Saturday, 31 December 2011

Riwayat Hidup Abah

Ini tentang sekolah itu lagi (sikit saja).

Rupanya kami anak-beranak sama2 nak masuk sekolah itu.

Ini sejarah abah. Sejarah hidup abah yang rasanya tak ada siapa yang akan tulis di alam maya. Maka, saya mengambil inisiatif menulisnya.

Tingkatan 1, abah menuntut di Maktab Mahmud di Kedah (Maktub Mahmud memanglah semua ada di Kedah saja). Dan sejak tingkatan 1 abah susah mula mengikuti usrah di bawah naungan ABIM. Ketika di tingkatan 1, abah masih nakal (maklumlah budak2 zaman dahulu, hyperaktif). Pernah curi2 naik kereta orang dengan kawannya, lalu terlanggar dinding rumah. Aduh, dua2 belah kaki abah cedera.

Banyaklah kisah kenakalan abah. Tak berapa ingat dah. Tapi, yang pasti, abah dan alam hijau tidak mampu dipisahkan sehingga sekarang. Sebab itu abah masih suka berkebun walaupun kerjayanya sangat2 tak berkaitan dengan tanah (semuanya tentang gelombang - maksudnya telekomunikasi).

Sekolah tersebut tak banyak kelengkapan, kebanyakan guru tidak berpengalaman ataupun tidak tahu menahu pun tentang subjek yang diajarnya - kekurangan kakitangan. Itulah kesukaran di sana.

Ibu abah (nenek saya) selalu bawa semua ke masjid waktu maghrib hinggalah pukul 10.30 malam. 10.30 baru nenek masak makan malam. 45 minit sehari abah studi pelajaran.

Di Maktab Mahmud, alhamdulillah, abah dapat best student untuk PMR di sekolah, satu-satunya pelajar.

Jadi, dah dapat keputusan yang baik, mestilah mengharapkan sekolah itu.. KISAS. Mana lagi?

(Dahulu KISAS dipanggil KIK)

"Ish, KIK tu dah jadi macam igauan. Pak Lang pun dari sana, Pak Cik Shukri pun sama. Zahirlah, banyak lagi keluarga dari sana."

Tapi, kehidupan begitulah. Tak semua kita dapat apa yang kita nak. (Hu3, seperti anaknya ini).

Abah cuma dapat tawaran ke SMKA Wilayah Persekutuan. Tahun abah adalah tahun pertama SMKAWP dipisahkan bangunannya dari KIK. Tahun2 sebelumnya KIK dan SMKA WP berada dalam bangunan yang sama tapi di bawah pentadbiran yang berbeza.

Jadi, dah tak dapat, kebiasaannya sedihlah. Maka, abah pun tulis surat kepada pengetua KIK tentang keinginannya untuk ke sekolah tersebut. Pada ketika itu, KIK sangat terkenal dengan kejayaan pasukan bahasnya. Jadi di dalam surat kepada pengetua KIK abah pun tulislah kehebatan sekolah tersebut, antaranya ialah bahas itu.

"Abi tak tahulah macam mana dapat buat karangan macam itu. Memang habis baik sungguh surat tu."

Tapi, tak dapat juga tawaran ke sana. Abah memilih untuk tidak kekal di Maktab Mahmud kerana kekurangan fasiliti dan juga kakitangan di sana. Akhirnya, pindah juga ke SMKA WP.

Hah. Inilah kisah yang tragis. Surat yang abah hantar ke pengetua KIK itu diberikan kepada pengetua SMKA WP. Dan pengetua SMKA WP beri pula surat tersebut kepada senior2 tingkatan 5 yang akan mengendalikan orientasi selama 2 minggu.

Hari pertama sekolah (orientasi).

"Mana Hussin yang kata nak masuk sangat KIK sebab debat itu??"

Malah, hari pertama lagi, abah menjadi sasaran 'ragging' para senior.

Padahal abah kata, abah bukan pernah berbahas pun. Sekadar menulis perkara tu disurat sebagai alasan untuk ke sana.

Perlu cuci stokin, pakaian para senior.

Ambil makanan untuk senior di dewan makan. Setelah beratur panjang, makanan tersebut untuk senior. Beberapa kali perlu beratur untuk ambil makanan.

Abah memang sungguh2 kena buli dengan senior. Contohnya lagi, suatu petang ketika waktu prep, abah disuruh untuk berdebat. Namun setelah berunding, abah perlu mendeklamasikan sajak saja. Sajak yang dikarang abah sendiri.

Adus. Pedih sekali sajak itu, mengkritik abang2 senior yang membulinya.

Sajak tersebut di deklamasikan dengan kuat sekali sehinggakan senior2 yang sedang studi di dalam kelas segera turun mencari siapakah empunya suara itu.

Maka, ternyata itu abah.

Sehinggakan ada senior cuba mencari gaduh.

"Nak tunjuk pandai sangat. Meh sini."

Tapi, alhamdulillah, tiada pergaduhan serius.

Sejak itu, semakin parahlah buli yang berlaku.

Dan abah tidak ada banyak masa untuk belajar, kerana kebanyakan waktunya perlu 'berbakti' pada abang2 senior.

"Silap pada waktu tu. Abi tak jelas sangat tujuan pelajar. Itu yang tak pelajar bersungguh-sungguh."

Abah memang mahu sangat untuk tukar sekolah. Tapi apakan daya, abah sendiri tak tahu nak rujuk mana. Keluarga juga ada krisis kewangan memandangkan atuk mengalami strok. Abah hanya makan apabila makan disediakan di dewan makan asrama. Tidak ke kantin kecuali apabila kakak dan abang iparnya datang menjenguk, 3-4 bulan sekali, barulah berpeluang menjamah makanan dari kantin. Kocek abah memang kosong waktu itu.

Keputusan SPM tak berapa bagus. Tapi, alhamdulillah, dapat biasiswa ke England.

Buat A Level di sebuah sekolah yang kali pertama buat program A Level and 1st batch pula, guru pun tahun satu saja. Hampir separuh yang gagal. Program A Level di sekolah itu terus ditutup. Abah berjaya lulus.

Ada satu konflik sebelum pergi ke England. Atuk tak berkenan abah belajar ke sana, cukuplah belajar di tanah air.

"Kat sana, kalau hang salah pilih kawan, hanyutlah." Begitulah kerisauan seorang ayah.

Abah ambil langkah pergi ke KL berseorangan  dengan bas untuk ke pejabat (yang bagi abah biasiswa). Sampai di sana, tuan pengarah kata,

"Dah tanda tangan dah ni. Mana boleh batalkan."

Abah pulang dengan bas waktu malam ke kampung halaman.

Pukul 6 pagi abah sampai rumah. Rumah terang-benderang dan ramai orang.

Ayah abah meninggal dunia. Innalillahiwainailahirajiun.

Kata orang lebih kurang pukul 4-5 pagi tadi , masa abah ada dalam bas.

Abah tak sempat beritahu bahawa ayah abah bahawa, abah memang kena pergi juga ke England. Dan berita penyambunagn studi abah ke England tidak diberitahu kepada sesiapa walaupun emak abah kerana semuanya sedang berdukacita  - 9 hari saja lagi untuk berlepas ke sana.

Tiga hari lagi hendak berangkat ke England baru abah beritahu nenek. Siap2 ala kadar. Kemudian, berangkat ke England.

Di England. Abah berseorangan. Hanya abah seorang sahaja dalam kalangan rakan2nya dihantar ke England. Pelajar2 MRSM, KIK semua sudah berpunya kumpulan.

Suatu malam, seorang senior (orang tablig) hantarlah abah dan pelajar2 tahun satu yang lain ke sebuah rumah untuk pemilihan tempat tinggal. Abah kata, tempat itu penuh dengan sosial. Lelaki perempuan bergaul terlebih suka. Senior abah lepas hantar pelajar2, segera balik (sebab tempat yang pelik tu), abah pun minta untuk pulang sekali.

Abah tinggal bersama 3 orang lagi pelajar (dari KIK dll - tak ingat- semua dari sekolah yang berbeza). Tapi mereka sudah berkenalan sejak di Malaysia lagi. Di rumah mereka ada 3 bilik sahaja. Maka abah kena tidur di ruang tamu sahaja.

Ruang tamu. Tempat awam kunjungan semua. Tiada privasi.

Abah tukar rumah.

"Ok lah sikit, duduk dalam bilik stor hujung rumah. Kecil juga. Tapi at least ada masa pribadi."

1st year untuk1st semester, abah dapat best student.

Waktu itu abah kata, banyak orang2 ikhwanul muslimin dari mesir yang buat Ph.D, master datang ke England. Jadi mereka ambillah anak2 melayu-islam ini untuk ditarbiyah. Waktu itu, kebanyakan graduan pelajar dari England dapat pendedahan agama.

Oh, lupa. Abah pelajar di Coventry.

Pernah jadi wakil pelajar Persatuan Pelajar Malaysia di sana. Dan beberapa lagi pencapaian di sana.

Dan pulang berkahwin dengan ibu. =)

-The End-

p/s: siapa pun abah anda. Mereka sangat membanggakan anak2 mereka. Bukan begitu?

No comments:

Post a Comment