Friday, 16 December 2011

Pencari Hikmah

Saya punya sahabat. Saya pasti kalian juga punya sahabat. Dan biasanya, sahabat kita tidak bersifat dengan sifat stereotype saja. Mereka punya pelbagai sifat, keunikan dan kelebihan tersendiri. Kali ini, saya suka untuk berbicara tentang sahabat2saya, sebahagiannya. Mereka pencari hikmah!

Apabila berada di samping mereka, mereka sentiasa mencari hikmah setiap sesuatu. Itu sangat mengkagumkan diri saya. Apa-apa saja yang berlaku, mereka selalu bertanya saya,
Apa hikmah Allah rancang semua ini?

Mereka bukannya menyoal perancangan Allah. Tapi, mereka mencari sesuatu di sebalik kejadian yang Allah tetapkan agar dapat dijadikan ibrah.

Kadang kadang, saya memang terkedu dengan kegigihan mereka mencari hikmah.
Jika sesuatu masalah berlaku ternyata para pencari hikmah ini, pasti cuba mencari hikmahnya. Dan apabila hikmah itu dijumpai, masyaAllah, masa itulah saya turut sama merasai hikmah perancangan Allah. Hikmah itu, tanda kebesaran Tuhan. Dan mereka pencari hikmah ini, selalu menjadikan sesuatu yang dihadapi sebagai tanda kebesaran Tuhan.

Itulah mereka, para pencari hikmah yang hidup mereka penuh dengan hikmah!

----------

Antara blog pencari Hikmah itu,

gelombangkebangkitan.blogspot.com
awannankelabu.blogspot.com

----------

Moga kita juga menjadi sebahagian daripada pencari hikmah ini.

4 comments:

  1. mula2 ana baca, ana ingat enti copy artikel ni daripada orang indonesia..memang ana x dapt 'catch up' perkataan2 tu..apapun enti, inilah kelebihan jika kita bersahabat atas dasar memperjuangkan agama Allah.. diberiNya keni'matan merasai iman dan islam...Adakah kita perolehnya dalam keadaan bahagia dan senang lenang?? Tidak! hanya selepas kita melalui ujian dan dugaan dariNya, rutin sebagai seorang da'ie.

    ReplyDelete
  2. benar nti, selepas kita tahu apa itu pahitlah baru manis itu diketahui sebagai nikmat.

    ReplyDelete
  3. salam'alayk adinda asma' =) jalan juang tak pernah senang, sentiasa ada ruang buat kita rasa tergoyang. Namun ingatlah adikku, janji Allah itu pasti, sesiapa yg tolong agamaNya maka dia akan tolong kita semula. Maka jgn kau risau, kerna kau tak pernah keseorangan. You'll never walk alone! kau punya teman-teman yg sentiasa menyokong jatuh bangun dan utamanya jgn kau lupa, He is always by ur side =) Dia sentiasa berjalan dgn org yg sabar dik! uhibbuki fillah =) salaam dri ardhul kinanah, k.hjr

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah! Gembiranya saya terima lawatan daripada K Hajar. Terima Kasih k Hajar. Jazakallahukeir.
    Selamat di bumi sana!

    ReplyDelete