Tuesday, 27 December 2011

Dakwah Bil Hal pun tidak mampu

Semalam baru pulang dari Langkawi. Saya dan keluarga mulanya pulang ke kampung di Kedah, kemudian singgah di Perlis dan barulah sampai pulau itu.
Langkawi diiktiraf sebagai Geopark oleh UNESCO pada tahun 2007. Maka, tidak hairanlah jika di sana banyak pelancong asing. 

Ada sesuatu yang menarik yang boleh kita amati. Di sana banyak orang putih. Kebanyakan mereka sudah tentulah tidak beragama Islam. Pun begitu, kita boleh melihat akhlak dan adab mereka sangat terjaga. Mereka mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta mengamalkan nilai hidup yang baik. Saya di sini bukanlah mahu mengagung-agungkan bangsa asing itu. Tentu sajalah mereka ada nilai kehidupan yang tidak baik seperti minum arak, berpakaian agak tidak sopan dll. Namun, kita lihat penampilan diri mereka secara luaran dan hati mereka yang lebih bersih daripada sebahagian umat Islam (moga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut).

Kita bandingkan pula umat Islam. Walaupun menutup aurat, nilai kesopanan kurang dijaga. Kadang-kadang kita sangat kalut dan jalan bersepah-sepah. Penampilan luaran yang entah apa-apa. Ada masa tidak beradab dan tidak berakhlak. Tidak peramah dan racist

Mereka melihat kita, kadang-kadang seperti bangsa yang kurang bertamadun.

Jadi, bila begini, bagaimana dakwah mampu berjalan?

Dakwah bil hal yang paling mudah pun tidak dapat dilaksanakan. Kehidupan mereka nampak lebih bernilai dan bermoral daripada contoh-contoh yang mereka nampak daripada orang-orang Islam.

Siapa orang-orang Islam itu?

Kitalah. Siapa lagi.

Dengan contoh buruk yang kita berikan, bagaimana mereka mampu nampak Islam sebagai agama yang benar?

No comments:

Post a Comment