Thursday, 15 December 2011

Malunya pada Tuhan

Inilah hakikat kehidupan.

Ada masa iman kita di atas puncak tinggi, ada masa iman kita jauh di bawah gaunug yang dalam. Ada masa, dalam menghadapi ujian Allah kita kalah, kadang-kala ujian manusia pun kita gagal. Ada waktu juga, alhamdulillah, kita berjaya.

Pada nilaian manusia, sekali kita salah, tercaplah pada dahi kita seorang pesalah. Biarpun kita telah berubah.

Tapi, pada Allah, apabila kita bertaubat, memohon ampun pada Dia, Insya-Allah, Dia akan maafkan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

Rahimnya Tuhan pada insan, Ghafurnya Dia pada manusia.

Kadang-kadang..

Malunya kita pada Tuhan..
Dosa tetap tetap kita akukan.

No comments:

Post a Comment