Thursday, 15 December 2011

Tudung labuh

Ini, satu kata dari hati.

Ke mana-mana sahaja seorang wanita bertudung labuh berada, dia akan dipandang hebat. Seorang yang warak, seorang yang berilmu.

Tapi, hakikatnya, bukan semua begitu. Dan aku termasuk dalam golongan yang tidak-semua-begitu itu.

Ada suatu masa, ketika saya berhenti solat jamak di satu R&R, seorang mak cik bertanyakan saya,

Eh adik, Isyak dah masuk ke belum?

Erk.. saya tergamam, saya menafsirkan pandangan matanya.

Hakikatnya, saya sendiri tidak pasti. Saya juga perlu merujuk jadual waktu solat. Saya bukannya menghafal semua waktu solat fardu.

Tapi, kenapa mak cik itu bertanyakan saya tidak yang lain, yang lebih dekat dengannya? Kerana pakaian. Sedangkan pakaian itu tidak menggambarkan apa-apa ilmu atau iman yang kita ada.

Kadang-kadang, saya jadi takut sendiri. Takut menjadi manusia yang dianggap mulia, tapi ilmu sejengkal saja. Ia mengingatkan saya tentang Kamal Attartuk, peruntuh kerajaan Turki Uthmaniyah. Dalam buku yang saya baca tertulis,

"Dia berpakaian seperti ulama' untuk mendekati mereka. Tapi sedangkan hatinya hanya berniat untuk menghancurkan Islam yang telah lama tertegak di situ."

Mungkinkah itu aku? Menjadi gunting dalam lipatan untuk agama sendiri tanpa disedari.

Saya suka kata-kata ini,

2 comments:

  1. assalamualaikum :)))
    akak setuju dengan kata2 kamu asma'
    tudung yg dipakai bukan sekadar menutupi....malah akan menjaga segala perbuatan kite

    akidah itu ibarat akar pokok
    batang pokoknya pula ibarat amalan wajib yg WAJIB kite lakukan
    manakala, ranting2nya pula sebagai amalan sunat
    dan akhirnya akan membuahkan hasil yg manis dan juga ranum iaitu akhlak yg cantik :)

    apabila akar pokok tersebut kuat (akidah yg kuat)...di support pula dengan batang yg gagah (amalan wajib) dan disokong dengan ranting2 (perbanyakkan amalan sunat).... akhirnya akan menghasilkan buah yg sedap dimakan (akhlak yg mulia)..... smoga akhlak kite disukai oleh Allah mahupun menjadi contoh kepada org lain

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Kenapa malam ini penuh dengan perkara yg menakjubkan.

    Masya-Allah, kak Ida.. indah kata2 akak.
    ada makna mendalam di sebaliknya.

    ReplyDelete