Friday, 30 December 2011

Tarbiah Tuhan

Terkadang, diri selalu lupa..
bahawa setiap sakit yang dirasai,
ialah satu tarbiah dari Tuhan.

Kita minta kekuatan.
Maka Allah berikan ujian buat kuatkan jiwa.

Kita minta kesabaran.
Maka Allah berikan kesusahan untuk melatih diri.

Maka Tuhan, dengarlah rintihan hamba-Mu ini.

Moga aku sentiasa mengingati-Mu di setiap detik penghidupan.
Agar aku sentiasa menjadi manusia yang reda terhadap sekalian ketentuan.

Moga, Tuhan yang Maha Mendengar,
Kau jadikan aku sentiasa dekat pada-Mu,
sungguhpun aku tahu tiada layak bagiku mendapat tempat sedekat Maryam.

Moga, Tuhan yang Maha Melihat,
Kau berilah aku kesabaran dan kekuatan, keredaan dan ketenangan
dalam menghadapai ujian setiap satunya.

Moga, Allah ya Tuhan yang disembah oleh sekalian alam,
Kau pilihlah aku menjadi hamba-Mu yang memperjuangkan agama-Mu hidup matinya!

No comments:

Post a Comment