Thursday, 15 December 2011

Why Muslim Woman Should Go For Higher Education?

This kind of thing is also my random thought, satu cetusan hati dan minda yang timbul apabila hari itu, saya dan keluarga bersiar-siar, pusing-pusing kota gah Kuala Lumpur. Tapi kiranya, perkara ini berlaku di mana-mana, tidak khusus di sana sahaja.

Dalam dunia ini, siapa-siapa sahaja tidak kiralah agama apa pun anda, jika anda orang bawah maka anda akan ditindaskan. Hendak atau tidak, jika anda pekerja, anda patut taat segala perintah majikan, jika tidak, kerja tiada untuk anda. Inilah masalah yang berlaku. Kebanyakan wanita muslim sekadar menjadi orang bawahan majikan bukan islam.

Bukan kehinaan yang saya bawakan pada pekerjaan seperti itu. Tapi, biasanya, agama tergadai untuk mengutip wang dunia. Saya tidak mahu mengutuk sesiapa, kerana saya sendiri belum pun diuji dengan itu, entah saya akan berjaya atau tidak. Tapi, mesej yang saya ingin samapaikan ialah tidak banyak wanita yang benar-benar muslim berada dalam kerajaan dan barisan ketua-ketua syarikat dll. Hasilnya, pentadbiran menjadi begitu sekular. Wanita bertudung labuh dikatakan jumud lagi kolot. Jika anda tidak mendengar hiburan dikatakan tidak mengikut trend zaman. Tambah-tambah lagi, wanita-wanita disuruh berpakaian kebaya, kononnya mengikut tradisi bangsa. Tapi rupanya, maksiat bermaharaja lela.

Wanita dieksploitasi. Entah adakah mereka sedar atau tidak. Promosi kereta, gadget-gadget elektronik, minyak wangi, dipaparkan gambar wanita. Apakah yang hendal dijual sebenarnya, wanita itu atau produk?

Tapi, mereka tidak tahu bahawa diri mereka dijual. (Eh, tapi mereka memang dibayar duit untuk ditayangkan diri mereka).  Eksploitasi kaum lelaki terhadap wanita terang lagikan bersuluh. Fesyen-fesyen semua berdasarkan keinginan lelaki, bukan perempuan semata. Juru solek, pereka fesyen, semuanya lelaki. Sebab apa? Sebab lelaki lebih tahu pakaian dan solekan bagaimana yang mereka ingini. Tapi, wanita..terus terusan merasa bangga menjadi bahan guna-gunaan mereka.

Maka, inikah freedom of thought yang mereka katakan?

Apabila kita wanita-wanita muslim yang berfikiran islamik pakat-pakat serbu mendapatkan pengajian yang lebih tinggi, kita akan lebih berpendidikan, pemikiran lebih kritis, kita mendapat banyak tempat dalam arus pekerjaan. Dan kita, wanita-wanita muslim yang punya fikrah islamiah, pakat-pakat ubah sistem pengurusan dan pentadbiran syarikat dan negara.

Tiada lagi penindasan bagi kaum wanita.

Tiada kepelikan bagi wanita bertudung labuh dan menutup aurat.

Tidak dianggap jumud lagi wanita yang menjaga pergaulannya.

Wanita muslim mampu lebih terjaga semuanya, insya-Allah

4 comments:

  1. betul.
    sangat setuju dengan entry kali ni

    dunia kini mengeksplotasi wanita.

    itu sebabnya kita perlu bersungguh-sungguh megejar ilmu.biar setinggi boleh.tak rugi pun kalau kita punya ilmu kan :))

    ReplyDelete
  2. setuju dgn nti.

    kalau pembaca semua nak tahu.. saudari di atas (nur aishah:)) adalah seorang penuntut ilmu yang gigih.

    ReplyDelete
  3. ada2 saja.terlebih gula la Bidadari Besi ni :)

    (*_^) (shy2 cat)

    ReplyDelete
  4. Apa yang gula2 nya? Betullah tu..

    sya suka entri aishah yg terbaru.. Indah dan terkesan.

    ReplyDelete