenguh seluruh badan. Tapi, satu lintasan hati yang penting,
aku harap menjadi manusia yang ke hadapan dalam dakwah. Bukan kemahsyuran yang dipinta. Tapi, menjadi manusia yang berada dalam barisan hadapan dakwah adalah satu kemuliaan di sisi Allah swt.
Di sini, aku menyedarkan diri, kadang-kadang mungkin ego atau kenangan masa lalu menyebabkan kita susah menerima seseorang. Demi menjaga hati daripada berpenyakit, banyak kebaikan ditepis. Ya, seperti dalam surah Al-Hujrat. Kadang-kadang orang yang dicemuh itu lebih baik daripada orang yang mencemuh. Moga Allah ampunkan segala dosaku, salah diri dan segala rasa ghurur yang cuba menguasai diri. Sungguh, ia sifat syaitani.

Ya Allah, tiadalah hamba-Mu mengharapkan melainkan menjadi sebahagian manusia-manusia yang mulia dan tinggi darjatnya di sisi-Mu!

Wahai diri, lihatlah dirimu!


"ikhwah wa akhwati fillah…
muhasabahlah kembali diri…
kadang-kdang kita merasa bahawa kita sudah tahu dan arif di jalan ini..
namun pada hakikatnya…
tidak.
mungkin kita hanya penebar duri yg menyakitkan..
atau.. kita hanya seorang yg membiarkan duri supaya terus menyakiti diri sendiri…
-Kak Muharikah.com

Wahai diri, lihatlah dirimu!
Mungkinkah apabila kau merasa sakit, kau sendiri yang membiarkan duri dalam hatimu?!
Kenapa tidak dibuang duri itu jauh-jauh?

Pergi wahai duri, jangan dekati diriku!

Hubbun Dunia

Belakangan ini entah kenapa, seperti penyakit wahan itu sudah menerusup masuk ke dalam tubuh. Mencintai hal dunia, kesenangan dan kemewahan yang terdapat di dalamnya. Kecantikan dunia juga telah membuatkan aku terpegun. Dan cinta dunia itu mampu membawa diri untuk takut mati kerana terlampau sayangkannya.

Ya, dunia. Baju, kasut, beg, segala aksesori, hiburan dll semuanya kecintaan pada dunia. Dan selalu saja kita bermewah-mewah, mengeluarkan duit yang banyak tanpa perlu dalam perkara-perkara seperti itu.

Sedangkan,

Surah Al-Mukiminun:115

[Adakah kamu menyangka bahawa kalian diciptakan main-main? Sesungguhnya kalian menyangka kalian tidak akan kembali kepada kami]

*sigh* Diri ini selalu lupa.

Ya Allah, letakkan dunia pada tangan kami, jangan pada hati kami!

Teacher Z

Z does not stand for Zzzzz (sleeping). Not for zebra nor zig-zag.

Z is the initial letter of her name.
She's my teacher. And she's awesome more than you would have thought.
And the greatest thing she has done to my life is, she's been supporting my da'wa. Many are not aware of it. I know she wouldn't like me to write about her here. But, I just think, this would be like a token of my appreciation for her kindness and deeds. May Allah, with His bounties, bestow His blessings upon her.

I'm like a toddler, literally trying to walk in this path of da'wa. I haven't yet took the big step of being in a da'wa movement. I just feel it wasn't the exact time since I haven't done any research of those NGOs in Malaysia. 

But in school, I would try my best to realise our dream. It's a big dream and a lot of teachers have been saying it is impossible to achieve and nothing much we could do. How should we do then? I don't know the reason behind those restriction of not to be so eager of doing da'wa things. Bureaucracy, how much I loathe it!

Though, how much undesirable stuff has kept coming, she's been there for me. And though, she is the most teacher to know my weaknesses and etc, she has been the one who believe me the most of what I'm doing. 

She gave moral support, money.. and keep reminding me of any of bad habits in doing da'wa.

Gee, teacher. Thank you for everything. 
Please pray that I really become one of those greatest muslim known to the history.

-with heaps of love-
    your student

Thursday, 26 January 2012

Cemburu

Ya Allah, jika ada dalam kalangan hamba2Mu yang bersifat cemburu,
aku adalah yang paling cemburu dalam kalangan mereka!

Sunday, 22 January 2012

Tips Pemakaian Jubah

GIRL'S ZONE : This is girl's territory. Keep out of boy's reach.

Memandangkan post saya sebelum ini berkenaan pemakaian abaya/ jubah, maka rasanya akan berlaku sedikit kekurangan jika saya tidak berbicara mengenai cara pemakaian jubah dengan baik.

1. Memakai seluar panjang di dalam jubah anda.

Pastinya, ramai yang tidak pernah tahu tentang sebuah kisah di mana Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya sedang berjalan menuju ke suatu tempat. Dalam perjalanan tersebut, dua orang wanita ansar juga sedang berjalan berdekatan dengan mereka. Tiba2, angin bertiup kencang. Lantas, Rasulullah saw memalingkan mukanya kerana risau melihat aurat wanita2 tersebut.

Namun, rupa-rupanya wanita tidak sekadar berjubah tetapi juga turut memakai seluar panjang.(bilmakna, aurat wanita tadi tidak terdedah walaupun ditiup angin). Melihat perkara ini, sahabat berkata kepada Rasulullah saw bahawa tiada apa2. Lalu, Rasulullah saw memuji wanita yang memakai seluar panjang dalam pakaian mereka.

Jadi, di sini, mana2 muslimat yang memakai seluar panjang di bawah jubah atau baju kurung atau dll mereka, tersenyumlah anda kerana anda dipuji oleh baginda Nabi saw, habibina. =)))

2. Memakai kain dalam.

Ia terpulang pada hemat anda. Jika kain anda cukup tebal dan dapat mengelakkan daripada terlihat bentuk kaki, maka tidak perlu. 'Rasulullah saw apabila memilih antara dua urusan, baginda akan memilih yang mudah - maksud hadis'
Ehem. Mudah di sini bermaksud antara dua syariat yang satu susah yang satu mudah. Maka Rasulullah saw memilih yang mudah. Mudah di sini tidak bermaksud mengambil jalan mudah tetapi bertentangan dengan syariat.

Tetapi, pada kebiasannya, jika anda memakai jubah walaupun jubah yang berfabrik tebal, lebih baik untuk memakai kain dalam demi mengelakkan ternampak bentuk kaki ketika berjalan.

Jika anda pasti baju anda jarang (kebanyakan kain baju kurung pada dekad ini jarang2 belaka), jangan teragak-agak untuk memakai kain dalam. Rasulullah saw sangat prihatin terhadap baju yang jarang. Pernah dengar hadis Rasulullah saw yang menegur Asma' binti Abu Bakar, kerana pemakaian bajunya yang jarang sedangkan beliau, Asma' sudahpun baligh? Maka, ambil pengajaran daripada peristiwa tersebut. Asma' binti Abu Bakar tidak memalukan dirinya saja-saja melainkan supaya kita ambil ibrah.

3. Memakai handsock.

Pemakaian handsock sebagai tanda prihatinnya anda terhadap syariat penutupan aurat.

Maka, saya seterusnya mahu menyiapkan kerja rumah saya sempena cuti tahun baru cina ini yang sangat banyak.

Wallahua'lam.

Wailalliqa'.

Abaya, abaya, abaya!

GIRL'S ZONE : This is girl's territory. Keep out of boy's reach.

There are times when I ain't able to keep my eyes away from stuff that I adore. I just love abaya, and really hope that I got enough money to buy my abaya...But when I surveyed through the internet and boutiques, most of the abayas sold are very exorbitant.
And I don't dare to ask mum or dad, or to use my own scarcely save money to spend on it.


There's several reasons of why I love abaya more than I do to the others. Among them are:

1. It's mostly black, and I love black as it seems so plain and simple. Plus, I don't need to care of what colour of hijab I should wear since black almost match all types of colours.

and,oh, the colour of black is not so striking.




2. Since it's cut to an 'A' shape, it has a wider 'kaki' than robes (jubah) which allow me to walk fast without being restrained by my dress (+.+ not like what jubah always does to me)

3. It's big and large and loose. It give the wearer most comfort and easiness.

4. You can wear abaya anywhere to any ocassions - shopping mall, wet market, dinner, at home during the presence of guest, yet nobody will feel you are a weirdo or dishonouring them. Hmm.. well, at least that what I think.

and, errr.. abaya is not suitable to be wore during a vigorous outdoor activity.



5. It's easy to be put on, like for example, in the house you wear short-sleeve t-shirt, simply put on your abaya and you are ready to have a blast outside the house!

6. The sixth reason of why I love abaya is because it's just abaya! Sometimes, you don't need to have a solid reason to like something as you love it as it is what it is.

To those who have passion as much as I do on abaya or jubah or muslim woman's type of dresses, you might would like to visit these links :

http://www.el-ruyanihijabi.com/

http://maratussolehah.blogspot.com/

p/s: this post is part of the effort to enhance the growth of muslim business industry and also to promote the wearing of muslimah's dresses (as it covers our aurah even more). So, feel free to visit these websites and try an abaya on your own. You'll love it!

Saturday, 21 January 2012

Ustaz Don dan 'Blackout'

TPJ, PERAI :  Malam tadi, 28 Saffar,telah berlaku suatu insiden yang tidak disangka. Mengetahui Ustaz Don pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menjemput beliau untuk berceramah di surau atau masjid di qaryah masing-masing.

Malam semalam Ustaz Don telah dipanggil untuk melaksanakan suatu majli ilmu mengenai kekeluargaan. Surau sesak dengan peminat2 majlis ilmu dan juga peminat2 Ustaz Don sendiri sehingga hadirin muslimin dan muslimat terpaksa berasak-asak untuk masuk ke dalam ruangan surau yang sempit dan akhirnya, ada sebahagian hadirin tidak mempunyai pilihan lain melainkan berdiri di luar surau demi mendengar celoteh ustaz.

Ceramah bermula selepas solat Maghrib berjamaah. Beliau sebelum memulakan ceramah menceritakan kebaikan berada di majlis ilmu serta menekankan mengenai kepentingan bersalawat ke atas baginda saw apabila nama junjungan besar kita disebut.

Belum sempat ustaz mengupas isu kekeluargaan, tiba2 surau tersebut terputus bekalan elektrik. Bergelaplah sekalian hadirin dengan perasaan yang hampa. Beberapa minit selepas itu, Ustaz mengambil keputusan untuk pulang. Langkah ustaz bermula dengan bangun dari tempat duduk disambut dengan flash kamera dan lambaian tangan. Tidak kurang juga, ada yang bersalaman dengan ustaz dan mengambil autograf beliau.

Jualan di luar surau kelihatan laku memandangkan kebanyakan hadiri masih menuggu untuk majlis bermula semula. Namun, kesedihan menjelma kerana ustaz sudah kembali ke rumah.

Candlelight dinner ala-ala romantik menjadi tumpuan para hadirin yang merasa lapar. Malam itu gelap, hanya disirami limpahan cahaya bulan yang menyinar. Malam itu, setelah beberapa tahun tidak pernah berjaya berjumpa dengan kawan lama, saya dan teman lama berpeluang melilau di kawasan perumahan sehingga pukul 11 malam tetapi tiba2 dipanggil ibu untuk balik ke rumah.

Hidup Dalam Kenangan

Hidup ini penuh dengan kenangan.
Imbauan masa lalu menghadirkan detik kepiluan.
Rasa syahdu. Rasa rindu.
Tuhan, langkah ini perlu diteruskan,
Tidak mungkin aku berdiri di sini saja, tidak beranjak.
Sesekali, aku berpusing ke belakang.
Tersingkap segala rahsia dulu.
Baru kini kufahami, hikmah setiap penciptaan.

Tidakkah kumenjadi hamba yang bersyukur,
Ya Allah, kau selamatkan aku dari bencana jahiliyah.
Sungguh, aku tidak punya ilmu memuncak tinggi,
cukuplah jika kau tidak melemaskan aku, dalam tasik kekufuran yang dalam.

Dalam menyelusuri lembah kehidupan,
Kadang-kadang, aku menoleh ke kiri juga ke kanan.
Aku lihat insan2 yang dulu hampir,
Nyata, aku dan mereka tidak sama lagi.
Allah, hamdalah sahaja tidak mencukupi!

Pada wajah kami, ya Allah,
adanya seribu satu cerita tersembunyi,
Lemahnya kami sebagai insan,
Rapuhnya kami sebagai manusia,
kami, ya Allah, makhluk-Mu yang punya cita-cita.

Izinkan kami maju ke hadapan menjulang nama Islam!

Perjuangan tidak pernah berhenti

Didedikasikan untuk seorang sahabat tercinta -

Beberapa minggu telah berlalu semenjak bermulanya sesi persekolahan 2012. Tentunya pelbagai cabaran sudah dilalui. Cabaran menguji diri sama ada kita tabah atau tidak.

Insan diuji. Dan ujian itu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kadang-kadang memang perkara yang remeh. Sekadar permainan perasaan. Tetapi, hati yang mengandungi perasaan itu bisa menjadi sarat dengan beban yang menghimpit jiwa! Berat, tiada kata yang dapat diungkap lagi.

Di dunia, selalunya kita tidak dicabar dengan tentangan manusia secara fizikal semata-mata. Tiadalah kita lihat, bahawa adanya kelompok mengangkat sepanduk dan senjata lalu mengisytiharkan perang dengan kita. Atau, tiadalah wujud golongan yang berkhutbah di tempat awam dan mencela dan mengutuk kita. Tetapi, semua cabaran yang kita lalui kebanyakannya berbentuk tekanan perasaan dan berkait dengan hati.

Ada masa, semangat berjuang kita menurun. Hati rasa tawar untuk melakukan apa2.

Sebahagian waktu yang lain pula, badan rasa sangat lelah. Rasa tidak berupaya untuk mejalankan sesuatu apa pun.

Ada jamnya pula, rasa penat, lelah, putus asa. Seperti mahu menjerit, bebaskan aku dari kehidupan dunia!

Inilah cabaran insan. Sekadar kutukan dua tiga daripada manusia lain, emosi sudah berkecamuk. Apabila tidak mendapat kejayaan yang dimahukan, diri sudah hampir mahu rebah.

Hidup adalah perjuangan. Dan perjuangan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kadang-kadang, diri kita sendiri lupa matlamat kehidupan. Kita mahukan mardhotillah. Kita mahukan syurga abadi impian semua. Dan untuk mendapatkan segala kesenangan dan nikmat di kemudian hari, tidak mungkin, kita tidak uji.

Tak kan Allah mudah2 untuk memberikan jannah kepada kita yang tidak merasai pahit getir sebuah perjuangan, sama dengan para anbiya', auliya', ulama', syuhada' dan para mujahid yang lain?

Maka, pesan pada diri kita, kuatkan diri. Kita mengejar jannah! Jika kita mahukan yang indah, katakan sabar pada diri. Di akhirat  nanti terbendang yang indah itu. Kita di dunia, harus merasai perjuangan ini. Perjuangan yang mengajar erti kehidupan. Menjadikan kita lebih menghargai detik bersama Allah swt pada waktu kesempitan. Dan juga menjadikan kita lebih bersyukur mempunyai manusia2 yang sangat menyayangi diri kita.

Hidup sebuah perjuangan. Jangan pernah lupa itu.

Kerana jika kita lupa, kita akan menjadi lemah. Kerana kita menyangka bahawa kesenangan adalah sesuatu yang kita akan dapat di dunia. Tidak!

Di dunia kita bersusah, di akhirat kita bermewah.

Dan janji Allah swt, orang yang beriman itu tempatnya di syurga, sebaik-baik tempat kembali.

Moga Allah tsabatkan hati kita pada perjuangan ini.

Kita hidup kerana Allah azzawajal..
..Hidup kita untuk mencari mardhotillah..
..Perjuangan kita menegakkan agama Islam..
..Idola kita Nabi Muhammad saw..qudwah hasanah kita. dengan kekuatan dan semangat baginda, kita menyambung rantaian perjuangan para pejuang.

Ingat, hidup kita untuk berjuang. Dan perjuangan itu tidak akan berhenti sehinggalah ke hembusan terakhir.

Terus, terus dan teruslah kita dalam mengembara dalam samudera kehidupan, menghadapi segala badai dan ombak kesusahan.

Jangan patah semangat.

Jangan putus asa. Sungguh, mukmin tidak akan pernah berputus asa dari rahmat Allah.

Moga kita terus berjuang.

Dan bila kita merasa lemah, segera bertahajud pada kebeningan malam.Moga ia mentaqarubbkan kita kepada Rabbuna. Hanya Dia yang membolak-balikkan hati. Dan hanya Dia yang mampu mengembalikan hati kita yang sejahtera.

Moga kita termasuk dalam golongan yang mendapat untung!

Friday, 20 January 2012

Thursday, 19 January 2012

Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.

Itu adalah tagline yang sering diungkapkan oleh Mrs. Counsellor.

Entahlah apalah yang berkaitan dengan topik yang kami bincangkan, slogan di atas akan selalu saja muncul. Tidak pun, sebelum Mrs Counsellor pulang, dia akan mengungkapkan kalimah itu.

Sedar tidak sedar, Mrs. Counsellor sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Begitu juga sahabat2 saya yang lain. Hari-hari petang, banyak isu yang diperbincangkan. Isu politik (kadang2 saja), islami, dunia, pelajar. Falsafah itu dan ini. Idea itu dan ini. Kata-kata tokoh itu dan ini. Dan semuanya disimpulkan kepada satu, iaitu, seorang mukmin itu harus selalu bergerak ke hadapan dan membaiki diri..serta tidak pernah berhenti melakukannya.

Begitulah kehidupan insani. Bahawa seorang manusia tidak pernah bebas daripada cacat dan cela walau apa2 pun pandangan manusia pada dia.

Dan orang baik-baik kadang-kadang merasakan diri sudah cukup bagus, memandang rendah pada yang lain. Ghurur menguasai diri.

Dan kadang-kadang manusia itu sering lupa mengingati Tuhan. Lupa menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.

Dan ada waktu insan itu berjauhan dengan Rabbnya, sehingga lupa untuk kembali menjadi hamba.

Dan..

.. seharusnya seorang hamba, tidak pernah melupakan Tuhan.

Misteri dan rahsia

Tidaklah saya merasakan sesuatu, melainkan saya merasakan bahawa kehidupan insan itu penuh misteri dan teka-teki. Tanda tanya penuh persoalan, yang jawapannya tidak dapat dirungkai oleh akal nan cetek dan dangkal. Manusia membuat pelbagai pilihan dalam hidup. Dan manusia juga terjebak ke dalam pelbagai perkara sehinggapun yang tidak dia sedari. Celik-celik, dia sudah melayari jauh melalui samudera itu. Samudera itu jalan, sama ada ia kiri atau kanan.

Kadang-kadang saya ingin benar mengetahui kenapa ada manusia memutuskan pilihan ini, kenapa tidak itu. Sedangkan pilihannya itu berlainan dari adat dan kebiasaan. Tentulah tidak salah. Kata salah dan betul terlampau abstrak untuk dibicarakan di sini. Tetapi, ketahuilah, sebahagian keputusan yang dilakukan tiada yang salah, cuma, sama ada ia tepat atau kurang sahaja.

Dan saya ingin sekali mengetahui kenapa ada insan, pilihannya sangat pelik dan berlainan daripada orang lain.

Maaf, memang tidak penting untuk dicatatkan di sini. Tetapi perasaan ingin tahu itu seperti menolak-nolak pintu hati. Ingin sungguh mengetahui rahsia hati mereka. Kenapa Allah memandu mereka untuk memilih keputusan begitu. Begitulah seperti saya, Allah memberi ilham atas perkara yang lain tidak mengetahui. Pasti juga mereka. Kenapa? Saya ingin sekali mengetahui.

Hidup ini penuh misteri dan rahsia. Hanya Pemilik hidup sahaja yang mengetahuinya.

Mungkin, benarlah, sebahagian rahsia itu tidak bermaksud untuk diketahui umum. Cukuplah dia dengan Tuhan. Moga dalam hidup, Allah menggerakkan hati kita memilih keputusan yang benar dan tepat.

Tuesday, 17 January 2012

Sedar hakikat diri

Apabila menyedari hakikat diri,
seharusnya bagaimana kita hadapi?
Adakah kita makin jauh menyendiri sepi?
Atau sewajarnya kita bertindak mendekatkan diri pada Illahi?

Aku sedang dihinggapi penyakit. Penyakit hati yang tiada ubatnya duniawi. Bukannya aku sedang bersakit hati. Tapi, sungguh hati ini sedang tenat. Wahai Tuhan, rasanya seksa bila jauh sekali denganMu? Lantas bagaimana seharusnya aku mendekati? Sungguh, hati ini dalam rindu yang dingin. Tiada penawar melainkan ibadah, lalu bagaimana seharusnya aku mengerjakan ibadah?

Dan bila dikatakan jika 7 hari tanpa ke majlis ilmu itu, hati bakal mati. Maka, mungkin hatiku sedang nazak. Moga ilmu selalu dituntut..


Jangan yang lain

Siapa-siapa pun diriku, apa-apa pun diriku..aku kepunyaan Tuhan rabbul alamin.
Betapa lemahnya diri ini Tuhan,
aku tidak mengadu pada yang lain melainkan Engkau.
Sungguh, siapakah yang lebih Mendengar melainkan Engkau?
Siapakah yang lebih Mengetahui rahsia hati ini melainkan Engkau?
Siapakah yang lebih Arif tentang geringnya jiwaku saat ini melainka Engkau?

Dan , sungguh, wahai Tuhan yang disembah, tiada yang lain,
serahkan diriku padaMu. Jangan yang lain.

Sunday, 15 January 2012

Jauh Satu Keseksaan

Tuhan, sungguh, merasa jauh dariMu itu satu keseksaan.
Indahnya rasa pergantungan,
seperti rasanya sang fakir pada sebuku roti sumbangan.

Jika benar aku sudah tergelincir dari landasan,
kembalikan aku kepada rahimMu,
sungguh, tiada yang lebih bahagia daripada mendekatiMu.

Saturday, 14 January 2012

Cabar Diri Kita

Quote [Saya mencabar diri saya untuk mencatat sejarah] - Nik Nur Madihah

Saya sangat terkesan dengan ayat di atas. 
..mencabar diri mencatat sejarah..

Maka, sahabat sepejuangan semua, mari kita mencabar diri kita..

1.Kita sebagai hamba Allah azzawajal menyerahkan diri sepenuhnya pada Rabb
2.Kita sebagai ummat Rasulullah saw menjadikan baginda sebagai teladan dalam seluruh aspek kehidupan
3.Kita sebagai pembaca Al-Quran meletakkannya sebagai perlembagaan teragung kita
4.Kita sebagai mujahidun memilih jihad sebagai jalan perjuangan
5.Kita sebagai manusia yang punya cita-cita, berhasrat untuk mati fisabilillah.
6.Kita sebagai pelajar bakal mendapatkan 11A+ dalam SPM tahun 2012
7.Kita sebagai saf kepimpinan pelajar berusaha membentuk biah solehah yang syumul di SMAI
8.Kita sebagai muslim berjaya menjaga segenap masa dan ruang dengan perkara bermanfaat
9.Kita sebagai mukmin berakhlak mulia dan indah
10.Kita sebagai da'ie berusaha sedaya upaya membawa manusia kembali pada Tuhan

Ini impian kita.
Dan mari mencabar diri kita untuk mengegearkan dunia.

Walaupun mereka kata bahawa apabila anda berdakwah, maka akademik anda akan merosot,
Walaupun mereka kata bahawa apabila anda memilih Islam, maka hidup anda akan fakir,
Walaupun mereka kata bahawa apabila anda banyak beribadah, maka hidup tiada lagi indah..

Siapa mereka untuk berkata tanpa mengetahui?

Kita, muslim, hanya menurut kata Tuhan kita. 
Dan kata Allah, 

Surah Muhammad : 7
[Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu]

Tapi, sebalik itu..
jangan kita, muslim salah faham firmanNya.

Tidak bermakna kita akan dapat kemenangan tanpa usaha.

Apabila kita menolong agama Allah, pergantungan diri kita pada Allah lebih erat, matlamat kita lebih benar dan jauh, kita hidup lebih berwawasan.

Dan dengan wawasan itu, kita akan segera tahu, kita perlu bekerja lebih keras, tidak main-main tetapi bersungguh-sungguh.

Kata Hassan Al-Banna:
Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

Dan manusia yang bersungguh-sungguh, tidak membuang masa. Masa itu lebih mahal daripada emas. Kerana ia tidak mampu dijual beli.

Dan kerana masanya akan disoal Allah di hari penuh kegelisahan.

-Peringatan untuk diri-

Semakin Jauh

Apabila hidup dilihat makin payah, maka di situlah ia menguji sejauh mana benarnya iman.

Jika hari ini kau merasa lelah,
teruslah menuju Ilah,
jangan berhenti pada jalan setengah,
berterusnya kasih penuh limpah,
tidak akan kenal apa itu mengah.

Kadang, lorong itu terlampau sempit,
bagai jiwa terhimpit,
pada manusia yang penuh hasad,
pada manusia yang berdiri sesat.

Iman,
kadang, ia mendaki bukit yang tinggi
nun cepat,
ada masa,
ia terjun ke jurang terdalam
nun pantas sekali.
Ia tidak sekata,
susah dipelihara,
namun, ia mutiara termahal,
tiada sanggup hilanganya sesaat.

Tuhan, maka ini aku,
hamba-Mu, menyeru asma-Mu,
penuh hati yang merendah diri pada
keagungan-Mu,
kemuliaan-Mu tiada tandingan,
izinkan kami bersama-Mu selalu.

Pandukan hati kami, Tuhan!

Friday, 13 January 2012

Blog ini

Blog ini, kadang kala telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya jarang2 boleh tidur tanpa menulis sesuatu di sini. Mungkin ada sebahagian perkara tidak wajar diterbitkan, lebih baik disimpan saja, kerana boleh jadi bakal mengundang pelbagai bala seperti penyakit 'ain dll. Ada masa, saya sering memilih keputusan yang salah.

Blog adalah diari. Dan sememangnya saya jadi malu apabila melihat di depan mata sahabat2 saya membaca penulisan saya.
Tapi selain itu, blog juga merupakan wadah dakwah... itu hasrat yang tersemat. Moga tiada saya terhanyut dari landasan matlamat.

Saya titipkan ini:
' Tanda marahnya Allah ialah apabila seorang hamba tidak suka mendekati-Nya, tanda sayang Allah apabila hamba itu suka mendekati-Nya.' (Attbarani)

Anta Rabbi wa ana 'abduka

Tuhan, kadang2 hati ini penuh kesakitan. Cemburu itu satu kesakitan. Sedih juga satu kesakitan. Iri hati semuanya satu kepedihan yang nyata!

Tuhan, sampai bila harus aku merasa kecemburuaan ini, melihat mereka di (KISAS esp) mendapatkan kefahaman dan kebaikan dalam agama. Aku tinggal di sini. Aku cemburu dengan ilmu yang mereka punya. Dan rasa sakit itu tidak pernah berhenti mengejar-ngejar aku , sehingga aku sendiri merasa penat dan lelah!

Allah, lepaskan aku dari bebanan ini.

Aku, 'abduka.

Aku hamba-Mu, Tuhan. Bantulah aku menghadapi kelemahan diriku. Jadilah aku manusia yang ke hadapan dalam memperjuangkan agama-Mu.

Kau, rabbi.

Kau Tuhan yang kusembah. Tiada yang lain untuk kuminta pertolongan serta perlindungan, bantuan dan keredaan melainkan kepada-Mu.

Ya Allah, kuatkan jiwa kami merempuh segalan cabaran. Jayakan setiap misi kami, cita-cita kami. Matikan kami atas jalan-Mu. Ya Allah, bantulah aku memperbaiki diriku juga keluargaku seta sahabat2ku.

Pilihlah kami, ya Allah. Pilihlah kami, ya Allah. Menjadi manusia yang memperjuangkan agama-Mu hidup dan mati mereka!

Diari Jumaat

Seperti biasa, hari Jumaat adalah hari saya muhasabah diri. Jumaat adalah hari yang paling menenangkan walaupun kadang2 kepala kusut dengan pelbagai perkara. Jumaat adalah hari yang indah, bahagia dan harmoni. Semuanya kerana Jumaat adalah Jumaat! Penghulu segala hari, hari paling banyak manusia membaca Surah Al-Kahfi dan Yasin.. dan kerana ia adalah hari yang singkat di sekolah, dan esoknya adalah cuti.

Sebahagian daripada keindahannya adalah kerana hari Jumaat saya ada beberapa usrah untuk diikuti, berpeluang meluangkan waktu dengan keluarga serta sahabat dengan lebih akrab dan lama, dan dapat mendengar tazkirah atau ceramah ketika sesi usrah sekolah. Alhamdulillah. Ia sangat wajar, seperti yang dikatakan oleh Iman As-Syafie, hati akan mati jika 7 hari tidak mengikuti majlis ilmu.

Cuma mungkin, waktu usrah sekolah perlu ditingkatkan kualitinya, bukan sekadar aktiviti rutin mingguan.

---
Alhamdulillah, saya punya sahabat yang sangat baik. Tapi saya harus mengakui daifnya diri untuk menjadi sahabatnya. Dia seorang yang sangat memahami kemampuan dan kelemahan saya, dan yang terbagusnya ialah, dia akan menegur kesilapan, kelemahan dan kesalahan saya seikhlas-ikhlasnya (walaupun kadang2 terlampau ikhlas -ehem, bagus2).

Jika awak baca entri ini, saya minta maaf walaupun kata maaf sudah tidak muat lagi untuk ditulis dalam kamus hidup awak lagi.

Saya pohon maaf.
---

Akademik saya semakin teruk. Saya perlu lebih belajar pengurusan masa dan kerja2 sekolah. Saya amat kagum pada sahabat saya yang sangat teliti dengan pengurusan kerjanya. Ramai perlu ambil iktibar daripada sikapnya, cuma mungkin ramai yang tidak tahu kegigihannya.

---

Jumaat sudah tamat.

Moga Allah melimpahkan barakah pada setiap hari kita.

Thursday, 12 January 2012

Pengingat diri

Mudah untuk mengenali hati yang sakit. Hati yang sakit itu tidak lain tidak bukan kerana kealpaan insan mengingati Tuhan. Hati yang sakit itu hadir pada hati yang merasa takbur, merasa megah pada diri. Merasa diri sudah cukup, tiada perlu bantuan Tuhan!

Hati yang sakit ialah hati yang tidak merasa manis lagi pada ibadah.

Saya tidak menulis ini melainkan untuk penghayatan diri saya juga. Sungguh, saya perlu banyak mengingatkan diri yang lupa.

Apabila hati tiada lagi pengingat,
banyak masa sendiri sangat,
maka kadang2 dari Illahi jauh bangat.

Quran itu pedoman mukmin,
apabila hati merasa jauh darinya,
tahulah itu,
tanda iman turunnya menjunam.

Solat tiada khusyuk,
tiada dekat pada Khaliq,
Lalai atma, lalai jiwa,
ke pangkal hujung tiada kena.

Serabut serabut kelapa,
jiwa yang serabut tidak terungkai,
Jika Tuhan tiada disebut.

Ilmu penyuluh jalan,
Cinta ia cinta agama,
bawa lorong lurus ke sampai.

Zikir bawa fikir,
Roh bawa badan,
biar manfaat ke akhir zaman.

Tuesday, 10 January 2012

Kewajipan vs Masa

"Kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan lebih banyak daripada masa yang kita ada."

Kata-kata Imam Hassan Al-Banna.

Sangat terkesan dan bermakna..

p/s: minta maaf kepada sahabat yang telah diulang kepadanya ayat ni banyak kali.

Monday, 9 January 2012

Inferiority, Mental Disorder etc. etc. etc.

Hari baru minggu baru tahun baru ini, banyak kegagalan saya berlaku. Saya lupa untuk menguruskan banyak perkara, juga tidak berjaya melihat semua perkara satu bersatu dengan teliti. 6 kesalahan utama telah saya lakukan. 6 bukan angka yang sedikit. Tambahan pula, keenam-enam itu adalah kesalahan major yang tidak patut dilakukan. Maka, saya mengecewakan diri saya sendiri juga guru-guru, mungkin juga sahabat2 saya sendiri.

Saya sangat terkesan dengan kata2 cikgu ketika mesyuarat tadi. Penuh makna juga penghayatan. Setiap satunya seperti terkena pada batang hidung sendiri.

-Jangan bebankan tanggungjawab seorang diri, bahagikan tanggungjawab dengan yang lain.

-Percaya antara satu sama lain

-Buat kerja dalam keadaan seronok

-Bantu-membantu dalam kerja berpasukan

-Atasi masalah terasa hati dalam kalangan rakan sekerja

Kadang2, semakin lama, saya semakin menyedari hakikat kekurangan diri yang tidak melayakkan saya berada dalam barisan kepimpinan.

Inferiority. Adakah ia perkataan yang tepat?

Mungkin, ya, kadang kala.

Ia seperti menghantui saya saban hari.

Ops. Jangan 'google' di internet tentang perkataan itu. Kerana saya pasti anda akan memahaminya sebagai salah satu penyakit mental.

Uh, saya pesakit mental?

Tidak! (jeritan dalam batin)

Saya tidak mengharapkan kekuatan melainkan kekuatan Allah. Sungguh, saya manusia yang lemah. Tidak punya daya dan kekuatan. Melainkan semua atas pertolongan Allah.

Saya risau (walaupun risau yang berlebihan sangat berbahaya) pada diri saya. Adakah saya berjaya menjalankan tugas saya sebaiknya?

Saya mahu sebelum saya menjejakkan kaki keluar dari sekolah, mencapai cita2 saya pada sekolah, juga cita2 guru2 dan sahabat2 pada sekolah kami. Cabarannya pasti besar, bukan semudah merempuh benteng padi setebal 2 inchi saja.

Saya harap saya tidak memperbesarkan masalah yang kecil, kerana masalah kecil itu terlampau banyak yang jika diperbesarkan hanya menambah beban yang tidak perlu pada diri.

Setiap pagi, saya ke sekolah bersama sahabat saya (tingkatan 2) dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh ayahnya. Masya-Allah. Pak cik merupakan seorang yang penuh hikmah. Setiap kata2nya juga perbuatan. Juga, pak cik suka berjenaka yang membuatkan keadaan pagi di dalam kereta penuh ceria.

-Hidup ini, jangan diperbesarkan masalah2 yang kecil.
.......

Hidup. Selagi kita bernyawa, maka tiada kemudahan nyata.

Maka, Allah rabbul 'Izati, yusahhil.

~Lahaula wala quwata illabillah~

Allah, permudahkan kami, jangan Kau susahkan.

Friday, 6 January 2012

Syukran

Minggu Taaruf Tingkatan 1 Sesi 2012 baru saja tamat semalam. Ada sahabat yang meminta saya mencatatkan hari-hari tersebut di blog. Namun, saya mohon maaf kerana tidak mampu untuk berbuat demikian. Saya tidak mampu menulis tanpa perasaan yang dalam.

Cuma sepanjang tiga hari berlangsung itu, saya menyedari bahawa saya mempunyai sahabat2 yang sangat baik. Mereka membantu saya dalam banyak perkara.

Terima Kasih sahabat atas bantuan. Allahu yubarikunna. Moga Allah memberkati kalian semua.


Thursday, 5 January 2012

Hati

Hati.

Organ kompleks tak mampu diterangkan.

Tuhan, jagalah hati kami!

Wednesday, 4 January 2012

Tahun Senior

Alhamdulillah, hari pertama minggu taaruf berjaya terlaksana walaupun dengan beberapa ketidaksempurnaan dan kekalutan berlaku.

Petang tadi, selesai solat asar berjamaah, saya jadi kaget sendiri. Sedikit terkedu juga terkejut. Ada sesuatu yang menggetarkan hati, gemuruh menyelubungi diri.

Saya melihat imam solat asar, seorang muslimin setingkatan. Biasanya solat jamaah diketuai oleh pelajar senior. Apabila saya selesai solat, saya ke koridor surau melipat telekung. Biasanya saya akan terserempak dengan senior2 tingkatan lima, tapi nyata, hari ini tidak ketemu satupun kerana hakikatnya, sayalah yang sudah tingkatan 5 itu. Sayalah senior itu. Kita. Kita sudah tingkatan lima!

Jiwa jadi gementar.

Ini bukan hal main2. Tahun ini saya dan sahabat2 bakal ambil SPM. Tahun ini juga kami diberi amanah yang besar. Dan kami harus mencapai matlamat jangka panjang dan pendek kami. Jangka masa esok dan hadapan.

Adakah kita bakal mampu menghadapinya?

Moga Allah membantu kita - menjayakan segala misi.

Sunday, 1 January 2012

Sediakan diri

Belakangan ini, entri saya sangat banyak dipengaruhi oleh emosi.

Dan ia menyedarkan saya tentang hakikat diri saya. Bahawa saya benar2 perlu banyak memperbaiki diri. Kadang2 saya sendiri lupa bahawa ini ujian Allah. Dugaan Allah. Allah nak uji sejauh mana saya benar2 beriman. Atau hanya sekadar berkata-kata palsu.

Apabila saya membaca sebuah buku, dicatatkan Hassan Al-Banna berkata kepada para pendakwah : "Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta-benda dan jiwa-raga kamu sendiri. Dan kamu akan mendengar maki-hamun yang banyak"

Membaca kata2 beliau ini menyebabkan saya terfikir seperkara. Apabila seseorang memilih jalan dakwah, dia perlu menyediakan dirinya untuk menghadapi segala bentuk ujian. Tiada kemudahan. Dakwah bukan jalan kesenangan, tapi ia mampu memberikan kebahagiaan apabila kita dekat dengan Tuhan. Tapi itu jika kita dekat dengan Tuhan. Bagaimana jika seseorang itu masih dalam proses mendekatkan diri dengan Tuhan? Maka, dugaan yang dihadapi dalam medan dakwah pastinya dirasakan payah. Alah bisa, tegal biasa.

Maka, saya menaihatkan diri saya dan yang lain2 juga. Sediakan hati untuk alami kritikan, cabaran dan kepayahan. Kita tidak akan senang di jalan dakwah.

Kita perlu bersedia untuk merasai penentangan dan bersedia untuk memperbaiki diri.

--Tapi, untuk baru2 ini, ujian yang diberikan Allah tidaklah payah mana pun. Sangat mudah. Sangat Kecil. Sungguh, ujian itu sangat ringan. Tapi diri yang lambat bersabar, sedangkan kata Rasulullah saw : Sabar itu adalah pada tamparan pertama.

Saya rasa saya telah gagal dalam ujian Allah itu, yang mudah saja.

Ini memang salah saya sendiri. Kerana saya tidak menyediakan diri saya untuk mengalami kesusahan. Dan moga kita semua dapat mengambil pelajaran atas kesalahan saya ini, iaitu mahu masuk jalan dakwah, namun  belum menyediakan diri dan hati untuk dicederakan dan dilukai dalam jalan tersebut.

Saya sendiri tidak layak berbicara tentang dakwah, mengetahui hakikat kelemahan diri saya.

Moga kita sudah bersedia memulakan langkah baru dalam hidup seorang muslim.

Kuatkan hati.

Moga Allah, Engkau bersama kami. Tsabit qulubana.