Monday, 26 December 2011

Allah murka tidak pada kita?

Kali ini, tidak ada yang pasti untuk ditulis. Sekadar rasa mahu menulis.

Entah ya. Hidup ini penuh dengan pelbagai perkara yang menyebabkan kita wujud pelbagai perasaan.
Ada masa, hidup memang menekan kita. Dan tiba2 saya teringat kita sedang menghampiri tahun baru masihi. Sekolah akan dibuka. Mulalah episod seorang pelajar tingkatan 5 - bersama tanggungjawab yang besar untuk digalas.

Bagaimana aku ya Allah?

Ada tanggungjawab di sekolah dan di rumah, sebagai pelajar, muslim dan anak.

Hehe. Tapi tanggungjawab di rumah, selalu sangat tak saya laksanakan dengan baik. Pergi sekolah pukul 6.30, sampai rumah pun 6.30. 5-6 jam untuk tidur. Bila kira2, 6 jam saja untuk jumpa keluarga, buat kerja rumah, uruskan diri, ibadah, ulang kaji dan baca buku.

Penatkan?

Saya ingat pesanan sahabat saya. Katanya,

kita ni perlu niatkan setiap perbuatan kita kerana Allah. Kalau tak rugilah. Kan indah hidup kita kalau kita selalu pesankan kat sahabat2 kita "Eh, ni buat kerja kerana Allah tak ni?" [lebih kurang begitulah kata sahabat]

..sebabnya, apa nilai disebalik segala amal kita jika tidak diniatkan kerana Allah? Kita sia-siakan peluang untuk akhirat kita.

Surah Az-Zariyat, ayat 55 dan 56.

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesunggunya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."

Suka untuk saya mengajak anda semua melihat ayat yang ke-56 itu. Saya pasti, ayat tersebut sangat sering disebutkan kepada kita.

Kata Dr. Yusuf Al-Qaradawi, maksud ibadah di sini ialah perbuatan yang mendapat keredaan Allah.

Jadi, di sini, Kita muhasabah diri kita semula. Adakah setiap perbuatan yang kita lakukan mendapat reda Allah. Jika perbuatan tersebut, menurut firasat kitalah tidak mendapat reda Allah (contohnya perkara yang melalaikan -takkan Allah reda kan?), tentulah perbuatan tersebut mendapat murka bukan?

Dan jika ia tidak mendapat reda Allah, tentulah ia bukan ibadah, lantas, kita telah lari daripada tujuan asal penciptaan kita.

Kita renung-renungkan semula diri kita.

Pesanan untuk anda, dan diri saya (yang mudah lupa).

Moga Allah sentiasa tetapkan hati kita pada agama-Nya.

No comments:

Post a Comment