Thursday, 22 December 2011

Cis

Cis, sedang kehidupan banyak dugaan,
Aku masih bersenang-lenang,
Mengalpakan diri dari mengingat Tuhan.

Oh, kenapa diri selalu sombong,
Dari berdoa kepada Tuhan,
Agar dikurniaakan hati yang tenang.

Ah, apa yang kau tahu tentang hati,
Bahawa hati banyak menanggung perasaan,
Yang menjadi beban buat diri.

Aduhai, diri yang selalu lupa,
Kadang-kadang seperti mabuk dunia,
Terlalu cintakan yang fana yang tidak selama.

No comments:

Post a Comment