Friday, 18 November 2011

Lintasan hati

Setiap kali aku keluar dari sekolah, masuk ke kelompok masyarakat, lintasan hatiku pasti sama.

Aku rindukan Al-irshad.

Biar bagaimanapun aku kepinginan untuk berada di Kisas, menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam, jauh di sudut hati, aku menerima seadanya takdirku bahawa aku di Al-Irshad.

Dan sekolah itu cukup bermakna dalam hidupku. Sangat-sangat bermakna.

Di sinilah aku belajar tentang ilmu, ukhwah, persahabatan, islam sebagai Ad-din, juga belajar menjadi seorang murid, sahabat, menjadi dai'e. Aku berjumpa dengan manusia-manusia yang hebat - ustaz-ustazah, cikgu dan teacher, juga sahabat yang tercinta. Aku belajar banyak perkara yang cukup bermakna. Aku belajar erti kemanisan hidup, kepahitan, kesedihan dan kebahagian. Dan itu cukup memanusiakan diriku, juga selalu membuatkan aku ingat bahawa aku merupakan seorang muslim yang perlu sentiasa menjaga agamanya.

Dan yang paling utama, aku belajar bahawa aku perlu terus belajar.

Tapi apabila aku keluar dari kawasan sekolah, aku berjumpa manusia pelbagai ragam. Rasa hati tidak sama sepeti berada di sekolah. Itulah masanya iman menjadi pembenteng diri. Dan itulah juga masanya aku kata berkata, aku mahu berada di Al-Irshad.

Al-Irshad, kenangan terbaik buatku.

SMKA Al-Irshad, atau aku lebih suka dengan nama Inggerisnya, AIRIS (Al-Irshad Islamic School), bumi tarbiah yang paling indah yang pernah kujejak.

Moga Allah memberkahi bumi itu.

No comments:

Post a Comment