Friday, 4 November 2011

Mardhotillah

Reda Allah. Jika kaubelum pernah merasai betap indah dan tenangnya mencari reda Allah, maka mulalah mencari, kerana tiada yang sangat nikmat rasanya dalam hati selain kita bebas daripada mencari reda yang lain kecuali reda-Nya.

Namun.. setiap nikmat yang Allah kurniakan, tidak bermakna akan kekal pada kita. Nikmat tersebut (terutamanya nikmat iman, islam dan kekuatan mencari reda Allah) hanya akan terpelihara dalam hati jika kita memelihara diri. Dan untuk memelihara hati dan diri bukan kerja mudah, perlukan mujahadah untuk mengharungi mehnah hayah.

Dan rasalah perasaan itu! Sungguh, rasanya sungguh tenang daripada kekalutan dunia, melapangkan dada yang sempit, menjadi merdeka daripada bertuhankan yang lain selain Allah swt.

Sungguh, mujahadah mencari reda Allah semata, tidak mudah, tapi payah.
Tapi ganjarannya juga banyak, tidak sikit.

1 comment:

  1. 1)Bagaimana nak beristiqamah dalam maencari redha allah....
    2)Kenapa saya lihat manusia lain seolah-olah sentiasa bahagia mengaharungi hari2 mereka sedangkan mereka kurang beriman...Mereka ketawa,gurau dan riangkan hati??sedangkan mereka lemah dlm agama
    TLG JAWAB...PLEASE!!!

    ReplyDelete