Thursday, 8 December 2011

Insan-insan yang agung selepas Rasulullah saw

Abu Bakar. Saya suka membaca dan berbicara tentang Abu Bakar. Bukan sekadar disebabkan nama anaknya sama seperti nama saya, tetapi kisah hidupnya juga tentang keperibadiannya yang begitu agung untuk kita amati dalam sirah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Juga, “Rasulullah saw pernah bersabda apabila ditanya tentang siapakah lelaki yang paling baginda cintai?, Baginda menjawab , Abu Bakr. Sahabat bertanya lagi kepada Rasulullah saw, siapakah perempuan yang paling baginda cintai? Jawabnya, Aisyah.” Lantas, secara peribadinya, manusia yang paling saya cemburui ialah Aisyah ra.  Bukanlah selayaknya saya berada darjat yang setinggi Aisyah ra, tapi apakan yang dapat dikatakan apabila hati seorang perempuan itu cemburu. Kerana Aisyah adalah perempuan yang paling rapat dengan Rasulullah saw juga kebanyakan masanya, Aisyah ra selalu menang berbanding saingan2nya yang lain. Tentu saja saya cemburu biarpun beliau ialah seorang wanita yang sangat juga saya kagumi. Kerana beliau menjadi bukti bahawa ‘woman can also be among scholars. Indeed, Aisya ra had proven that woman can be more scholar than man’. Itulah kata2 yang saya petik daripada sebuah risalah.
Maka, perempuan yang tercatat dalam ranking paling tinggi dalam hidup saya ialah Fatimah ra. Kerana melalui beliaulah terzahirnya sifat kasih sayang seorang bapa seperti Rasulullah saw. Ketika Fatimah ra mengadu kepada Rasulullah saw bahawa beliau memerlukan pembantu di rumah kerana terlalu banyak kerjanya, Rasulullah saw mengajar beliau zikir yang penting untuk kita amalkan sebelum tidur. Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X dan Allahuakbar 34X. Selain  itu, Fatimah ra sememangnya tercata dalam catatan sejarah sebagai anak yang sangat disayangi Rasulullah saw. Buktinya lagi, ada ketika apabila Ali ra berhasrat untuk mengahwini puteri Abu Jahal (yang sudah muslim ketika itu), Fatimah ra meberitahu ayahnya bahawa beliau tidak rela bermadu kerana baginya ia akan merosakkan agamanya. Lalu, Rasulullah saw membela anaknya lalu berkata kepada Ali ra, jika kamu mahukan puteri Abu Jahal itu, ceraikanlah anaknya Fatimah ra. Rasulullah saw member syarat ta’liq kepada Ali ra. Sudah tentu bagi Ali, satu anuegrah yang besar dapat beristerikan anak Rasulullah saw. Manakah biasa digantinkan dengan puteri Abu Jahal. Lantas Ali ra tidak lagi menuruti hasratnya itu.
Fatimah ra juga tidak kurang baiknya pada ayahnya. Ketika beliau masih kecil, Rasulullah saw sedang bersolat di hadapan ka’bah. Musyrikin Quraisy dengan tidak beradab dan jahilnya meletakkan najis pada kepada Rasulullah saw. Fatimah ra ketika menyaksikan hal itu, menyapu kepala Rasulullah saw sambil menangis melihat perilaku orang jahil itu terhadap ayahandanya yang tercinta.
Berbalik kepada Abu Bakar as-Siddiq, beliau ialah lelaki yang paling saya cintai selepas Rasulullah saw. (Ops, sorry dad. You know how I adore you and fond of you, you’re still in my top 3 list!) Rasulullah saw besabda, biarpun ditimbang iman masyarakat semua, iman Abu Bakar mengatasi mereka. Sikap beliau, as-siddiq bererti membenarkan. Dan beliau benar-benar membenarkan apa sahaja kata2 Rasulullah saw. Ketika mulanya dakwah Rasulullah saw secara sembunyi2 Abu Bakar dikatakan merupakan orang pertama yang memeluk Islam selepas ister baginda, Khadijah. Tapi, menurut riwayat lain, Ali dan Zaid bin Harithahlah yang memluk Islam terlebih dahulu. Maka ulama’ menyimpulkan, lebih eloklah untuk dikatakan bahawa Abu Bakr ialah orang dewasa pertama yang memeluk Islam, Ali sebagai kanak2 pertama yang memeluk Islam dan Zaid merupakan hamba yang pertama yang memeluk Islam.
Apa lagi yang dibenarkan oleh Abu Bakar? Kisah yang ramai yang tahu. Tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menyebabkan ada dalam kalangan umat Islam yang murtad disebabkan peristiwa tersebut. Orang Quraisy pula memperlecehkan baginda saw. Rasulullah saw berkata kepada Jibrail as, Wahai Jibrail, mereka semua mendustakan aku. Jibrail as berkata, Tidak, Abu Bakar membenarkanmu, Dia adalah as-Siddiq. Daripada situlah Abu Bakar mendapatkan gelarannya As-Siddiq.
Juga, apabila Rasulullah saw telah wafat, berlakulah kucar-kacir dalam kalangan sahabat kerana terlampau tidak boleh percaya manusia yang paling mereka cintai sudah menghadap Ilahi. Umar al-Khattab ketika itu berkata, Rasulullah saw tidak wafat. Baginda hanya pengsan  seperti mana pengsannya Nabi Musa as ketika melihat Tuhannya. Siapa yang berkata Rasulullah saw telah wafat, akan kupancungkan kepalanya. Namun, ketika itu, Abu Bakr datang dan berkata, siapa yang menyembah Muhammad ketahuilah Muhammad telah wafat, Siapa yang menyembah Allah, Allah tidak akan mati. Kemudian beliau membacakan ayat Quran
(S. Ali-Imran, 144) .Umar berkata, ketika itu, kakiku lemah tidak mampu berdiri.
Umar selalu cuba menandingi Abu Bakar. Kadang-kala Umar ra akan menangis dan berkata, amalan Abu Bakar dan keluarganya pada hari itu tidak akan dapat kutandingi. Umar merujuk kepada berlakunya peristiwa hijrah terpenting umat Islam yang ketika itu Abu Bakar menjadi peneman setia Rasulullah saw dan Asma’ menjadi pembawa bekalan makanan ke Gua Thur. Ketika di gua itu juga, Abu Bakar memasuki dahulu gua tersebut untuk menjaga Rasulullah saw supaya tidak ada haiwan berbahaya dan melata yang akan menyakiti Rasulullah saw. Dikisahkan juga, di dalam gua itu, Abu Bakar mencarikkan bajunya untuk menutup lubang-lubang yang didiami bintang berbisa. Ada lubang yang tidak dapat ditutupi kerana tidak cukup kain, maka Abu Bakar menyelukkan kakiknya untuk menutupi lubang itu. Kemudia barulah beliau mengajak baginda saw masuk ke dalam guat tersebut. Rasulullah saw tidur di atas riba Abu Bakar. Dan sedang Rasulullah saw berbaring, air mata Abu Bakar ra menitis di atas pipi baginda. Baginda bertanya, Kenapa wahai Abu Bakr?. Beliau menjawab, ular berbisa menggigit kakiku. Aku tidak mahu mengejutkanmu, nanti mengganggumu. Lantas Rasulullah saw merukyah Abu Bakar ra. Lihat betapa besarnya cinta Abu Bakar terhadap Rasulullah saw.
Ketika Perang Tabuk, Umar ra bertekad untuk menyedahkan hartnya lebih daripada Abu Bakar. Maka, Umar ra telah menyerahkan sebahagian daripada hartanya. Namun, apabila dilihatnya Abu Bakar, beliau menyedahkan seluruh hartanya fisabilillah. Lantas Umar berkata, sampai bila pun aku tidak mampu menandingi Abu Bakar. Rasulullah saw bertanya kepada Abu Bakar, apa yang tinggal untuk dirimu dan keluargamu? Beliau menjawad, Allah dan rasul-Nya.
Maka, disebabkan kehebatan peribadi Abu Bakar inilah, Rasulullah saw pernah bersabda, Tiada persahabatan dan harta yang lebih menyenangkanku melainkan Abu Bakar.
Itulah kisahnya perempuan dan lelaki yang paling saya cintai dalam hidup saya selepas Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment